Tanam Sendiri Lada Besar Di Rumah. Boleh Ikut Tip Penanaman Ini Dari Semai Sampai Petik Hasil

Share

Selain cili api, lada atau cili besar juga antara yang selalu kita guna dalam masakan.

Tapi tak seperti cili api, lada ini jarang ditanam sendiri di rumah walaupun boleh saja dilakukan.

Kalau nak cuba tanam sendiri lada besar ini untuk jimatkan belanja dapur boleh ikut cara yang dikongsi oleh Azram Sulong

ini. Berpengalaman menanam cili besar ini berikut ada beberapa perkara yang dikongsi dari proses menyemai hinggalah penjagaan.

Cara saya tanam lada besar

Menyemai
  • Benih boleh beli lada besar di pasar. Ambil bijinya kemudian jemur selama 3 hari.
    Selepas jemur rendam biji lada ini dengan air garam selama 3 jam (untuk basmi kulat) Kemudian jemur atas kertas atau kain.
  • Untuk semai biji benih lada besar sangat mudah. Gemburkan tanah dalam sehasta atau dua hasta, buat macam batas dan boleh tabur benih. Selepas itu tutup dengan zink atau daun kelapa sawit dan siram hari-hari.
  • Selepas anak lada dah nampak 4 daun atau sebulan terus alih ke batas. Selepas dialih lakukan proses penjagaan merangkumi beberapa perkara, membaja, racun dan membersih.

Membaja

Saya guna
-Baja tahi ayam dan
-Baja kimia,
-Baja anak MPK 15-15-15
-Baja buah MPK 10-10-25

Membaja dimulai semasa tutup batas dengan plastik penutup batas. Baja tahi ayam ditabur sepanjang batas dan baja anak/ campuran 15-15-15 ditabur juga sepanjang batas.

Setelah anak lada ditanam 10 hari atas batas, saya isi sedikit baja NPK 10-10-25, setelah itu bubuh baja berselang sepuluh hari sehingga lada berbunga. Setelah berbunga tak isi baja dah, tunggu buah masak besar dan masak.

Meracun

Ada dua jenis racun yang boleh digunakan iaitu racun serangga dan racun kulat. Tapi saya tak guna, sebaliknya hanya guna cuka kayu saja bermula dari tapak semai sehingga berbuah. Sukatan boleh ikut label.

Siraman, pembersihan dan penyokong pokok
Siraman dilakukan hari-hari kecuali jika hujan. Lakukan juga rutin membersih jika rumput dah panjang sekitar kebun.

Selain itu kena buat juga penyokong pokok lada,bila pokok dah besar. Penyokong pokok jgk dipanggil panggar atau hanger.Penyokong dibuat dari kayu atau buluh untuk mengukuhkan lagi pokok lada,tali rafia digunakan supaya pokok lada sentiasa stabil..

Lada yang menjadi boleh dipunggut setelah 120 hari ditanam bermula dari tapak semaian.

Semoga bermanfaat.

Sumber: alamiindah.blogspot

IKLAN