Tanam, Siram, Tinggal. Mudah Saja Tanam Kacang Tanah. Benih Pun Beli Kedai Runcit Saja

Share

Kacang tanah, antara tanaman paling senang untuk ditanam dan dijaga. Tak semestinya tanam atas batas, dalam pasu atau polibeg pun boleh saja.

Tanam beberapa biji, hasilnya boleh jadi beberapa jambak kacang tanah. Benih kacang tanah pun senang cari, beli kacang di kedai runcit saja. Bagi yang nak cuba boleh ikut perkongsian Liyana Mohd Poad

ini.

Artikel berkait: Tanam Kacang Tanah, Petua Gemburkan Tanah Yang Keras Supaya Senang Subur

1. Beli kacang tanah dari kedai runcit. Saya beli RM3. Ambil 1/4 sahaja dari paket. Jangan membazir.

2. Rendam kacang tanah dengan air paip selama 3 hari 3 malam. Air jangan banyak, rendam paras kacang sahaja. Tukar air selalu sebab air akan diserap.

3. Selepas 3 hari, kacang akan bercambah seperti dalam gambar. Boleh terus tanam dalam pasu atau polibeg.

3. Satu polibeg saiz 16 boleh tanam 3 biji kacang tanah. Guna tanah organik atau tanah poros bersama 4 genggam pasir halus. Tak perlu cocopeat atau sekam padi.

Ini tanah yang selalu saya guna untuk tanaman.

4. Penjagaan paling mudah. Siram dua kali sehari dan bubuh baja organik seminggu sekali. Baja apa pun boleh asalkan namanya baja.

4. Selepas 2 bulan setengah hingga 3 bulan, boleh cabut pokok dan tuai hasilnya. Kalau mahu dapatkan banyak isi, tunggu 4 bulan, baru tuai.

Paling best tanaman ini tiada macam-macam penyakit macam pokok cili atau sayur berdaun lain. Tanam, siram, tinggal saja.

Ini kacang yang dah dibersihkan.

Selamat mencuba.

Sumber: Liyana Mohd Poad

IKLAN