Minggu ini dan minggu depan ramai anak-anak yang akan berdepan dengan peperiksaan pertengahan tahun. Seperti biasa anak-anak yang periksa selalunya mak ayah yang risau lebih.
Terutama bila membabitkan subjek yang anak lemah. Selalu menjadi rungutan adalah subjek Matematik. Kadang kala dah tuisyen pun tapi prestasi anak tak berubah sama saja, sama ada masih tak lulus atau cukup makan.
Sebenarnya ibu bapa tak boleh harapkan guru atau cikgu tuisyen saja untuk pastikan anak lulus dengan baik dalam subjek ini. Kitalah yang kena tolong anak sendiri
Faham tentang kerisauan ibu bapa dengan anak yang lemah dalam matematik ini, Mohd Fadli Salleh yang juga guru subjek ini berkongsi 3 cara untuk membantu anak sendiri dalam subjek ini.
Baik, pagi ni aku kongsi tips untuk ibu bapa dan penjaga untuk bantu anak yang lemah dalam sesuatu topik khususnya mata pelajaran Matematik.
Download soalan peperiksaan pertengahan tahun/akhir tahun dan minta anak buat seperti mana tempoh peperiksaan. Google je, belambak soalan boleh dimuat turun dan cetaklah.
Boleh juga guna set soalan dalam buku latihan yang dibeli. Jangan benarkan anak meniru, tengok sifir dan bertanya dalam tempoh ini. Jangan bagi adik-adik dia kacau. Buat bagai peperiksaan yang sebenar.
Rujuk skema jawapan dan tanda kertas anak bersama dia. Kira markah dan tulis besar-besar macam cikgu selalu tulis. Buku latihan biasanya disediakan skema jawapan dibahagian tengah atau belakang.
Kesan topik apa yang anak buat silap dalam kertas soalan tersebut. Contohnya jika dia salah dalam topik Bahagi, Isipadu Cecair, Perpuluhan, Pecahan, Luas, Ukuran Panjang dan Jisim; listkan semua sekali.
Mula latih mereka secara topikal. Mula dulu dengan Bahagi. Bagi penerangan cara kira yang betul mengikut kefahaman kita. Bagi soalan Bahagi je banyak-banyak. Bagi sampai 50-100 soalan pun tak apa. Biar dia buat sampai dia faham betul-betul.
Ini dinamakan teknik masteri. Murid belajar satu-satu topik sampai dia betul-betul kuasai baru bergerak ke topik seterusnya. Tak semestinya dalam satu hari kita buat semua ini, mungkin makan masa 2-7 hari baru mereka kuasai.
Jangan risau bab masa. Lambat ke cepat dia boleh kuasai tu nombor dua. Yang penting latih tubi topik sama.
Buku latihan berbentuk topikal berlambak di pasaran. Beli sahaja. Bila dah kuasai, baru bergerak topik seterusnya yang mereka salah dalam peperiksaan. Latih tubi lagi sama macam topik Bahagi tadi.
Begitulah ulang dan ulang sehingga mereka kuasai semua topik yang mereka lemah tadi.
Langkah akhir sekali, beri semula soalan peperiksaan pertengahan tahun atau set soalan akhir tahun yang merangkumi semua topik.
Bagi anak jawab, InsyaAllah ada peningkatan yang mendadak.
Aku tahu, pasti ada yang pertikai kenapa suruh ibu bapa ajar anak kat rumah. Pasti ada yang kata itu tugas guru. Benar, tugas mengajar adalah tugas guru. Benar sekali.
Cuma perlu diingatkan guru mengajar secara kelas. Tak boleh hadap satu lawan satu. Tak boleh tumpu pada anak kita seorang. Tak boleh bagi perhatian macam ibu bapa boleh bagi secara one to one dengan anak.
Bila mengajar secara kelas, pasti ada murid yang ketinggalan. Yang mana mereka tak faham tapi mereka tak tanya pula. Bila mereka tanya, penerangan yang diberi mereka faham seketika. Pulang lupa pula. Tambah-tambah bila cikgu mula masuk topik yang seterusnya.
Topik yang mereka belum betul-betul faham, mereka akan tak dapat kuasai.
Ini tips KHAS UNTUK IBU BAPA YANG MAHU MEMBANTU anak-anak mereka belajar di rumah. Yang tak nak bantu, tak apalah.
Ini bukan paksaan. Ini bukan gesaan. Ini cuma tips bagi ibu bapa yang berkobar-kobar nak bantu anak, cuma tak tahu cara. Nah, inilah caranya.
Silakan SHARE kepada kawan-kawan kalian yang jenis suka bantu ajar anak-anak di rumah juga. Kerjasama ibu bapa dan guru pasti lahirkan generasi yang lebih berjaya.
Hidangan ikan atau ayam bakar memang sedap, tak perlu banyak lauk. Cicah dengan air asam cukup!
Tapi syaratnya air asam kenalah menyengat. Kalau cair, kurang masam dan pedas memang ‘tak kick’! Boleh spoil rasanya.
Kalau nak pastikan air asam sedap menyengat boleh cuba ikut resipi yang dikongsi oleh Ameera ini. Langkah paling akhir adalah rahsia utama untuk sedap!
2. Ambil asam jawa biji, guna separuh begini. Kena pakai asam jawa jenis ini baru air asam ‘kick’.
3. Belacan sebesar ini, nak kurangkan pun boleh.
4. Air suam 1 cawan
5. Campurkan semua dalam mangkuk.
6. Masukkan garam sikit, gula 2 sudu makan.
7. Belacan hancurkan, guna tangan saja.
8. Masukkan sos tomato 1 sudu makan, dan juga sos cili 1 sudu makan juga.
9. Tuang air asam jawa tadi, tapis bijinya.
10. Akhirnya sekali gaul semua ini, guna tangan lagi sebati. Sambil itu selawat. Inilah rahsia sedap!
11. Dah siap! bole makan dengan ikan bakar atau kukus.
Disebabkan hormon, ramai wanita yang ditumbuhi bulu halus di atas bibir. Ada sesetengahnya ketara sampai nampak macam misai.
Masalah ini juga boleh menyebabkan wanita malu nak jumpa dan berbual dengan orang . Automatik rasa kurang keyakinan diri.
Tapi jangan biarkan masalah terus merunsingkan hati dan fikiran. Praktikkan lima cara ini untuk hilangkan misai atau bulu halus atas mulut.
Ambil dua sudu teh serbuk kunyit dan dua sudu teh susu segar. Campur keduanya hingga jadi pes. Kemudian sapu di bahagian atas bibir.
Bila sudah kering, bilas dengan air bersih. Tapi cara ini mungkin akan meninggalkan warna kuning di atas bibir.
Cara ini sama dengan petua di atas. Campurkan tepung gandum dan susu. Bancuh dan sapu atas bibir tu. Setelah itu, kopek dan tarik sisa tepung yang telah kering di kawasan tersebut.
Cara ini bukan sahaja boleh hilangkan bulu halus atas bibir, tapi juga boleh mencerahkan kulit. Pertama sekali panaskan gula dalam kuali kemudian masukkan jus lemon supaya air jadi likat.
Sapukan campuran pada bahagian atas bibir. Biarkan beberapa ketika sebelum menekannya dengan kain yang bersih.
Urut kawasan tersebut dengan gerakan membulat sambil kain tersebut ditarik ke arah bulu-bulu halus itu tumbuh (untuk menarik keluar bulu dari akarnya).
Ambil putih telur lalu campurkan dengan tepung jagung dan gula. Gaul sebati dan sapukan pes tersebut di bahagian berbulu halus. Biarkan selama 30 minit sebelum mengupas dan menariknya.
Cara ini juga boleh mengeluarkan sel kulit mati yang ada pada permukaan kulit sekali gus buat wajah bersih dan halus.
Campurkan buah aprikot kering bersama madu. Sapukan campuran di seluruh wajah anda dan tunggu sehingga 15 minit.
Buat gerakan membulat pada bahagian wajah yang mempunyai bulu halis dengan lembut. Sudah selesai bilas dengan air suam.
Aritmia jantung dalam kalangan orang muda boleh berlaku tanpa simptom dan meningkatkan risiko henti jantung mengejut. Ketahui punca, tanda awal, pemeriksaan serta rawatan yang tersedia.