Kalau selalu batuk dan selesema sedangkan tak sejuk, tak kena hujan cuma perhati keadaan sekitar anda duduk. Lihat siling dan dinding rumah, ada nampak tompok tompok hitam berdebu yang berkumpul?
Ya, itu adalah KULAT!
Kulat di dinding dan siling biasanya berlaku akibat persekitaran yang lembab akibat kebocoran bangunan atau sistem pengudaraan yang tidak lancar.
Bukan sekadar kulat, sebenarnya ia mendatangkan pelbagai kesan buruk kepada kesihatan.
Boleh jejas pernafasan
Spora halus yang di bebaskan oleh kulat ini boleh disedut masuk ke paru paru dan menyebabkan iritasi dan radang kepada saluran pernafasan.
Ads
Ia boleh mengakibatkan hidung berair dan tersumbat, bersin, batuk, sesak nafas dan nafas berbunyi.
Sekiranya tidak di bersihkan, pendedahan secara berterusan boleh mengakibatkan fungsi paru paru terjejas dan mengkibatka masalah kronik seperti astma.
Berisiko untuk yang ada asma
Bagi yang sememangnya menghidap astma atau lelah, mereka akan mengalami gejala yang lebih kerap dan serius.
Ads
Tanda tanda lain bagi kehadiran kulat termasuklah bau yang kepam, kesan air, kesan meruap dan cat dinding mengelupas.
Bolehkah kulat ini dicegah?
-Pastikan pengudaraan yang sesuai di dalam bangunan terutamanya bahagian yang lembab dan gelap seperti tandas, bilik membasuh dan dapur.
-Pastikan sistem saliran air di bumbung lancar dan tidak melimpah
Ads
-Bersihkan kulat tersebut menggunakan sabun dan air. Jika kulat masih tumbuh, boleh gunakan peluntur.
-Apa yang penting, cari punca yang menyebabkan pertimbuhan kulat tersebut dan perbaiki punca tersebut.
Jika bahan berfabrik ditumbuhi kulat dan sukar untuk di bersihkan, anda mungkin tiada pilihan lain selain membuang bahan tersebut.
Kalau pergi ke spa, sementara menunggu atau selepas buat rawatan kita biasa dihidang dengan air jamu.
Kadang-kadang macam tiba-tiba terasa minum air jamu ini yang harum berbau rempah dan juga pudina.
Kalau rindu apa kata buat saja sendiri di rumah. Boleh dijadikan amalan kerana ada banyak khasiatnya seperti dikongsi oleh Sarifa Redzuan II
Jamu untuk tenaga & awet muda
Hari ini badan lemau cikgu terus buat jamu ni. Jamu ni sesuai untuk laki perempuan Serta remaja. Lepas minum rasa ringan badan. Sakit kepala berkurang.
Sesuai diminum 1 cawan setiap hari. Bagus ni untuk spa owner yang nak bagi pelanggan minum sebagai welcome drink awak. Bestt tau. Pasti pelanggan teruja nak datang selalu minum.
Aromanya memang superb! Lepas minum paling best burrrpp, burrppp angin keluar. Lega…
Bahan-bahannya
Halia 2 batang serai 1 sudu kecil halba campur 1 sudu Kecil bunga cengkih 1 sudu kecil biji pelaga 2 batang kulit kayu manis 1 sudu kecil bunga lawang 1-2 sudu madu Beberapa helai daun pudina
Cara membuat
1. Rebus semua bahan dengan 6 cawan air. Halia dan serai diketuk.
2. Masukkan beberapa helai daun pudina. Rebus dalam 10 minit.
3. Tapis airnya dan masukkan 1 sudu besar madu.
4. Dah siap jamu awet muda yang mampu tambah tenaga. Cuba tau. Sedapp sangat.
Untuk sinus, mandian, stim muka pun boleh
Selain dibuat jamu, air rebusan ini juga untuk redakan masalah sinus.
Untuk sinus air ini perlu di steam muka tu sambil menyedut aroma ni. Untuk sinus tidak perlu tambah madu. Madu hanya ditambah untuk minum.
Lagi satu boleh buat rendaman kaki singkirkan toksin untuk rendaman kaki perlu tambah garam.
Untuk mandian pun boleh. Rebus bahan masuk dalam baldi. Tambah air bagi suam suam. Pastu tambah la 2-3 cawan garam. Kemudian boleh mandi buat bilasan terakhir.
Nak lagi best, rebus dan steam badan awak tu boleh juga buat bertangas.
Bendi goreng memang sayur kegemaran ramai tapi kalau tak betul cara masak, sayur ini akan berlendir. Ini menyebabkan bendi jadi lembik dan kurang rangup. Tak syok makan.
Untuk elakkan sayur bendi yang digoreng ini jadi sedemikian boleh ikut tip yang dikongsi oleh Mohd Rozmie.
6 tip goreng bendi supaya tak berlendir semasa digoreng
Basuh bendi dahulu sebelum potong. Untuk kekalkan kesegaran bendi masukkan 1 sudu garam dan rendam sekejap.
2. Toskan bendi dan biarkan kering. Kalau nak cepat, boleh keringkan dengan tisu dapur. Jangan dipotong lagi bendi tersebut.
3. Jangan goreng bendi dengan bawang besar untuk elakkan berlendir.
4. Waktu masukkan bendi dalam kuali baru dipotong. Kalau potong awal bendi akan lebih berlendir
5. Selepas masukkan bendi dalam kuali, besarkan api, goreng dalam keadaan api sedikit besar.
6. Jangan dimasukkan air dalam bendi yang digoreng, sebab bendi itu sendiri akan berlendir. Kalau ditambah air menyebabkan lendir makin banyak.
Cara masak bendi goreng bilis yang sedap dan segar
Bahan-bahannya:
Bendi
1 keping tauhu putih
Ikan bilis (segenggam)
6 ulas bawang putih (ketuk/ potong kasar)
1 biji cili merah (potong serong nipis)
Garam
Cara membuat:
1. Panas minyak dalam kuali.
2. Masukkan bilis dan goreng bilis sehingga keperangan.
3. Bila ikan bilis dah keperangan masukkan tauhu basah yang dipotong dadu.
4. Bila tauhu keperangan baru masukkan bawang putih. Tumis sampai bahan-bahan ini garing sedikit. Masukkan sedikit garam, sesuaikan rasanya. Garam jangan lebih kerana bilis dah masin.
5. Masukkan bendi yang dah dipotong dan cili merah, baru dibesarkan api. Gaul bendi hingga sebati dengan bahan tadi.
6. Siap
Tip lain untuk elak bendi berlendir
Boleh masukkan 2-3 hiris asam keping atau air asam jawa.
Sos bawang putih ini memang kena ada kalau makan shawarma dan kena letak lebih supaya lagi sedap. Nak cicah dengan ayam atau daging bakar boleh enak juga.
Selalu jumpa di kedai makanan Arab, sos bawang putih ini juga boleh kita buat sendiri malah boleh jadi pengganti mayones. Rasanya memang sedap, lemak masam dan wangi bawang putih.
Cara buat sos bawang putih yang sedap
Cara membuat sos bawang putih ini dikongsi oleh Afiqah Hairi. Rasanya 99.99% sama dengan sos bawang puti yang ada di kedai Pak Arab. Bahan pun senang saja.
Sejak aku tahu buat sendiri sos bawang putih atau garlic sauce ini dah tak beli mayones. Peminat nasi arab mesti tau kesedapan garlic sauce ini macam mana.
Ini yang dibuat sendiri, tekstur sama macam mayones. Rasanya pun 99.99% sama macm garlic sos kat kedai Pak Arab. Sedap dimakan dengan roti, ayam, nasi, shawarma. Senang cakap garlic sauce ini lagi sedap dari mayones.
Bahan-bahan:
4 ulas bawang putih
1 bijik telur
2 sudu besar cuka
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 cawan minyak jagung (masukkan sikit demi sedikit)
Cara membuat:
Satukan semua bahan di dalam pengisar dan kisar.
2. Kisar lama baru dapat tekstur macam mayones.
3. Kalau nak buat stok gandakansaja nisbah bahan. Simpan dalam peti ais boleh tahan 3 bulan.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...