Teh Daun Jambu Batu Bantu Atasi Influenza, Kajian Sahkan Lebih Kuat Dari Teh Hijau

Share

Teh daun jambu batu bantu atasi influenza dan meningkatkan imun badan secara semula jadi. Kajian saintifik menunjukkan keberkesanan teh daun jambu batu ini malah lebih kuat berbanding teh hijau dalam melawan virus influenza. Ia sesuai diamalkan oleh seisi keluarga, terutama ketika musim wabak.

Keberkesanan Teh Daun Jambu Batu Melawan Influenza

Ketika ini, ramai ibu bapa bimbang apabila kes demam selesema dan influenza meningkat di kalangan murid sekolah. Sudah ada banyak kluster penularan, dan baru-baru ini, seorang kanak-kanak berusia 4 tahun dilaporkan maut akibat jangkitan ini. Sebagai langkah berjaga-jaga, ramai mencari alternatif semula jadi untuk tingkatkan sistem imun tubuh. Salah satunya ialah teh daun jambu batu

yang terbukti berkesan melawan virus influenza A (H1N1).

Kajian Saintifik Khasiat Jambu Batu

Menurut Dr. Suri Roowi, yang juga  Saintis Prinsipal satu kajian oleh saintis Jepun pada tahun 2012 mendapati bahawa teh daun jambu batu boleh merencatkan pertumbuhan tiga jenis virus H1N1. Kajian itu juga menunjukkan teh ini 3 hingga 5 kali lebih kuat daripada teh hijau dalam menghalang penyebaran virus influenza.

Cara Menyediakan Teh Daun Jambu Batu

Untuk mendapatkan manfaat penuh daripada teh daun jambu batu, berikut cara penyediaannya:

  • Ambil 20 gram daun jambu batu kering, sebaiknya pucuk muda.
  • Rendam dalam 1 liter air panas bersuhu 85°C selama 8 minit.
  • Tapis dan minum ketika suam.
  • Boleh tambahkan madu atau hirisan lemon untuk rasa lebih sedap.

Teh ini sesuai diminum setiap hari oleh seisi keluarga, terutama anak-anak sekolah yang mudah terdedah kepada jangkitan.

Kandungan Aktif Dalam Daun Jambu Batu

Kajian oleh saintis Sepanyol dalam Journal of Chemistry (2014) mendapati air ekstrak daun jambu batu mengandungi 48 jenis bahan aktif termasuk:

  • Procyanidin B – antioksidan kuat yang membantu melindungi sel badan.
  • Avicularin dan Guajaverin – menyokong sistem imun dan mempunyai kesan antiradang.
  • Catechin – dikenali dengan sifat antivirus dan meningkatkan daya tahan tubuh.

Amalan Harian

Minuman teh daun jambu batu

bukan sahaja membantu melawan virus, tetapi juga memberi ketenangan kepada tubuh. Ia sesuai diminum ketika demam, batuk atau selesema. Walau bagaimanapun, ia bukan pengganti ubat. Jika simptom berpanjangan, dapatkan rawatan doktor segera.

Untuk hasil terbaik, gunakan daun jambu batu kampung yang bebas racun. Jika tiada daun kering, boleh jemur daun segar terlebih dahulu sebelum digunakan.

Sumber: Dr Suri Roowi

Baca: Home Remedy Atasi Masalah Batuk, Doktor Kongsi Petua Guna Bawang & Madu

Published by
VK