
Kerang rebus yang dicicah sos atau air asam memang digemari ramai. Selalu juga jika makan di restoren.
Cuma bila buat sendiri hasilnya kerang selalu liat, susah dikupas dan tak sesedap macam yang kita makan di luar.
Sebenarnya untuk dapat hasil kerang rebus yang lembut ada tekniknya. Dikongsi oleh Ibu Azzah, katanya kerang rebus tak perlu dimasak lama. Cukup seminit, untuk dapat hasil kerang yang bukan saja lembut dan tak liat, tapi juga juicy.
Caranya;
1. Rebus air dalam periuk hingga mendidih.
2. Terus masukkan kerang yang siap dibersihkan dan rebus selama seminit.
3. Cukup seminit terus tutup api dan tos kerang tadi.
4. Tunggu sejuk kemudian bolehlah dikupas dengan mudah. Hasilnya kerang akan lembut, juicy dan langsung tak liat.
Boleh juga tonton video penuh Ibu Azzah di SINI.
Tip mudah cuci kerang baca: Rendam Kerang & Lala Dengan Bahan Dapur Ini Supaya Pasir Keluar & Mudah Terbuka
@ibuazzahAPA…????? REBUS KERANG 1 MINIT JERR… BIAR BETUL IBU AZZAH NI.. korang rebus kerang mesti lama kan.. ##pjjibuazzah ##MYfoodie ##fyp♬ original sound – Ibu Azzah
Selamat mencuba.
Sumber: Ibu Azzah
Cara Buat Sambal Bilis Kacang Yang Tahan Lama. Buat Pedas-pedas, Ratah Pun Sedap

Sambal bilis kacang ini memang kegemaran ramai, lagi sedap kalau buat pedas. Sambal ini memang kena buat banyak sebab, walau pun boleh makan dengan nasi tapi ramai yang suka makan macam tu saja, ratah!
Sambal bilis kacang ini juga tahan lama jika betul cara masaknya. Kalau teringin buat stok di rumah boleh ikut resipi perkongsian Salma Ideris. Boleh tahan berminggu-minggu katanya.
Bahan-bahan yang perlu digoreng garing:
1 kg kacang tanah (lebih pun boleh)
Ikan bilis ( kuantiti ikut citarasa)
Tempe (pastikan potong nipis jika nak masukkan sekali)
Bahan dikisar:
Cili kering ( kuantiti ikut tahap pedas)
Cili api ( letak lebih kalau nak pedas)
1/2 biji bawang holland
1/2 labu bawang putih )
3 sudu gula pasir
3 keping gula kabung/melaka
Sedikit garam & serbuk perasa
1 keping asam keping
Cara membuat:
1. Goreng garing kacang tanah, ikan bilis, tempe. Ketepikan.
2. Guna minyak yang banyak, tumis bahan yg dikisar. Saya masak guna api besar, kacau sentiasa dalam setengah jam.
3. Masukkan asam keping.
4. Bila dah likat macam sira keluarkan asam keping, perlahankan api.
5. Dalam api perlahan, masukkan bahan yang digoreng kacau sebati. Siap!
Tip
- Pastikan bahan tumis tidak hangit.
- Kacang tanah, bilis, tempe wajib kena garing.
- Untuk kekal rangup boleh juga letak cuka (jangan masukkan asam lain dah) waktu tumisan dah naik minyak bersama dengan garam dan gula. Padamkan api, masukkan bilik, kacang dan hidupkan kembali api.
- Satu lagi cara untuk kekal rangup, biar sambal sejuk kemudian baru gaulkan ikan bilis dan kacang.
Petua Makanan Laut Simpan Dalam Freezer Kekal Segar & Manis Walau Dah Lebih Sebulan

Bersungguh pergi pasar untuk cari makanan aut yang segar tapi bila nak masak seminggu kemudian dah lembik dan kehitaman. Frust sungguh!
Ini situasi biasa bila kita simpan lauk pauk makanan di dalam freezer. Tapi jika mahu memastikan makanan laut ini segar seperti baru dibeli boleh gunakan petua yang dikongsi oleh penjual ikan.
Menurut Shazura Bahari beliau selalu membeli makanan laut terus dari nelayan dan petua ini diperoleh dari mereka. Makanan laut yang disimpan cara ini akan kekal manis walaupun dah lama disimpan dalam freezer.
Caranya
- Selepas membeli makanan laut seperti ikan, udang, sotong sebelum menyimpannya di dalam bahagian sejuk beku gaulkan taburkan dengan gula.
- Sebaiknya pek lauk ini mengikut kuantiti sekali makan.
- Untuk jimat boleh juga letak semua makanan laut ini dalam satu bekas dan gaul dengan gula terlebih dahulu. Kemudian barulah diasingkan.
- Bagi udang, boleh juga letak sedikit perahan limau. Jika mahu memastikan kekal segar selama 1-2 bulan boleh letak air dalam bekas simpan udang ini.
@resepidapurkakshaz Gula memang wajib di masukkan jika masak seafood!!! ingat petua kak shaz tu😉 Resepi campak-campak tapi hasilnya gempak! memang sedap sangat-sangat!! yang penting ringkas dan tak banyak bahan🥰 #masakcarakakshaz #resepidapurkakshaz #kakshazstyle #daridapurkakshaz ♬ Chanda Chamke Cham – JNCVK.Njr
INFO: Petua ini menjadi jika makanan laut yang dibeli memang segar. Ia bukan untuk menyegarkan makanan laut yang sudah tak segar.
Tip Simpan Kentang Elak Bertunas Awal & Tahan Lama. 2 Bulan Pun Masih Elok

Kentang memang selalu kita guna dalam masakan, sebab itu selalu saja kita beli lebih sebagai stok.
Tapi masalahnya bila simpan kentang lama sikit mulalah bertukar warna dan naik tunas. Kentang begini tak elok dimakan kerana sudah mengandungi toksin.
Baca artikel berkait: Jangan makan kentang yang dah bertunas, warna hijau kerana tinggi toksin
Bagaimana pun ada cara yang boleh dipraktikkan supaya kentang yang disimpan ini tidak bertukar warna dan bertunas. Jika betul cara simpan lebih 2 bulan pun masih elok lagi.
Kaedah penyimpanan ini dikongsi oleh Puan Yatie Eimra.
Tip simpan kentang elak bertunas awal
Tempoh hari saya ada post tentang baki kentang yang dah 2 bulan tapi masih elok & hanya sebiji-2 je baru nak bertunas. Sebelum ini, tak sampai 2 minggu pun semuanya dah bertunas.
Sekarang memang dah jarang sangat alami masalah kentang bertunas awal.. Alhamdulillah, hari ni saya berkesempatan share sikit tip kentang. Semoga dapat dimanfaatkan.
Kentang kalau betul cara simpan, boleh bertahan hingga 4 bulan walaupun hanya simpan di dapur.
- Jangan simpan kentang bersama bawang merah/bawang putih kerana bawang² ini hasilkan gas yang cepatkan kentang bertunas.
2. Kentang perlukan pengudaraan yang cukup. Sebaik-baiknya simpan kentang dalam bakul/jaringan supaya cukup aliran udara.
3. Jangan simpan kentang bersebelahan dapur gas/tempat memasak kerana suhu panas akan cepatkan kentang bertunas. Wap-wap terhasil pula akan sebabkan kelembapan udara tinggi & jadikan kentang mudah berkulat/busuk. Jika ruang dapur terhad, pastikan tempat simpanan kentang tak kena wap panas ketika masak.
4. Penting untuk pastikan kentang disimpan di tempat yang kering tapi tak terlalu terang atau kena cahaya matahari/lampu secara direct. Jika kentang mula bertunas & berwarna kehijauan, itu tandanya kentang terdedah pada cahaya lampu.
Kalau korang perasan, bukan semua kentang bertunas akan jadi hijau. Biasanya kentang jadi hijau sebab kena banyak cahaya. Warna hijau tu sebenarnya klorofil, terhasil akibat proses fotosintesis.
5. Jika tempat simpanan kentang korang agak terang & kena cahaya yang banyak, boleh juga tutup sedikit lapisan atas kentang dengan kain guni/burlap ataupun kain muslin.
Tujuannya supaya cahaya tak kena secara langsung pada kentang tapi dalam masa yang sama kentang masih dapat pengudaraan yang baik. Sesekali periksa keadaan kentang & gunakan kentang yang mula bertunas dulu.
Jangan simpan dalam peti sejuk
Sesetengah orang gemar simpan kentang mentah dalam peti sejuk untuk panjangkan hayat kentang. Tapi sebenarnya bila kentang disimpan dalam peti sejuk (terutama dalam tempoh yang lama), suhu sejuk akan tukarkan kandungan kanji dalam kentang kepada gula. Akibatnya…
- Rasa kentang akan jadi lebih manis
- Kentang akan berwarna kehitaman semasa dimasak akibat gula dalam kentang dikaramelkan.
- Kentang yang disimpan dalam peti sejuk mempunyai kandungan gula yang tinggi, jadinya cara ini sangat tak digalakkan bagi mereka yang perlu kawal pengambilan gula terutama yang mengalami masalah diabetes, ibu² mengandung yang mengalami GDM, dan lain-lain.
- Kandungan gula yang tinggi juga boleh menyebabkan kandungan toksin akrilamida lebih tinggi (bila kentang dimasak dengan suhu tinggi)
INFO: Saya simpan kentang dalam bakul & anyam sendiri jer penutup dari tali hemp dengan bahagian tepi (atas) dibiarkan kosong. Korang boleh cover sikit kentang dengan kain guni/kain muslin tapi pastikan tak mengganggu pengudaraan.
Sumber: Yatie Eimra.