Pokok fiddle fig atau dikenali juga sebagai fiddle leaf fig ini memang banyak ditanam sebagai pokok hiasan di luar rumah. Daunnya agak lebar dan kelihatan seperti daun pokok ketapang.
Pokok Fiddle fig boleh tumbuh sehingga mencapai ketinggian lima meter. Bila dah tinggi, daun lebar dan rimbun memang cantik. Namun begitu untuk memastikan pokok fiddle fig ini rimbun ada teknik yang perlu dipraktikkan.
Kaedahnya pokok ini perlu dipotong pada batang bahagian atas, jangan sayang. Caranya dikongsi oleh Syafiq Roslan.
Cara rimbunkan pokok fiddle fig
Saya nak kongsikan sedikit tip untuk rimbunkan pokok fiddle fig masing-masing ya. Haritu ramai yang tanya tips untuk rimbunkan pokok ni.
Ads
Sebenarnya mudah sangat nak rimbunkan pokok fiddle fig ni. Caranya;
– Hanya potong bahagian batang yang atas
– Dari 1 batang nanti ada yang bercabang ke 3 dahan dan 4 empat dahan baru.
Ads
– Yang penting kalau nak potong, potong di bahagian internode. Rujuk gambar di bawah.
– Hasil keratan batang yang dipotong tu boleh la rendam terus dengan air untuk propagate. Kalau nak cucuk terus tanah pun boleh untuk propagate.
Rasa nak makan kuih lopes tapi mengenang nak buat leceh kena kukus, gulung dalam daun pisang dan sebagainya terus tak jadi buat.
Tapi sebenarnya ada cara lebih senang dan cepat untuk buat kuih lopes ini. Masak guna rice cooker saja. Hasilnya tetap sama, sedap dan menyelerakan. Cara ini dikongsi oleh Shahera Ilani.
Cara buat kuih lopes guna rice cooker
1. Sediakan bahan untuk pulut iaitu;
-2 cawan beras pulut (tak perlu rendam)
-1 cawan santan cair
-1 cawan air
-1 cawan air daun pandan
-Sedikit garam
-Sedikit pewarna hijau (jika perlu)
2. Masak semua bahan di atas dalam rice cooker dan masak seperti biasa.
3. Sediakan kelapa parut secukupnya kemudian kukus sekejap. Bila dah sejuk gaulkan dengan sedikit garam.
4. Ambil pulut yang dimasak dan padatkan atau rata atas dulang. Jangan nipis sangat ya. Kemudian gunakan gelas untuk bentuk menjadi bulat. Kemudian gaul dengan kelapa parut. Susun dalam bekas.
5. Seterusnya sediakan bahan untuk membuat air gula;
-1 keping gula melaka
-1 cawan gula perang
-5 cawan air
-1 helai daun pandan
6. Masak semua bahan air gula ini di atas dapur hingga mendidih dan sedikit pekat. Kemudian bolehlah hidang bersama kuih lopes tadi. Mudah kan.
Ketika ini ibu bapa sudah mula membuat persediaan sekolah anak untuk sesi persekolahan baru. Antara yang utama adalah baju sekolah.
Kebiasaannya bagi ibu bapa terutama yang sibuk bekerja akan menyediakan lebih dari dua pasang baju sekolah untuk kemudahan, bukan saja anak tapi yang penting ibu bapa. Jadi tak perlulah hari-hari basuh baju sekolah.
Tapi lain pula pilihan ibu bernama Nabilah Solehah, meski berkemampuan namun dia hanya menyediakan baju sekolah anak hanya sepasang. Ujar ibu ini sepasang sekolah anak ini sebenarnya lebih memudahkan.
Boleh baca perkongsian beliau tentang kelebihan hanya ada sepasang baju sekolah anak ini.
Less is more…
Masuk sesi sekolah tahun 2023, saya ada dua orang anak yang bersekolah rendah. Baju uniform yang saya sediakan cuma sepasang setiap satu.
Sepasang baju sekolah dan sepasang baju sukan untuk setiap anak. Itu pun untuk anak kedua, baju sukan dia saya recycle baju kakak dia yg sudah kecil. Pakai selagi muat dan masih elok. Ganti, hanya kalau rosak atau sudah kecil.
Baju sekolah mereka saya cuci setiap hari. Iron pada waktu malam ketika masih lembab. Dan saya akan gantung. Besok baju-baju tersebut sudah ready untuk dipakai sekolah.
Actually kaedah ini saya sudah guna pakai sejak sesi persekolahan tahun lepas lagi. Dah berlatih. Dan saya rasa tenang serta lebih lapang.
Kelebihan baju sekolah hanya sepasang
Sebab bila kurang harta, kurang juga effort Dari segi masa Dan tenaga untuk menjaga harta tersebut. Antara perkara best bila baju hanya sepasang.
1. Saya tak perlu jahit lencana Dan name tag banyak-banyak dekat baju anak.
2. Semasa hujung minggu, saya tak perlu berpeluh-peluh, iron baju sekolah anak banyak-anak. Hujung minggu boleh jenjalan.
3. Baju nan sepasang itu akan dijaga dengan lebih baik. Sebab dia dibasuh setiap hari. Kotoran degil tak melekat lama.
4. Beban laundry berkurang.
5. Tak membazir. Kalau anak dah membesar, baju lama cuma ada satu je yang terbuang.
6. Paling best, stoking dan headscarf (read: sekap kepada) pun turut tak hilang. Sebab bila anak cuci baju sekolah. 2 benda tu diorang akan letak juga dalam washer.
So dua benda keramat tu akan turut diuruskan. Kalau tak akan bersepah-sepah dan bercampur dengan baju-baju basahan yang lain. Alamatnya kalau tak hilang satu, dua-duanya akan hilang tanpa berita.
Esoknya siaplah. Dia akan selongkar bakul laundry sebab nak cari stoking sebelah lagi tak jumpa.
Sesiapa yang rasa cara ni masuk akal boleh try buat tahun ni. Tahun depan dah boleh apply. Lagipun baju uniform sekarang ni boleh bikin berdengung juga ya.
Raised bed garden tak semestinya kena ruang luas, kawasan kecil sudah mencukupi. Tetap boleh bercucuk tanam untuk makan sendiri.
Inilah yang dipraktikkan oleh Lynda Hassan. Jika sebelum ini menanam sayur dalam botol, dia kemudian mencuba pula kaedah penanaman dalam petak atau raised bed garden.
Ringkas saja petak yang dibuat tapi sayur-sayurannya tetap subur, hasil air semburan bunga cengkih. Berikut adalah perkongsian beliau bagi yang ingin mencuba.
Cara tanam sayur dalam petak
Sebelum ini tanam sawi & kangkung dalam botol. Bila tengok orang tanam dalam petak-petak kita pun nak cuba.
Ini first time tuai sawi tu. Alhamdulillah segar bugar. Ada sikit daun kena makan dengan belalang, serangga perosak lain tiada.
Cara saya buat:
Saya guna 100% tanah sawit, kedalaman tanah lebih kurang satu jari.
Buat petak dari kayu terpakai saja.
Boleh juga buat atas laman bersimen tapi sebelum masukkan tanah, alas dulu dengan plastik.
Biji benih semai dulu di tempat lain, selepas keluar empat daun baru alih ke petak.
Siram dan letak baja, saya guna baja tinja arnab kerana pelihara haiwan ini.
Selepas alih ke petak lebih kurang tiga minggu dah boleh tuai hasil.
Supaya sayur subur dan tak kena serangan serangga guna semburan air bunga cengkih. Sembur pada daun dan batang.
Cara buat air semburan bunga cengkih
Ambil periuk masukkan 2-3 liter air.
Tambah 2-3 sudu bunga cengkih dalam periuk.
Rebus hingga mendidih dan tutup api.
Biarkan air semalaman.
Esoknya boleh masukkan dalam botol penyembur. Letak 1/2 air cengkih dan tambah air paip biasa hingga penuh botol.
Sembuh pada daun dan batang pokok sayur. Hari-hari pun boleh.
Pati cengkih yang lebih simpan untuk kegunaan lain hari.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...