Ads

Tengku Ampuan Pahang Raih Anugerah Pelajar Terbaik Pengajian Sarjana UIAM

Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menerima Anugerah Pelajar Terbaik bagi program Sarjana Sastera dalam Pemikiran dan Tamadun Islam  (Master of Arts in Islamic Thought and Civilisation) pada Istiadat Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke-42, hari ini.

Baginda menerima skrol ijazah daripada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, pada sidang pertama istiadat berkenaan di kampus UIAM Gombak. Tunku Azizah mengikuti pengajian selama dua tahun di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC-UIAM).

Dalam pengajian itu, baginda meneliti Hukum Kanun Pahang menerusi tesis yang bertajuk Hukum Kanun Pahang: Satu Kajian tentang Perlembagaan Melayu-Islam yang Berdaulat.

Ads

Ketika menyampaikan ucapan selaku wakil graduan, Tunku Azizah bertitah bahawa baginda kembali ke universiti pada usia 64 tahun selepas 45 tahun meninggalkan alam pendidikan formal. Dua tahun kemudian, baginda memperoleh ijazah sarjana pada usia 66 tahun.

Ads

Antara detik yang menarik perhatian pada istiadat itu ialah ketika Tunku Azizah berkenan mengambil tempat sebaris dengan graduan lain. Dalam titahnya, baginda menggambarkan pengalaman memasuki dewan sebagai Tengku Ampuan Pahang, kemudian duduk bersama rakan-rakan sepengajian sebagai seorang pelajar sebelum naik ke pentas untuk menerima skrol.

Ads

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, dan Majlis Kesultanan Pahang turut merafak sembah tahniah atas kejayaan baginda. Majlis Kesultanan Pahang mendoakan agar hasil kajian Tunku Azizah memberi manfaat kepada masyarakat, khususnya dalam bidang pemikiran Islam dan pengajian dunia Melayu.

Pada istiadat sama, Presiden UIAM, Abdul Rashid Hussain, mengumumkan bahawa Tunku Azizah akan meneruskan pengajian ke peringkat doktor falsafah (PhD) di universiti berkenaan.

Dapatkan tip memancing, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain