Siapa yang pernah bersalin dan berpantang waktu bulan puasa memang faham sangat situasi ini.
Bila dah bersalin awal bulan Ramadan biasanya ibu tak dapatlah nak berpuasa kerana nifas.
Ada yang memang sebulan terus tak berpuasa. Paling tak best bila ada yang tak sempat menggantinya kerana menyusu anak. Kalau dah langkau tahun masih tak ganti puasa apa nak buat?
Boleh baca penjelasan yang dipetik dari laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tatkala membalas persoalan dari seorang ibu tentang masalah ini.
Tak sempat ganti puasa sebulan
Asalamualaikum ustaz. Saya ingin menanyakan satu soalan. Bulan puasa tahun lepas saya dalam pantang bersalin. Jadinya sebulan puasa saya tidak berpuasa. Sekarang pun masih menyusukan anak. Usia anak 11 bulan. Saya ingin bertanya, perlukah saya:
1) Qada’ puasa sahaja atau
Ads
2) Qada’ puasa dan bayar fidyah atau
3) Tidak perlu puasa tetapi bayar fidyah sahaja
Saya masih menyusukan anak sekarang. Yang mana satu yang perlu saya ikut nya sebab banyak sangat mazhab yang saya dengar. Saya tidak tahu mana yang patut ikot.
Terima kasih ustaz
Jawapan
Waalaikumussalam wbt,
Ads
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar, Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Pertama sekali kita perlu jelas tentang maksud ‘pantang’ secara adat dan syariat. Dalam adat Melayu pantang selepas bersalin memiliki beberapa tempoh yang masyhur antaranya 44 hari dan 100 hari.
Manakala menurut syariat, berpantang ini boleh dikaitkan dengan hukum keluarnya darah nifas. Hukum nifas, adalah seperti hukum haid pada perkara-perkara yang haram dilakukan yakni solat, puasa, membaca mushab al-Quran, menyentuh dan membawanya, menetap di dalam masjid, bertawaf dan berjima’, bermesraan suami dan isteri di antara pusat dan lutut. Tempoh kebiasaan nifas adalah 40 hari, manakala maksimumnya pula adalah 60 hari.
Menurut Imam al-Syarbini al-Khatib (w.977H) di dalam al-Iqna’ (ms.143-144), orang perempuan yang bernifas haram menunaikan ibadah puasa Ramadhan. Jika dia berpuasa juga maka puasanya tidak sah dan wajib diqadha.
Ads
Ini berbeza dengan solat fardu yang tidak perlu diganti. Perkara ini berdasarkan hadis Muslim riwayat Aisyah R.Anha bahawa kaum wanita diperintahkan untuk mengqadhakan puasa Ramadhan yang ditinggal akibat haid – dan juga nifas – tetapi tidak bagi solat fardu.
Pada asalnya hukum wanita yang menangguh qadha puasanya sehingga masuk ke Ramadhan tahun seterusnya adalah haram dan wajib ke atasnya untuk qadha puasa dan membayar satu mud (secupak makanan ruji seperti beras dalam zakat fitrah) bagi setiap puasa yang ditinggalkan dan tidak sempat diganti sebelum tiba Ramadhan bagi tahun yang baru. Namun begitu pengecualian diberikan jika penangguhan itu bersebabkan uzur syarie. Rujuk al-Iqna` (ms. 352).
Berkata Syeikh Muhammad al-Zuhaili di dalam al-Muʿtamad (2/200) : “Jika seseorang wanita itu melewatkan qadha’ puasanya kerana uzur seperti berterusan sakit, menyusukan anak, hamil dan musafir, sehingga masuk ke Ramdhan yang baru, maka tidak wajib fidyah kerana kelewatan ini dan wajib qadha’ sahaja.”
Justeru, dalam kes puan yang bertanya:
Puan hendaklah menggantikan puasa yang ditinggalkan semasa nifas dahulu.
Jika puan melewatkan puasa sehingga masuk ke Ramadhan yang baharu, maka hendaklah puan ganti puasa, dan membayar fidyah bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan.
Jika puan meninggalkan ganti puasa atas sebab keuzuran seperti masih menyusu anak, lalu masuk ke Ramadhan yang baharu, maka puan tidak perlu membayar fidyah tetapi tetap perlu menggantikan puasa.
Semoga Allah Taala mengurniakan kekuatan dan ilmu dalam beramal. Wallahua’lam.
Fucuk ini selalu kita gunakan dalam masakan. Biasanya kita beli, rupanya nak buat sendiri pun boleh. Fucuk ini dibuat dari air kacang soya saja.
Sambil-sambil buat sendiri air kacang soya bolehlah buat sekali fucuk ini. Caranya dikongsi oleh Norlela Abdul Lahak. Dijamin bersih dan kita pun tak was was nak makan.
Buat sendiri fucuk kering, senang rupanya
Bahan-bahan:
1 kg kacang soya (direndam 6 jam)
Chopstick besi atau plastik.
Kain kasa atau penapis serbuk teh
Cara membuat:
1. Kisar kacang soya, letak air paras kacang soya saja.
2. Kemudian masukkan kacang soya kisar ke dalam kain kasa dan perah untuk ambil airnya. Boleh ulang dua kali untuk ambil airnya. Hampasnya boleh dibuang.
3. Dalam kuali atau periuk masak air soya gunakan api perlahan.
4. Tunggu sampai bahagian atas air soya terbentuk lapisan yang berkedut.
5. Kemudian ambil chopstick untuk angkat lapisan fucuk.
6. Bila lapisan fucuk dah diangkat kemudian salai dan jemur.
Memandangkan isu Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan ini berlaku pada musim cuti sekolah memang ramailah yang yang terpaksa batal atau tunda percutian yang dah dirancang.
Memang rugi bila tiket flight & hotel yang ditempah terpaksa burn begitu saja. Tapi tak semuanya begitu. Untuk yang dah booking hotel tapi terpaksa tangguh masih ada peluang untuk dapat refund.
Caranya boleh ikut perkongsian daripada Saiful Anwar yang mendapat kembali wang meski pun status tempahannya Non-Refundable!
Boleh refund walaupun Non Refundable
Bagi yang tertanya, kalau dah book hotel dalam Malaysia, walaupun status bilik tu “Non-Refundable”, boleh ke claim refund sebab Perintah Kawalan Pergerakan ni? Jawapannya, YA BOLEH!
Ini contoh yang saya dah buat. Saya sepatutnya ke KK Sabah minggu ini, tapi sebab situasi sekarang, sy terpaksa cancel semuanya.
Walaupun bilik ini berstatus “Non-Refundable” tapi anda masih berhak mendapatkan refund. Cara ini adalah untuk tuntutan tempahan yang di buat di Agoda.
Caranya:
Lodge complain request dekat Web Agoda
2. Agoda akan reply email dalam masa 3 hari lbh kurang utk proses seterusnya.
3. Dan Agoda akan call lepas tu utk sahkan.
4. Dalam 1-2 hari duit akan masuk ikut original payment kita masa kita book hotel mula-mula.
Now saya tengah fight utk claim refund kat Traveloka dan flight AAsia & MAS pulak! Fight for your right guyss.
Nota: Status Refund ini mungkin berbeza dengan tempahan di laman web lain.
Stor di kebanyakan rumah kita adalah tempat simpan barang yang jarang digunakan atau barang yang tak mahu lagi digunakan.Ramai yang letak barang ini bertindan-tindan,...