Cadar putih yang dibentang pada katil memang akan buat bilik nampak lebih kemas dan cerah. Sebab itu ramai yang suka pilih warna ini. Begitu juga dengan tuala. Nampak bersih saja.
Tapi satu masalah bila menggunakan fabrik warna putih ini adalah lama kelamaan warnanya akan jadi sedikit kekuningan atau off white. Bukan saja cadar atau tuala, pakaian pun sama.
Jika suka menggunakan cadar warna ini di rumah sebaiknya kena tahu cara betul mencucinya selain cara mengembalikan keserian warna putih ini. Boleh gunakan tip yang dikongsikan oleh Zaza Zalina ini.
Tip basuh cadar, tuala putih supaya putih sekali, kembali berseri
Cadar putih ni memang cantik, nampak cerah dan bersih bila di bentang atas katil. Begitu juga dengan tuala putih.
Masalah bila cuci selalu ada karat kotoran dari air paip. Kaedah mudah untuk elakkan air karat menjejaskan pakaian warna putih adalah dengan menggunakan tuala tangan kecil.
Ads
Cara elak kain cucian kuning akibat air karat
Masukkan tuala kecil ke dalam tempat letak sabun. Jadi sebelum air sampai ke kain cucian ia terlebih dulu ditapis.
Dapatlah mengurangkan air karat terus mengalir ke kain cucian. Alhamdulillah dah tiada kotoran itu lagi.
Ads
Tip cadar putih bersih berseri
Sesekali boleh gunakan nila untuk nampak berseri. Cuma bila guna nila jangan letak pelembut kain sekali ya. Ia akan menyebabkan nila bertompok-tompok tak sekata pada kain cucian.
Ads
Kaedah cucian putihkan kembali baju putih yang dah kuning
Selain itu jika ada pakaian warna putih yang semakin kuning cara untuk memutihkannya kembali adalah dengan merendamnya dengan Clorox kemudian cuci dengan sabun. Letak sedikit nila, Insya-Allah pakaian putih akan kembali putih berseri.
Sudah puas bercuti di dalam negara, ramai yang dalam misi bercuti keluar negara pula. Dalam keterujaan bercuti di negara orang tak mustahil boleh terjadi perkara yang tidak diingini iaitu pasport hilang.
Boleh jadi tercicir, tertinggal atau pun beg berisi dokumen perjalanan ini penting ini dicuri. Jika berlaku sedemikian ketika kita di luar negara apa perlu dilakukan? Untuk yang selalu travel perkara ini penting untuk diketahui.
Dikongsi oleh Muaz Aziz yang melalui pengalaman kehilangan passport di luar negara ini perkara yang perlu dilakukan.
Datang dengan buku berah, balik dengan buku coklat
Apa nak buat bila kehilangan passport diluar negara? Jangan panik, boleh ikut step ini.
1. Hubungi kedutaan Malaysia di negara yang dikunjungi untuk maklumkan kehilangan pasport. Boleh juga PM di sosial media kedutaan, hubungi melalui telefon atau e-mel.
2. Buat laporan polis lokasi kejadian.
3. Cari kedai gambar untuk ambil gambar pasport (background putih )
4. Hadir ke kedutaan untuk proses membuat Perakuan Cemas
5. Kalau bernasib baik dapat terbang tiket balik yang sama, kalau hilang di negara A, dan tiket balik dari negara B. Biasanya kena beli tiket lain One way.
6. Terbang balik ke Malaysia, dan Perakuan ini perlu diserahkan kepada pegawai imigresen di KLIA nanti.
7. Buat report polis di Malaysia, untuk proses pasport baru.
Alhamdulilah. Mahal betul pengalaman pengembaraan kali ini.
Zaman sekarang ni kuasa di hujung jari. Meskipun sudah ada aplikasi Mae, masih juga perlu menggunakan kad debit kerana sudah merata-rata kedai menggunakan terminal debit kad cashier. Bila sampai masa nak kena tukar kad debit dan aktifkan, mesti rasa malas. Ye la memikirkan kena beratur tunggu giliran di bank tu yang tak bestnya.
Sebelum kita masuk topik tukar kad debit, alang-alang sentuh tentang MAE, mungkin tak jadi masalah buat anak muda mengenali apa itu MAE kan? MAE merupakan aplikasi e-dompet dari Maybank. Sama seperti Touch N’ Go eWallet, Boost dan sebagainya, aplikasi ini menyediakan banyak ciri menarik termasuk menjejaki perbelanjaan dan menabung secara berkumpulan.
Kad debit memang penting, apatah lagi sekarang dah ramai yang guna perkhidmatan cashless di samping penggunaan terminal debit kad cashier. Jadi kena pastikan kad sentiasa aktif dan boleh berfungsi. Paling penting tarikh valid kena ingat.
Kalau dah hampir tamat, kena segera tukar kad debit supaya yang timbulkan masalah nanti. Untuk tukar kad debit atau aktifkan kad debit ini pun mudah saja, tak perlu beratur panjang di tempat ramai orang. Bagi pemegang kad CIMB atau Maybank boleh guna perkhidmatan bank masing-masing seperti yang akan min tunjukkan kat bawah ini.
Kita boleh tukar kad debit ini secara online dengan syarat kad debit yang nak ditukar bukan sebab hilang atau lupa pin nombor. Kad debit baru pun akan dihantar terus ke rumah. Kan mudah.
1. Pertama sekali untuk tukar kad debit, Login ke Maybank2u
2. Pergi ke Settings
3. Pergi ke Cards
4. Pilih Debit Cards dan pergi kepada Replace, Activate & Block
5. Tekan titik tiga seperti dalam bulat di gambar
6. Pilih Replace Card.
7. Isi alamat anda untuk penghantaran kad, poskod alamat berserta negeri anda. Click di T&C untuk setuju dan tekan Replace Card.
8. Tekan request SMS TAC dan isi TAC yang diterima di ruangan yang disediakan.
Kad debit baru akan dihantar dalam tempoh 9 hari bekerja dari tarikh permohonan dan urusan ini akan dikenakan caj RM12 yang akan ditolak dari baki akaun kita. Bila duit dah du
Apabila dah terima kad debit baru boleh aktifkan secara online juga. Kena aktifkan dalam tempoh 90 hari. Kalau tak sempat nak beli belah kat luar sana dan sentuh kad buat bayaran menggunakan terminal debit kad cashier, anda boleh buat secara online juga. Jika lebih kena buat kad baru lagi. Cara untuk aktifkan kad debit baru secara online seperti berikut;
Kalau tadi kita dah lihat cara tukar kad debit Maybank, sekarang jom kita tengok step by step cara tukar kad debit CIMB pula!
1. Korang pergi ke link CIMB ni, cimb.com.my/renewal.
2. Lepas tu korang tekan dekat Renew Now dekat atas sekali tu.
3. Korang akan dibawa ke satu online form, ada aku share screenshot kat sekali tu.
4. Isikan 6 digit akhir IC korang dan juga 4 digit akhir kad yang nak renew tu. Lepas tu tekan proceed. Nanti korang akan dapat OTP.
5. Korang akan nampak alamat yang korang dah daftar dalam CIMBClicks. Kalau korang nak tukar alamat untuk pos kad korang tu tekan je Mailing Address dan masukkan alamat baru korang. Alamat tu CIMB guna untuk hantar kad tu je tau.
6. Kemudian dah selesai. Korang tunggu la kad CIMB tu sampai dalam masa 14 hari bekerja.
7. Bila dah dapat kad baru CIMB tu, korang pergi je ke ATM dan masukkan kad baru berserta nombor pin lama korang. Cek la baki korang ke apa, yang penting ada transaksi.
8. Tadaaa. Kad debit CIMB baru korang dah pon aktif.
Hampir setiap masakan kita akan mengguna bawang. Tapi mungkin ramai yang belum tahu cara potongan bawang akan mempengaruhi rasa masakan kita. Kalau potong mayang, belah dan sebagainya akan berbeza rasa berbanding cencang.
Malam tadi terbaca ada yang tanya biasa masak potong bawang macam mana? Sebenarnya cara potong masing-masing ada nama, kegunaan dan masanya tertentu untuk guna. Sesetengah potongan tak sesuai untuk sesetengah resepi.
1) Potong
Potong maksudnya bawang akan dipotong secara melintang. Bermula dari potong akan menghasilkan potongan gegelung dan mayang.
2) Gegelung
Mula dari potong, dan diulang-ulang mengikut ketebalan yang dikehendaki.Potongan gini biasa untuk masak kicap, masak merah.
3) Mayang
Hirisan halus tetapi melintang, kebiasaannya untuk membuat bawang goreng atau ditumis.
4) Belah
Potongan secara menegak untuk menghasilkan potongan yang lainnya.
5) Baji
Juga disebut ‘wedges’ dalam bahasa Inggeris. Biasanya potongan ini diguna untuk hiasan, seperti dalam sup atau kari dan sebagainya. Juga untuk kebab.
6) Hiris
Potongan nipis, halus secara menegak yang berulang-ulang. Untuk ditumis atau dibuat ulam / rencah sambal/budu/cencaluk dsb.
7) Dadu
Biasanya untuk buat cekodok/jemput-jemput bilis atau bawang.
8) Dadu kecil / cincang kasar
Untuk tumisan nasi goreng, mi goreng dan sebagainya.
9) Cencang
Untuk perapan, tumisan dan sebagainya.
Penting ke potongan ni semua? Sesetengah resepi, penting sebab lain cara potong boleh mempengaruhi rasa masakan dan tempoh memasak.Jadi kena teliti resipinya sebelum mula memotong.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...