Jujurnya sebelum ini memang tak penah peduli pun pasal harga atau kiraan jual beli emas. Sebab tak berapa mampu.
Siapa yg tahu alhamdulillah anda bagus! Yang kurang pandai sikit macam saya, mari kita ajarkan.
Tadi berkesempatan tolong orang belikan emas kat satu kedai di kawasan Klang.
Kedai yg selalu penuh sebab harga semasa dia murah dari kedai lain. So terasa nak main kira-kira hari ni. Betul ke murah sangat kedai ni??
Dan balik dari kedai, sempat singgah kedai emas yg berdekatan dengan rumah semata untuk bezakan harga.
Mari kita mula mengira guyss…
Ads
-Kedai A harga Rm225/gm -Kedai B harga Rm238/gm
Nampak? Mesti la kita pergi kedai A kan.
Tadi beli Gelang Tangan Gajah berat 15gm. Bila staff kira kira tadi selepas nego dan nego dapat total RM4050 (ikutkan boleh rendah lagi tapi belum pandai kan)
Kemudian singgah di kedai B untuk puas kan hati dalam sesi perbandingan.
Tany harga semasa staff jawab Rm238/gm. Mahal! Yalah tadi RM225. Jauh kan beza. Tapi jom kita kira lagi
Cara kiraan harga upah
Kiraan kedai A
Harga semasa Rm225/gm Total harga yg diberi utk gelang seberat 15gm selepas nego adalah Rm4050
15gm x RM225 = RM3375 (harga asal per gm)
Ads
RM4050 – RM3375 = RM675 (harga upah barang)
Kedai A upah untuk seutas gelang 15gm adalah RM675. Anda rasa murah ke mahal? Kita check kedai B pulak.
Kiraan Kedai B
Harga Semasa RM238/gm Total harga yg diberi utk gelang seberat 15gm selepas nego adalah RM3800
15gm x RM238 = RM3570 (harga asal per gm)
RM3800 – RM3570 = RM230 (harga upah barang)
Kedai B upah utk seutas gelang 15gm adalah RM230. Jadi lagi mahal ke murah dari kedai A? Sekarang nampak tak?
Ads
Kedai A RM4050 (harga semasa RM225/gm) Kedai B RM3800 (harga semasa RM238/gm)
Pelanggan boleh nego harga upah
Apa yang nak ditekankan disini adalah HARGA UPAH BARANG KEMAS.
Utk 15gm gelang harga upah sahaja bermula dari RM100 hingga ke Rm9++ dan sebagai pelanggan BOLEH menurunkan harga upah barang tersebut mengikut persetujuan kedai.
Jadi nak beli emas lepas ni jangan terlalu pandang pada harga per gram. Ambil tahu pasal harga upah. (Upah berbeza ikut jenis dan design emas)
Tak semestinya kedai A harga gram lagi murah dari kedai B bermakna barang kedai A murah! Masuk dulu buat kira kira.
Ikutkan harga harga di atas boleh dikurangkan lagi mengikut kepandaian kita mengayat. Tapi sebab belum expert kan.
Suka betul kalau nampak laman yang ada banyak bunga ros, berseri-seri dibuatnya.
Mungkin ramai yang terdetik nak tanam pokok bunga ini tapi tak tahu caranya. Jika nak cuba boleh ikut cara yang dikongsi oleh Nor Liza.
Cara beliau ini menggunakan keratan batang, dan bagi memastikan keratan yang disemai hidup tipnya kena sungkup.
Tip semai pokok bunga ros dari keratan batang supaya menjadi
“Saya suka tanam pokok bunga ros. Ini cara saya semai ros dari keratan batang.”
1. Ambil keratan batang pokok bunga ros. Pilih yang matang dan sihat.
2. Sediakan bekas untuk semaian, media boleh gunakan cocopeat. Kena basahkan.
3. Cucuk keratan dalam media dan sungkup dengan botol plastik yang dipotong atau pun menggunakan beg plastik. Tak perlu buat lubang, kerana nanti akan ada wap air terhasil. Biarkan selama 2 minggu.
4. Ini hasil selepas seminggu ditutup dengan plastik. Masih segar daun asal tak layu dan dah keluar akar.
5. Bila dah keluar akar bolehlah buka sungkupan. Biasanya akar akan keluar lebih kurang sebulan. Jangan tarik atau goyangkan pokok ketika ini.
Ini hasil pokok ros dari keratan batang. Setangkai ada 10 bunga. Meriah.
Ini pula baja dan semburan serangga yang digunakan.
Rumah yang harum sememangnya membantu membuatkan penghuninya berasa tenang dan nyaman. Sebab itu ramai antara kita sanggup membeli pewangi yang mahal untuk mendapatkan kesan ketenangan ini.
Tapi selain membeli produk pewangi rumah kita juga boleh saja menghasilkan sendiri pewangi ini. Antaranya menggunakan limau dan pelembut pakaian. Hasil pewangi DIY ini memang tak dinafikan sangat harum.
Bahan-bahan
2 biji limau nipis (saiz besar)
2 sudu besar garam kasar
3 sudu besar cecair hand sanitizer yang ada alkohol
1 penutup cecair pelembut pakaian
Bunga cengkih
Cara membuat
1.Belah empat semua limau nipis tapi jangan sampai terpotong habis. Masukkan setiap satu buah dalam bekas kecil
2.Kemudian, letakkan setengah sudu garam kasar di bahagian tengah buah limau yang dihiris dan dikembangkan.
3. Selepas itu tuang satu sudu cecair hand sanitizer yang mempunyai kandungan alkohol.
4. Akhir sekali tuang pelembut pakaian. Kemudian boleh letakkan pewangi ini di bilik dan wanginya.
5. Selain menggunakan pelembut pakaian, boleh juga letak beberapa bunga cengkih di atas buah limau untuk aroma yang berbeza. Boleh juga menggunakan pewangi yang disukai.
Aroma wangi ini boleh bertahan selama dua minggu, selepas itu boleh buat yang baru. Pewangi ini boleh diletakkan dalam bilik, tandas, ruang tamu dan juga dapur.
Tip hilangkan kesan kulat pada bantal…Bantal bila dah lama guna memang akan penuh dengan kesan kotoran termasuklah ada yang sampai timbul kulat.
Kalau buka sarung bantal memang akan nampaklah segala ‘aib’ ini. Agar terhapus segala kesan kotoran yang mengaibkan ini boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Che Melati ini.
Menurut beliau cara ini tidak memerlukan modal yang banyak kerana menggunakan bahan yang sedia ada di dapur saja. Ia boleh digunakan untuk membersihkan kesan kulat dan kotoran pada ‘bantal busuk’ dan pada pakaian.
Tip hilangkan kesan kulat pada bantal
Bahan yang diperlukan
– Air panas 2 gayung
– Garam dapur satu genggam
– Cuka dapur 2 sudu besar
– Soda bikarbonat 2 sudu besar
– Sabun pencuci pinggan secukupnya
Cara-cara
1. Tuangkan air panas ke dalam baldi, kemudian masukkan semua bahan.
2. Rendam bantal yang berkulat ke dalam campuran tersebut. Tekan-tekan supaya semua permukaan terendam air.
3. Biarkan selama 1 jam, kemudian angkat.
4. Periksa sama ada kulat masih ada. Jika kulat masih kelihatan, taburkan soda bikarbonat dan cuka, kemudian gosok hingga bersih.
Tips ini juga boleh digunakan untuk pakaian berwarna kerana bahan yang digunakan hanyalah bahan dapur dan bebas daripada peluntur.
Kesan tidur atas bantal berkulat?
Walaupun nampak seperti kotoran biasa, kulat pada bantal boleh menyebabkan:
Masalah pernafasan seperti asma dan selesema berpanjangan.
Alahan kulit dan jerawat terutama jika anda ada kulit sensitif
Gatal-gatal atau ruam di muka, leher dan bahu.
Tidur tidak lena akibat persekitaran yang tidak bersih.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...