Menu sardin dalam tin memang kegemaran ramai. Lagi sedap rasanya kalau ikan sardin itu digoreng terlebih dahulu.
Tapi masalahnya bila digoreng memang akan meletup-letup. Kalau tak ditutup boleh sakit terkena tangan malah dapur pun jadi kecah.
Mungkin ada yang tak tahu sebenarnya ada tip mudah yang boleh kita lakukan untuk pastikan ikan sardin yang sedang digoreng ini tak meletup. Tak tutup kuali pun tak mengapa. Caranya dikongsi oleh Shazura Bahari.
Tip goreng ikan sardin tin tak meletup
1. Tuang minyak dalam kuali, hidupkan api.
2. Sebelum masukkan ikan sardin dalam kuali, tabur 1 sudu tepung beras dalam minyak yang sedang dipanaskan.
Ads
3. Kemudian goreng ikan sardin seperti biasa. Memang takkan meletup letup minyaknya. Cara yang sama boleh juga dipraktikkan untuk goreng ikan keli.
4. Dah garing boleh angkat dan masak ikut kesukaan.
Ads
Resipi sardin tin cili padi
Boleh juga cuba resipi sardin tin cili padi yang dikongsi oleh Shazura. Caranya lain sikit tapi memang menyelerakan.
-Kisar kasar bawang merah, bawang putih, cili padi dan cili merah
Ads
-Panaskan minyak dan tumis cili kering kisar hingga pecah minyak.
-Kemudian masukkan bahan kisar, tumis hingga pecah minyak. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Kacau
-Akhir sekali perah limau kasturi atau lemon. Kacau sebati dan bolehlah dihidangkan.
-Hidang dengan telur dadar dan masak lemak kubis memang ngam sangat.
Bagi yang sedang mempertimbangkan untuk membeli kereta dan pada masa yang sama menekankan ciri penjimatan minyak, senarai ini boleh digunakan.
Dikongsi oleh Hasbullah Syarah, seorang pensyarah kanan di sebuah Universiti Awam beliau menyenaraikan 5 kereta yang ada di pasaran Malaysia.
Beliau yang pakar dalam bidang kejuruteraan Mekanikal ini turut menjelaskan penggunaan minyak untuk 100km bagi setiap kereta sebagai perbandingan.
5. Toyata Yaris
Kereta jimat minyak yang berada di tempat kelima dalam senarai beliau adalah Toyota Yaris. Penggunaan minyaknya adalah 6 liter bagi 100km. Jika travel dari Kuala Lumpur (KL) ke Melaka, ia akan menggunakankan minyak 6L saja.
Dengan harga Ron 95 sekarang RM2.05, kos yang minyak yang digunakan untuk sampai ke Melaka adalah RM1..30 saja. Tapi kos ini akan bertambah sedikit kerana faktor-faktor lain seperti seperti bebanan, trafik jem dan lain- lain.
Akan makan 6 liter saja, kalau harga ron 95 sekarang RM2.05 jumlah yang digunakan untuk sampai ke Melaka adalah RM12.3.
Tamba sikit sebab faktor lain Kereta ini boleh guna daily untuk buat kereta keluarga
4. Perodua Bezza
Kereta yang menduduki tempat ke-4 paling jimat minyak di Malaysia adalah Peroda Bezza. Dengan boot yang luas ia sesuai untuk dijadikan kereta keluarga juga. Pilian 1.3 pun dah mencukupi.
Bagi penggunaan minyak pula bagi Bezza 1.3 L hanya menggunakan 4.5 L untuk setiap 100km. Bagi perjalanan KL ke Melaka, kita cuma bayar lebih kurang RM9 sahaja.
Kalau pergi balik cuma RM18 dan beliau sendiri pernah menggunakan kereta Bezza dan ia memang sangat jimat. Kereta ini ringan, tayarnya kecil ia salah satu menjadikan ia jimat dari segi minyak. Tapi kelebihannya ruang dalam dan bootnya besar sesuai untuk kereta keluarga.
3. Perodua Axia
Di tempat ketiga kereta yang paling jimat minyak adalah Perodua Axia. Perodua mengatakan penggunaan minyak untuk kereta ini adalah 4.2L untuk setiap 100km. Jadi dari KL Melaka, kos minyak dalam RM17.
Cuma kereta ini agak kecil, pun begitu ia masih boleh memuatkan 4 orang. Satu lagi tempat meletak barang juga ajak terhad, bagi yang masih bujang atau keluarga dengan anak dua ia masih sesuai.
Kereta ini sangat menjimatkan untuk anda yang duduk di bandar dan selalu berulang alik. Ramai yang jadikannya sebagai kenderaan kedua. Harganya pun masih rendah.
2. Honda City RS
Di tempat kedua untuk kereta jimat minyak adalah Honda City RS. Kereta ini agak besar macam Toyota Yaris tapi bezanya lagi jimat minyak. Sebabnya ia adalah jenis hybrid dan gearbox guna CVT memang jimat minyak.
Penggunaan minyaknya adalah 3.6 L untuk 100km. Bagi perjalanan dari KL Melaka ia cuma memerlukan kos RM14. Tapi dengan teknologi hybrid ia memang tak mustahil. Cuma masalahnya, harganya akan mahal lebih kurang RM108k.
1. Kereta Proton Savvy
Di tempat pertama kereta paling jimat minyak di Malaysia adalah Proton Savvy. Penggunaan minyaknya adalah 4L untuk 100km. Ia diletak di atas Honda City RsS kerana ia menggunakan enjin biasa.
Travel KL – Melaka penggunaan minyak hanya RM16 saja. Kereta ini juga memang masuk dalam senarai Malaysian Book Of World Record sebagai kereta paling jimat minyak.
Walaupun sudaah 15 tahun, kereta ini pun boleh compete dengan kereta zaman sekarang cuma dari segi enjin agak lama. Kereta baru tak boleh dapat penggunaan minyak sebegini.
Cermin sisi kereta atau side mirror selalunya kita gunakan untuk melihat kedudukan atau objek di bahagian belakang atau sisi kereta.
Tapi sebenarnya fungsi cermin sisi ini lebih dari itu, dikongsi oleh @thisisbeng_ pempengaruh yang selalu berkongsi tip kereta, banyak lagi fungsinya yang kita belum tahu.
Menerusi perkongsiannya, dia menerangkan tip setting cermin sisi dan cara menggunakannya dengan lebih baik sama ketika memarkir kereta atau memotong di jalan raya. Inilah yang ramai belum tahu!
Menurut beliau selain untuk melihat kenderaan atau objek di belakang pada bahagian sisi, cermin sisi juga boleh jadi seperti satu ‘pembaris’ atau penentu ukur ketika menukar lorong dan juga memarkir kereta? Jika tahu tip ini memang senang nak parking.
1. Cara adjust cermin sisi kurangkan risiko blind spot
Pada bahagian pemandu adjust sehingga nampak handle atau pemegang pintu hadapan pada sudut penjuru kiri di bawah. Manakala pada bahagian penumpang hadapan pula adjust sehingga nampak pemegang pintu hadapan di penjuru bawah bahagian kanan.
Meletakkan cermin sisi pada kedudukan ini mampu mengurangkan risiko blind spot atau titik buta ketika anda memandu.
2. Cara guna cermin sisi untuk lihat jarak selamat tukar lorong
Pandangan pada cermin sisi pastikan anda pisahkan dalam kedudukan separuh-separuh (lihat garisan merah). Jika kereta di belakang masih berada di kedudukkan kiri bermakna selamat untuk menukar lorong. Ini kerana jaraknya dengan kereta anda masih jauh.
Tapi jika ia nampak di bahagian kanan bermakna kereta di belakang sudah terlalu rapat dengan kereta anda dan jangan menukar lorong!
3. Jarak untuk side parking
Tidak dinafikan masih ramai yang bergelut untuk meletakkan kereta dalam situasi side parking. Ini kerana mungkin sukar untuk menjangka jarak tayar dengan jarak divider atau penghadang.
Tapi boleh guna tip side mirror ini untuk lebih mudah parking cara ini. Pastikan pintu nampak dalam cermin sisi. Selarikan dengan bahagian atas side mirror dengan penghadang jalan atau divider. Itulah jarak sesuai untuk parking dengan selamat.
4. Cara menjangka jarak hadapan
Ketika ingin memarkir kereta kadang-kadang susah untuk menjangka jarak di antara kereta dan divider depan kereta. Jika terlajak boleh ‘sagat’ pula bumper hadapan.
Caranya mudah sahaja sebenarnya. Ketika menggerakkan kereta ke hadapan perhatikan cermin sisi. Pastikan bahagian bawah side mirror selari dengan curb, divider atau penghadang.
Ia bermaksud jarak kereta dan divider pada kondisi yang terbaik dan selamat seperti gambar di atas.
Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat untuk anda. Selamat mencuba!
Dah siram tapi tanaman tetap nampak tak subur, malah ada yang mati. Salah satu faktor yang harus dilihat kembali adalah waktu siraman yang dilakukan.
Untuk memastikan tanaman hidup subur siraman perlu dilakukan pada waktu yang sesuai. Malah perlu diketahui juga waktu yang tidak elok untuk melakukan siraman pada tanaman supaya tak memberi kesan ada pokok.
Selalu dengar orang pesan, tanaman perlu disiram 2 kali sehari. Tapi, bilakah waktu terbaik untuk siram tanaman ini ?
6.00 – 8.00 pagi
Ini waktu terbaik siram. Siram sehingga air keluar dari bawah pasu.
5.00 – 6.00 petang
Boleh siram tapi jangan banyak sekadar lembap.
Elak siram tanaman pada 2 waktu ini
11.00 pagi – 3.00 petang
Ini adalah waktu matahari memuncak atau paling panas. Siraman yang dilakukan pada waktu ini hanya akan menyebabkan tanaman melecur dan kerosakan pada tisu dan sel tanaman.
6.00 petang- malam
Jangan siram terutama waktu malam. Ini adalah waktu pokok berehat. Proses tanaman akan terhenti pada malam hari, ini bermakna air yang disiram waktu ini tak dapat diserap dan di proses.
Lagipun siraman pada waktu ini juga mungkin menyebabkan tanah yg terlalu lembap akan mengundang kulat dalam tanah & merosakkan akar.