Menu sardin dalam tin memang kegemaran ramai. Lagi sedap rasanya kalau ikan sardin itu digoreng terlebih dahulu.
Tapi masalahnya bila digoreng memang akan meletup-letup. Kalau tak ditutup boleh sakit terkena tangan malah dapur pun jadi kecah.
Mungkin ada yang tak tahu sebenarnya ada tip mudah yang boleh kita lakukan untuk pastikan ikan sardin yang sedang digoreng ini tak meletup. Tak tutup kuali pun tak mengapa. Caranya dikongsi oleh Shazura Bahari.
Tip goreng ikan sardin tin tak meletup
1. Tuang minyak dalam kuali, hidupkan api.
2. Sebelum masukkan ikan sardin dalam kuali, tabur 1 sudu tepung beras dalam minyak yang sedang dipanaskan.
Ads
3. Kemudian goreng ikan sardin seperti biasa. Memang takkan meletup letup minyaknya. Cara yang sama boleh juga dipraktikkan untuk goreng ikan keli.
4. Dah garing boleh angkat dan masak ikut kesukaan.
Ads
Resipi sardin tin cili padi
Boleh juga cuba resipi sardin tin cili padi yang dikongsi oleh Shazura. Caranya lain sikit tapi memang menyelerakan.
-Kisar kasar bawang merah, bawang putih, cili padi dan cili merah
Ads
-Panaskan minyak dan tumis cili kering kisar hingga pecah minyak.
-Kemudian masukkan bahan kisar, tumis hingga pecah minyak. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Kacau
-Akhir sekali perah limau kasturi atau lemon. Kacau sebati dan bolehlah dihidangkan.
-Hidang dengan telur dadar dan masak lemak kubis memang ngam sangat.
Cara masak nasi butter atau nasi mentega ataupun butter rice memang mudah. Tapi ia antara nasi berperisa yang sedap. Dihidang dengan ayam bakar, ayam masak merah atau kurma memang sesuai. Paling ringkas makan dengan ayam goreng pun dah cukup menyelerakan.
Cara memasak nasi butter ini pun cukup mudah, boleh guna beras biasa saja. Caranya dikongsi oleh Ismi Yatie Ummu Haziq.
Cara buat nasi butter yang mudah dan sedap
Bahan-bahan
6 pot (cawan sukatan) beras biasa – boleh juga guna basmathi
125gm mentega (salted @ unsalted mana-mana boleh)
1 ½ cawan susu segar – boleh ganti dengan susu sejat/cair
Air secukupnya – ikut sukatan biasa masak nasi @ ikut jenis beras yang guna
Sedikit garam
Daun ketumbar – jika suka
Bahan kisar
1 biji bawang besar (biasa)
4-5 ulas bawang putih
2-3cm halia
1 batang serai – ketuk
1-2 helai daun pandan
Cara membuat
1. Panaskan kuali dan cairkan mentega.
2. Masukkan bahan-bahan kisar dan serai yang diketuk. Boleh juga tambahkan daun pandan. Tumis hingga naik bau.
3. Tambahkan beras yang telah dibasuh dan ditoskan. Goreng selama 1-2 minit. Lagi sedap jika guna beras basmathi.
4. Masukkan susu segar. Jika tiada, boleh digantikan dengan susu sejat atau susu cair. Gaul sebati dan padamkan api.
5. Alihkan beras tadi ke dalam periuk nasi elektrik atau periuk tekanan. Tambahkan air (ikut sukatan air untuk masak nasi) dan garam secukupnya. Tanak seperti masak nasi biasa. Jika suka, boleh letak daun ketumbar untuk aroma yang lebih wangi.
6. Nasi Butter yang telah siap dimasak. Baunya memang wangi. Sedia untuk dinikmati.
Dalam bahasa Inggeris dipanggil walk in wardrobe. Biasa dilihat di rumah mewah atau rumah orang ada-ada.
Memang banyak kelebihan ada ruangmacam ni sebab semua pakaian akan letak di sini jadi bilik lain tak perlulah almari. Jimat ruang dan kemas.
Tapi tak perlulah tunggu kaya kalau nak buat, yang penting kita sanggup korbankan satu bilik atau ruang khas untuk dijadikan bilik pakaian ini.
Seperti yang dilakukan oleh Atam Ayuini. Modalnya rak, bakul, hanger dan almari biasa. Satu lagi modal paling penting kena rajin.
Atam Ayu merupakan wanita bekerjaya dengan empat orang anak berusia dari setahun hingga lapan tahun. Kalau tak tahu macam mana nak mula boleh ikut cara yang dilakukan Atam Ayu.
Pakaian dewasa yang digantung, hanger perlu sama warna
Setiap anak ada bakul pakaian berbeza ikut jenis
Pakaian harian dilipat, pakaian untuk keluar digantung
Tempat untuk menggosok baju juga di bilik yang sama
Jangan selalu biar lampu 'fuel low' menyala, ada bahaya menanti! Tapi sebenarnya ramai yang antara kita buat perkara sebaliknya. Walau dah tanda fuel low dah...