Lauk paprik baik ayam, seafood atau paprik campur bukan saja enak tapi mudah. Satu lauk ini saja dah lengkap hidangan kerana ada lauk dan sayur.
Cuma kena pastikan kuah paprik ini dibuat lebih supaya puas makan. Takdelah anak-anak terkuis-kuis kuah yang sedikit. Kalau boleh buat paprik kuah ‘banjir’ seperti yang dikongsi oleh HasnorFadila Kadir. Resipi paprik ini menggunakan udang tapi boleh saja diolah mengikut cita rasa.
Resipi paprik udang kuah banjir
Bahan-bahan
Udang
1 senduk cili kering
1 biji bawang besar
1 ulas bawang kecil
Halia
Serai
Daun limau purut
Bawang besar/holland potong bulat
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
Garam
Gula
Perencah hilal
Air
Ads
Bahan sayur dipotong
Lobak merah, bunga kubis, jagung, tomato, cendawan, kacang panjang, kacang buncis
Cara membuat
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga garing. Lepastu masukkan cili kering dan tumis lagi sampai garing.
Ads
2. Masukkan air, sos cili, sos tomato, sos tiram,kicap manis, serai dan daun limau purut dan masak lagi.
3. Lepastu masukkan bahan lobak, jagung mudah kemudian tambah perasa bersama perencah Hilal.
4. Masukkan udang, cendawan, tomato, bawang yang dipotong bulat. Akhir sekali sekali masukkan kacang buncis atau kacang panjang. Siap.
Balik kerja penat-penat masuk pintu rumah terus terhidu aroma yang harum. Badan letih pun boleh jadi segar.
Nak pastikan rumah sentiasa harum kita tak semestinya beli pewangi kediaman yang mahal pun. Malah yang DIY pun boleh. Antaranya seperti cara yang dikongsi oleh @ericalasri.
Mendapat lebih 2 juta tontonan di akaun TikTok, beliau menunjukkan cara membuat pewangi rumah yang mudah dan murah. Menggunakan bahan yang ada di dapur saja, hasilnya kediaman berbau harum macam bau rumah ”have-have’, katanya.
Bahan-bahan
Pewangi dan pelembut pakaian (Downy)
Garam kasar
Kulit kayu manis
Bunga cengkih.
Cara membuat:
1. Masukkan garam kasar dalam bekas, kuantiti tak perlu banyak.
2. Masukkan kulit kayu manis dan cengkih, pun tak perlu banyak sangat
3. Tuang pewangi pakaian. Siap!
4. Dah tuang akan semerbak harum, kalahkah pewangi rumah yang selalu kita beli.
Nak nampak lebih cantik, gunakan bekas yang menarik ya.
Boleh tonton DIY beliau dalam video di bawah juga.
Masih hangat lagi diperkatakan isu tentang penggunaan minyak yang banyak dalam sambal antara pempengaruh Khairul Aming dan juga seorang pakar perubatan. Masing-masing punya pandangan tersendiri dalam hal ini. Antara nak sedap atau nak sihat, semuanya atas pilihan kita.
Tidak terkecuali memberi pandangan adalah ahli kimia, Fatimah Salim. Bukan berpihak kepada mana-mana indvidu tapi beliau memberi penjelasan kenapa masak sambal perlukan minyak yang banyak dari sudut sains.
Hangat mengenai isu sambal tumis banyak minyak. Jujur, memasak sambal memang perlukan banyak minyak. Tujuannya adalah untuk pastikan bahan sambal masak sempurna, sambal berasa sedap dan sambal tahan lebih lama. Bukan apa, kandungan air yang lebih daripada minyak, akan menyebabkan kuman mudah membiak dan sambal cepat basi.
Mudah saja sebenarnya, kepada yang kurang minat minyak yang banyak, boleh saja asingkan minyak daripada sambal setelah sambal siap masak atau semasa dimakan. Minyak bersifat kurang tumpat, ia akan terapung atas masakan, maka mudah lah untuk diasingkan.
Rumah saya sentiasa ada stok sambal dalam peti sejuk. Biasa saya pakai minyak zaitun untuk tumisan yang pakai minyak banyak. Ada dua sebab, 1) untuk gunakan minyak yang lebih sihat, 2) untuk mengelakkan minyak membeku dalam peti sejuk.
Kepada yang tidak tahu sebab minyak membeku, boleh baca di sini https://www.facebook.com/groups/3804488832918570/permalink/4504538866246893/?mibextid=S66gvF
Tapi kan, bukan kita makan sambal hari-hari. Dan jumlah yang diambil juga sedikit. Banyak lagi makanan lain yang tinggi kandungan minyak, maka kita harus bijak untuk menyeimbangkan pengambilan minyak dan lemak harian daripada makanan.
Baiklah, alang-alang bercakap pasal minyak, mari kita ulangkaji pasal beberapa jenis minyak dan cara penggunaan yang betul.
Untuk menggoreng (deep fry) memang minyak sawit (sumber tumbuhan) paling stabil kerana tinggi kandungan lemak tepu, maka tinggi titik asapnya. Boleh juga digunakan minyak sumber haiwan seperti minyak sapi, namun minyak daripada sumber haiwan SAHAJA mengandungi kolesterol.
Pun begitu, kajian menunjukkan kolesterol daripada makanan hanya sedikit memberikan kesan kepada badan. Ini kerana badan kita mempunyai mekanisma menghasilkan kolesterol sendiri. Maka, usahlah takut sangat dengan makanan yang mengandungi kolesterol.
Untuk menumis dengan suhu sederhana boleh guna minyak masak yang sederhana titik asapnya seperti minyak zaitun, jagung, canola, kelapa.
Untuk dimakan begitu saja aka dressing, boleh ambil minyak yang rendah titik asapnya dan rendah kandungan lemak tepu. Minyak sebagai dressing membantu badan menyerap nutrisi larut lemak seperti vitamin A, D, E, K daripada komposisi salad.
Usah takut mengambil dan menggunakan minyak sebab selain memberikan rasa kepuasan dalam makan, ianya juga membekalkan tenaga, membantu dalam penyerapan nutrien tidak larut air. Komponen minyak juga membantu badan melawan keradangan, mengekalkan kesihatan otak, pemulihan sel-sel badan, melawan jangkitan kuman, dan untuk pertumbuhan badan.
Cuma jika dibandingkan dengan nutrisi lain, minyak mengambil masa lebih LAMA untuk dihadam. Komponen minyak iaitu lemak trans pula dikaitkan dengan peningkatan kolesterol jahat (LDL) dalam badan.
Namun ingatlah, bukan komponen minyak saja yang boleh menaikkan kadar LDL dalam badan. Tekanan (stress), pengambilan gula yang berlebihan, minuman beralkohol, merokok, gaya hidup tidak aktif dan berat berlebihan juga punca kepada tingginya LDL dalam badan.
Maka, seperti yang selalu dipesan, BERSEDERHANA lah dalam apa juga makanan. Ingat, segala yang berlebihan boleh membawa mudarat. Kenali diri dan ambil tahu keperluan badan sesuai dengan aktiviti harian, jantina dan umur.
Dah jangan gaduh-gaduh, baik pengikut yang menegur dan ditegur buang yang keruh, ambil yang jernih. Pendekatan masing-masing, sesuai dengan bidang. Namun tujuan sama iaitu berkongsi ilmu.
ChM Dr Fatimah Salim
Ahli Kimia
Gambar: Sambal ikan bilis saya
Musim rambutan sekarang, selalu kita makan begitu saja. Kupas kulit terus makan. Tapi selain itu ada lagi cara untuk kita menikmati buah ini. Untuk kelainan boleh cuba rambutan asam boi pula. Peminat asam kena try.
Retatrutide menjadi perhatian selepas seorang bakal pengantin dilaporkan kritikal akibat dipercayai mengambil produk penurunan berat badan yang dibeli secara dalam talian. Ketahui fakta, risiko dan amaran pakar.