Nak cepat masak nasi lemak, kita akan guna santan kotak. Tapi ramai yang mengadu hasilnya tak cantik, masak tak sekata, lembik dan kurang wangi.
Bagi yang selalu tak menjadi nasi lemak bila guna santan ini boleh ikut langkah demi langkah yang dikongsi oleh Emilia ini.
Cara masak nasi lemak guna santan kotak
Rupanya cara berbeza untuk masak nasi lemak jika guna santan jenis ini. Menurut Emilia cara ini digunakan oleh ayahnya yang juga peniaga nasi lemak.
Bahan-bahan
3 tin susu – beras biasa (kuantiti kuantiti ikut suka)
Halia – ditumbuk
5 helai daun pandan – gunting pendek
1 – santan kotak pek kecil
Garam
Minyak masak
Cara memasak
1. Basuh beras dan sukat beras.
2. Letak beras tadi dalam bekas lain, atau tos. Isi periuk nasi tadi dengan air ikut sukatan beras tadi.
Ads
3. Masukkan santan satu kotak, ikutkan jenama apa pun. Satu kotak kecil pun dah terasa lemaknya. Jangan bazirkan santan, goncang dengan air dalam periuk dan tuang balik.
4. Masukkan halia, daun pandan, garam
6. Masukkan minyak masak, dalam 3 sudu besar. Fungsi minyak masak supaya nasi lemak kita yang dah masak nanti cantik hasilnya sebiji-sebiji dan tak lembik.
Ads
7. Dah masuk semua bahan tadi, terus letak kat tempat masak nasi. Tekan suis masak nasi macam biasa. Beras jangan masuk dulu ya. Supaya bila dah menggelegak air santan dan daun pandan maka wangilah nasi lemak itu nanti.
Nota: Sila periksa selalu bila dah tekan suis masak nasi. Jangan sampai air santan menggelegak terlalu lama, nanti santan akan pecah. Nasi tak cantik.
Ads
8. Bila dah menggelegak, boleh masukkan beras yang tos tadi. Kemudian dalam 5-6 minit sekali kacau atau godak semua supaya sekata dengan santan.
Hidangan Chinese style memang dah biasa dengan lidah kita, antaranya adalah sup wantan. Ianya sama adakita makan di kedai atau kita beli wantan frozen dan masak sendiri di rumah.
Tapi sebenarnya kalau nak buat sendiri wantan pun boleh sangat sebab caranya pun tak susah mana. Dikongsi oleh Zurina Zulkefli ini caranya;
Sup wantan homemade untuk minum petang
Bahan inti:
✓ Daging ayam kisar jenama Ramly
✓ Kulit wantan
✓ Lobak merah – cincang
✓ Daun bawang – hiris
✓ Tepung jagung – 1 sudu makan
✓ Kiub pati ayam – separuh
Campurkan semua sekali bahan dan gaul sebati
Bungkus inti menggunakan kulit wantan menjadi wantan
Cara memasak:
Panaskan 3 cawan air dan masukkan separuh kiub pati ayam.
2. Masukkan wantan dan rebus sehingga masak.
3. Sediakan mangkuk hidangan, masukkan sesudu minyak bawang putih, sesudu minyak bijan, 2 sudu kicap cair dan hirisan daun bawang. Kemudian tuangkan air rebusan wantan ke dalam mangkuk.
4. Akhir sekali boleh masukkan wantan. Sedia dihidang.
Cara buat kicap cair dan minyak bijan boleh rujuk di SINI
Talam seri muka ini antara kuih talam yang disukai ramai dan banyak dijual.
Kalau kuih ini jadi kesukaan ahli keluarga lagi elok kita belajar buat sendiri.
Dikongsi oleh Iskandar Muadz yang juga peniaga kuih muih, ikut saja langkah yang diberi. Selain itu ada juga disertakan tip supaya hasil kuih talam bukan saja sedap, tapi cantik kejadiannya.
Buat sendiri kuih talam seri muka
1. Cara buat bahagian bawah. Sediakan bahan-bahan;
-400 gram beras pulut
-Santan cair.
-Garam
2. Untuk sediakan bahagian bawah, rendam dulu beras pulut rendam selama 4 jam. Kemudian basuh bersih dan tos. Masukkan dalam loyang.
3. Masukkan santan cair, sukatannya lebih sikit dari paras pulut. Kemudian letak garam. Saya guna santan Kara, 1/2 cawan santan, baki tambah air. Letak juga minyak masak 1 sudu besar tapi jika guna santan segar tak perlu letak minyak.
4. Kukus sampai masak.
5. Sambil itu buat bahagian atas. Sediakan;
-210 gram tepung gandum
-290 gram gula pasir
-1000ml santan (pekat 400ml,baki tambah air. Kalau guna santan Kara masukkan minyak masak 2 sudu besar. Jika guna santan segar tak perlu letak).
-2 biji telur
-Pes pandan
-Pewarna ( boleh juga guna air pandan. Kisar daun pandan dengan air, ambil airnya campur dengan santan. Jadikan 1000ml)
6. Kisar gula, telur sampai sebati. Kemudian masukkan dalam tepung.
7. Masukkan sekali santan, pewarna dan kacau. Tapis ke dalam periuk.
8. Masak atas api sampai adunan suam okay.
9. Bila pulut dah masak, pindahkan pulut dalam loyang 10×10. Tekan biar padat. Kemudian curahkan adunan bahagian atas tadi.
10. Kukus lagi 20 min atau hingga masak. Siap!
TIP
Untuk dapatkan potongan kemas, kuih kena betul-betul sejuk. Potong guna pisau plastik atau pisau kek.
Fungsi minyak masak dalam penggunaan santan kotak, untuk kuih berminyak macam guna santan segar, lembut je hasilnya.
Kalau beli daun pandan selalu dibungkus dalam jumlah yang banyak. Nak guna cuma sehelai dua saja.
Selebihnya kita simpan saja dalam peti hingga akhirnya kering. Supaya tak membazir boleh simpan dengan cara yang dikongsi oleh Dla Amaya ini. Cara ini daun pandan akan kekal segar sampai berbulan-bulan.
Cara simpan daun pandan agar tahan lebih lama & kekal segar
• Bersihkan daun pandan
• Potong pendek pendek
• Masukkan dalam plastik kedap/ tupperware
• Simpan dalam peti ais sejuk beku (bahagian freezer)
Daun yang disimpan dalam freeze ini baunya masih kuat dan kekal hijau walau dah berbulan bula.
Nota : Serai dan juga daun-daun lain pun boleh disimpan cara ini.
Stor di kebanyakan rumah kita adalah tempat simpan barang yang jarang digunakan atau barang yang tak mahu lagi digunakan.Ramai yang letak barang ini bertindan-tindan,...