Suun atau suhun selalu kita gunakan ketika memasak sup sayur dan masak lemak putih. Biasa terjadi lepas masak, suun akan kembang dan menyerap kuah sehingga tinggal sikit saja.

Jika memasak suun ada tip yang boleh kita gunakan supaya ia tak kembang dan menyerap kuah. Caranya dikongsi oleh Fara Herda Razalan.

Tip masak sup guna suun 

Tip Masak Suhun Supaya Tak Mengembang & Serap KuahSuka makan sup suhu dan fucuk campur kentang? Sedap makan panas-panas dengan nasi dan sambal belacan kan.

Tapi kalau masak suhun selalu ada masalah suhun kembang sampai serap habis kuah. Dulu saya pun ada masalah ini tapi saya cuba beberapa tip dan menjadi. Simple tip saja.

– Suhu jangan letak banyak sangat

IKLAN

– Mesti rendam suhu dan fucuk dalam air dulu

Tip Masak Suhun Supaya Tak Mengembang & Serap Kuah

-Tuang air lebih dari biasa. Kalau sebelum ini letak 1L tambah jadi 1.5L.

IKLAN

– Letak suhu akhir sekali. Kemudian kacau sekejap saja dalam 20 saat. Terus tutup api dan tutup periuk. Biarkan saja suhun masak sendiri dalam periuk.

Tip Masak Suhun Supaya Tak Mengembang & Serap Kuah

Resipi Sup Suhun & fucuk

3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu besar minyak masak
1kiub ikan bilis
1 pack tofu lembut (jika suka)
1-2 biji kentang – potong kecil
Air secukupnya
1 paket suhun & fucuk (rendam sampai lembut)
Garam secukupnya

IKLAN

Cara membuat

  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris hingga naik bau.

2. Tuang air kemudian masukkan kiub ikan bilis, kentang. Masak seketika, kemudian masukkan fucuk, tofu dan suhun yang sudah direndam serta garam.

3. Kacau dan biar selama 20 saat. Tutup api dan biarkan.  Suhun akan masak dalam sup yang masih panas.

Selain itu:  Resipi Sos Black Pepper Oleh Wanita Ini Viral Kerana Paling Senang Nak Buat & Sedap!

Sumber: Fara Herda Razalan

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI