Pokok bendi, tomato, kacang panjang, terung, cili dan sebagainya antara sayuran yang selalu ditanam sekeliling rumah.
Bila dah tanam tentulah mengharapkan ia berbuah lebat untuk merasa hasilnya. Tapi ada juga yang tanam namun buahnya setakat 3-4 biji saja, sedangkan orang lain tanam punyalah meriah buah.
Antara faktor yang memainkan peranan pokok sayur berbuah lebat adalah pembajaan. Sistem pembajaan pokok sayur jenis buah ini perlulah sesuai. Tak cukup sekadar guna baja tahi ayam saja.
Sebagai panduan, nurseri Halaman Subur memberikan tip sistem pembajaan untuk dipraktikkan supaya pokok sayuran yang ditanam berbuah lebat.
Ads
Nak pokok sayur berbuah lebat, tak cukup guna baja tahi ayam saja
Ramai yang bercucuk tanam merasakan guna baja tahi ayam saja dah cukup. Tapi hakikatnya baja tahi ayam mempunyai nilai NPK yang rendah dan tidak sesuai digunakan secara berterusan.
Ini yang perlu kita faham
Pokok memerlukan nutrien yang secukupnya untuk menghasilkan bunga yang seterusnya akan menjadi buah.
Oleh itu, nilai K iaitu kalium atau potassium perlulah tinggi supaya buah dapat dihasilkan dalam kuantiti yang maksimum. Dalam bahasa mudahnya nak boost pokok keluar buah pada tahap maksimum.
Ads
Satu pokok terung contohnya berupaya mengeluarkan hasil lebih dari 1 kg. Untuk dapatkan 1kg terung bersaiz sederhana bukannya banyak, cukup 4-5 biji. Jadi bandingkanlah pokok yang berbuah cuma 2-3 biji baja.
Apa yang saya praktikkan, saya akan guna baja biji pada awal tanam sehingga pokok mengeluarkan bunga.
Apabila pokok berbuah, saya akan selangkan pembajaan dengan menggunakan baja buah. Boleh juga guna jenis baja larut air lagi cepat nampak kesannya nanti.
Selalu makan capati kat kedai mamak kan, sebab nak buat menu ni kena ada tepung khas iaitu tepung attar.
Tapi sebenarnya nak buat sendiri capati tanpa tepung attar pun boleh. Guna tepung gandum, dan rasanya lagi menarik kombinasi capati dan roti canai. Capati tepung gandum ini yang pasti tetap sedap untuk cicah dengan kuah kari, dhal atau sambal.
Capati gandum buat kali kedua, rasanya sedap 2 dalam 1 roti canai + capati . Cubalah, mudah dan menyihatkan sebab tak guna minyak. Anak-anak makan 2-3 keping sorang cicah susu atau gula , makan dengan sambal bilis pun padu. Bahannya pun ringkas saja.
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar marjerin Pelangi
1 sudu kecil garam
1 1/2 cawan air panas mendidih
Tepung untuk dusting
Cara membuat:
1. Satukan tepung gandum, marjerin dan garam.
2. Masukkan air panas mendidih dan kacau guna senduk. Kemudian uli jadi doh , canaikan sambil tabur dan sapu tepung gandum supaya tak melekat .
3. Goreng atas kuali nonstick tanpa minyak. Bila naik gelembung baru terbalikkan. Siap
Ada masa bila masak masakan guna limau purut akan terasa sedikit pahit. Rupanya ia ada kaitan dengan pemilihan daun. Untuk untuk memasak menggunakan daun ini kena perhati bentuk daunnya.
Petua ini dikongsi Nasrah Zamzam ini ramai tak tahu.
Ada yang kata masak tomyam ke paprik ke apa ke rasa pahit kan? Daun limau purut memainkan peranan penting. Cari yg berbentuk 8. Barulah tak pahit.
Daun yang lebar macam sebelah dia tu agak pahit kalau dibuat masak.
Berapa kali masak guna jenis lebar masakan terasa pahit walaupun buang urat tengah. Ada kot silap saya kat mana-mana tapi petua pilih daun bentuk 8 memang saya apply sendiri. Masuk saja dalam masakan tak perlu buang urat.
Bila beli stok lauk mentah baik ayam, daging, ikan, sotong dan udang dalam kuantiti banyak selalu jadi masalah untuk kita simpan dalam freezer. Bila masuk dalam bekas plastik ruang penuh bersumbat kadang-kadang tak muat.
Kalau biasa hadapi masalah ini setiap kali beli lauk, boleh tukar cara simpan bahan mentah ini ikut cara yang dikongsi oleh Firda Ashaary.
Tak perlu guna bekas bertutup, guna plastik ziplock lagi mudah
Tip ini kata Firda diambil daripada adik jirannya. Katanya selama ini selepas siap cuci dan potong lauk mentah, dia akan mengasingkannya ikut kuantiti sekali masak dan simpan bekas bertutup.
Rupanya cara untuk jimat ruang dalam freezer dan mudah untuk defrost adalah menyimpan semua lauk ini dalam plastik ziplock.
Caranya, simpan lauk mentah yang dibersihkan dalam plastik ziplock ikut portion dan susun dalam freezer termasuk di rak tepi. Boleh guna ziplock jenis memanjang.
Cara defrost lagi mudah dan manis lauk kekal
Bila nak defrost, ambil plastik ini rendam terus dalam air. Tak perlu keluarkan lauk di dalamnya.
Cara ini proses defrost lebih cepat selain itu rasa manis lauk termasuk daging tak hilang kerana lauk masih kekal dalam plastik waktu direndam dalam air.