Baik bekerja atau masih belajar kebanyakan kita akan melakukan tugasan menggunakan komputer riba atau laptop. Untuk melancarkan kerja, sebolehnya laptop mesti dalam prestasi yang baik.
Jika prestasi peranti ini perlahan atau lembap, kerja kita pun jadi lambat. Kadang-kala bila dah perlahan sangat boleh buat kita hilang sabar.
Masalah laptop lembap ini kebiasaannya dikaitkan dengan ruang storan yang sudah penuh atau laptop tersebut telah ‘dijangkiti’ virus, spyware dan malware. Bagi yang sedang hadapi masalah ini boleh cuba tip mudah yang dikongsi oleh @dayangverycantik di TikTok untuk melajukan semula laptop.
Caranya buat 3 langkah ini;
Ads
1. Cuma tekan butang Windows & huruf R di keyboard. 2. Taip %temp% dan tekan OK 3. Select all file dan delete semuanya. Siap
Untuk lebih jelas boleh lihat video yang dikongsi oleh beliau.
Pusing-pusing nak cari ruang untuk letak kereta di kawasan parkir tidak bertar. Ternampak ada satu ruang banyak yang kosong. Kita pun masuk tanpa sedar rupanya kawasan itu berlumpur.
Bila dah jadi macam ini satu masalah nak keluarkan kereta. Kalau berdepan dengan situasi begini jangan panik, ada satu teknik yang boleh digunakan untuk keluarkan kereta yang tayarnya termasuk dalam lumpur atau tanah lembut.
Kebiasaanya bila dah perasan tayar kereta tersangkut atau masuk dalam kawasan berlumpur kita akan terus tekan minyak dan pandu ke depan.
Cara ini salah ya. Jika dilakukan banyak kali ia hanya akan memburukkan lagi keadaan. Tayar mungkin akan tenggelam lebih dalam dan menyukarkan lagi untuk keluar.
Jadi apa yang perlu dilakukan. Menurut James Alatin bila tayar kereta termasuk dalam lumpur begini apa yang perlu dilakukan adalah bertenang.
Cara betul untuk mengeluarkan tayar kereta dari lumpur ini adalah dengan menukar gear reverse dan tekan minyak secara perlahan-lahan. Cara ini barulah senang nak keluar.
Lagi satu cara yang boleh digunakan jika, cara di atas tidak berjaya adalah dengan menggunakan kayu atau batu untuk membantu meningkatkan cengkaman. Caranya dengan meletakkan kayu atau batu tadi pada tayar sebagai landasan.
Santan perah memang tak dapat dinafikan lagi sedap kalau kita guna dalam masakan. Tapi ramai tak tahu teknik perah santan untuk dapatkan santan pekat lebih banyak. Bila dapat santan pekat macam ni, guna dalam masakan memang puas hati.
Yatie Eimra ada berkongsi teknik perah santan yang diajar oleh ibunya untuk dapatkan perahan santan yang pekat.
Ini cara yang mak saya ajar untuk dapatkan perahan santan pekat. Alhamdulillah, sejak dari zaman sekolah dulu sampailah sekarang saya masih gunakan cara mak. Ini caranya.
1. Sediakan air suam
Untuk dapatkan santan yang pekat, kita kena gunakan air panas suam & gunakan blender. Jangan guna air terlampau panas (air panas menggelegak) sebab santan akan pecah minyak. Gunakan air panas & air masak dalam anggaran 1 : 1.
Ataupun kalau simpan kelapa parut dengan cara frozenkan, boleh juga guna air panas & air masak dalam nisbah 2 : 1 (supaya tak terlampau panas & dalam masa yang sama kelapa parut tu jadi suam). Air kena suam supaya santan lebih mudah diekstrak/diperah.
2. Bahagian santan pada 2 bahagian
Air panas suam tadi dituang sedikit dalam bekas berisi kelapa parut, ramas kelapa parut agar sekata. Kemudian bahagi kelapa parut pada 2 bahagian. Ambil 1 bahagian, masuk dalam blender, tambah air suam sikit (sampai boleh blend saja). Perah/tapis santan tadi.
3. Guna air perahan santan pertama
Ambil satu lagi bahagian kelapa parut tapi kali ini gunakan santan yang telah diperah tadi. Tak perlu tambah air lagi. Gunakan santan perahan pertama tadi saja.
Kenapa kelapa parut kena bahagi 2? Sebab kalau sekali blend saja lebih banyak air yang perlu ditambah untuk pastikan kelapa parut dikisar dengan lancar. Tapi dengan asingkan 2 bahagian & blend 2 kali, hanya kali pertama saja kita tambah air.
Tengok dalam gambar di bawah, lapisan air (air yang ditambah) tak sampai ⅓ bahagian pun. Lapisan atas semuanya santan pekat/kepala santan. Biasanya jika saya buat sekali blend jer, lapisan air dah hampir separuh dari santan.
4. Blend semua sekali
Bila sudah blend semua kelapa parut, barulah blend sekali lagi (semua sekali) & tambahkanlah air untuk dapatkan santan cair. Walaupun blend kali kedua ini dapat santan cair saja tapi masih ada sikit lagi lapisan pati santan pekat (rujuk gambar di bawah).
Cara ini untuk sebiji kelapa jer. Kalau nak buat lebih dari sebiji kelapa, biasanya saya blend sebiji demi sebiji. Tambah air hanya untuk kelapa yang pertama, kelapa selebihnya gunakan perahan santan untuk blend. Kalau guna cara ni, nak buat tahi minyak pun kejap jer sebab kandungan air sikit saja.
TIP
Jika nak santan tahan lama, pastikan guna air masak (jangan guna air paip) & taburkan garam sikit pada lapisan atas santan (jika simpan santan bahagian fridge bawah untuk beberapa hari). Kalau nak frozenkan pun boleh juga.
Sekiranya anda tak mampu berdiri dengan satu kaki sehingga 20 saat terutama jika sebelum ini berjaya melakukannya ia mungkin menandakan anda mengalami masalah vaskular.
Masalah vaskular ini berkait dengan arteri, saraf dan kapilari yang membawa darah dari dan ke hati. Apabila arteri tersumbat atau terhalang ia akan menyebabkan serangan jantung dan strok.
Dalam pada itu satu kajian dijalankan dengan menguji berapa lama dua orang boleh berdiri sebelah kaki. Dua peserta terlibat dalam ujian ini yang masa seorang sihat dan seorang lagi yang pernah mengalami strok.
Individu yang pernah mengalami strok gagal untuk berdiri sebelah kaki selepas 10 saat dan tidak dapat mengimbangi diri sehingga 20 saat. Manakala individu yang sihat boleh berdiri lebih dari seminit.
Dalam satu kajian lain sekumpulan pengkaji di Jepun juga telah mengumpulkan 14,000 lelaki dan wanita berumur 67 untuk melakukan ujikaji tersebut.
Pengkaji ini kemudian mengambil imbasan MRI otak dan keputusannya 34 % peserta ujikaji mengalami 2 infarctions berdepan kesukaran untuk mengimbangi tubuh mereka lebih dari 20 saat.
(Infarctions keadaan di mana tisu mati akibat daripada kegalalan mendapat bekalan darah yang salah satu sebabnya akibat arteri tersumbat).
Kajian juga mendapati kegagalan untuk mengimbangi diri itu ada kaitan dengan kerosakan terhadap saraf pada otak.
Lagi banyak kerosakan yang mereka ada dalam saraf di otak lagi sukar untuk mereka berdiri mengimbangi diri.
Oleh adalah penting untuk mengesan tanda strok pada peringkat awal . supaya rawatan boleh dilakukan dan tidak menyebabkan. Ujian yang ringkas ini mungkin boleh menyelamatkan nyawa.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...