Tip Penjagaan Pokok Limau Purut Supaya Berbuah Lebat, Setiap Tangkai Ada Buah

Share

Selain sayur dan buah, pokok limau purut ini juga berbaloi di tanam di rumah. Tak perlu banyak sepokok pun jadi kerana banyak kegunaannya.

Dari daun dan juga buah limau itu sendiri memang berguna baik untuk masakan mahupun kesihatan. Cara penanamannya pun ringkas saja, paling mudah guna keratan dahan. Cucuk saja ke tanah.

Artikel berkait: Cara Tanam Pokok Limau Purut, Guna Keratan Batang Lagi Mudah

Cuma untuk pastikan pokok limau purut ini berbuah lebat ada tip dan penjagaan yang perlu dilakukan. Tip ini dikongsi oleh Mohd Amri.

Tip penjagaan pokok limau purut supaya berbuah lebat

1.Medium tanaman
Kaedah penanaman saya hanya dalam pasu kerana tinggal di rumah taman. Kediaman tiada ruang besar, jadi saya hanya menggunakan pasu yang dibeli dari Mr. DIY.
Penggunaan tanah hitam sawit dicampur dengan cocopeat serta sekam padi bakar sebagai medium.

2. Pembajaan
Pembajaan saya menggunakan baja TPF atu boleh guna BAJA NLEYGROW (organik).
Seminggu sekali akan disembur dengan BIO BOOSTER untuk menggalakkan pertumbuhan pokok. Lihat sahaja pada setiap hujung tangkai pokok saya akan dipenuhi dengan buah limau purut walau ditanam di dalam pasu.

3. Kawalan serangga


Kawalan serangga pula, saya menggunakan cuka kayu dan Strex secara berselang seli dan berkala. Ingat, daun limau purut sangat digemari oleh ulat.

Jom, tanam pokok limau purut di tepi rumah. Walaupun ianya mengambil masa untuk membesar, tapi memudahkan kita bila perlukannnya.

Sumber: Mohd Amri.

IKLAN