Laman

Tip Pokok Cili Jadi Renek Macam Cili Bonsai Dan Berbuah Banyak

Share

Tip pokok cili jadi renek tapi berbuah lebat. Pokok begini nampak cantik saja dalam pasu malah boleh jadi tanaman hiasan juga.

Kalau nak pokok cil sebegini, tak tinggi melampai ada cara yang boleh dilakukan.

Menurut Ila Garden jika mahu pokok cili yang kita tanam di rumah macam cili bonsai, rendah, padat tapi berbuah banyak boleh guna 7 cara ini.

Tip Buat Pokok Cili Jadi Renek Macam Cili Bonsai

“Korang tak nak pokok cili tinggi melampai? Nak pokok cili pendek dan berbuah? Pokok cili jadi rendah, padat, tapi berbuah macam “cili bonsai” atau cili pasu mini. Memang comel dan sesuai untuk kebun kecil, balkoni atau hiasan dapur boleh cuba 7 cara ini.

1. Bila pokok ada 4–6 daun sejati, potong pucuk utama.

Ini akan buat pokok rendah tapi mengeluarkan banyak cabang. Cabang ini akan jadi pengeluar bunga dan buah. Teknik ni bantu pokok rimbun bawah, bukan tinggi menjulang.

2.Tanam dari tunas air/ keratan

Tanam cili ambil dari keratan tunas air, pokok akan cepat berbuah walaupun belum cukup besar.

3.Tanam dalam pasu sederhana atau batas rendah

Bila tanam di ruang yang kecil, akar akan terbatas jadi pokok tak membesar tinggi. Bila keluar cabang, potong lagi untuk bentuk kanopi rimbun.

Ini bantu jadikan bentuk bonsai lebat bawah, bukan tinggi sangat, tapi fokus berbuah. Pangkas dahan panjang yang tak seimbang, ini akan bantu pokok kekal mini dan rapi.

4. Kawal cahaya & siraman

Letak di tempat terang tapi bukan panas terik. Siram cukup lembap, jangan terlalu basah

5. Tanam benih cili kampung

Tanam benih cili padi kampung / cili burung liar, jenis semula jadi pokok rendah dan berbuah cepat.

6. Baja sikit

-Beri baja buah sikit-sikit, tak perlu banyak. Beri ¼ sudu kecil saja per pokok (kalau baru mula berbunga/berbuah)
-Tabur jauh sikit dari batang (±5–7 cm keliling pokok)
-Gunakan juga foliar spray (baja sembur) untuk daun sihat tapi tak membesar sangat.
-Jangan terlebih baja nanti buah mungkin keluar banyak, jadi pokok cepat tua dan mati awal.

7. Tanam pokok tua

Cuba tanam pokok yang sudah tua/matang/bantut pokok ini akan kekal pendek tapi buah rimbun.

Sumber: Ila Garden

Published by
VK