
Isi Kandungan
Toggle
Nak pakai sebiji dua saja tapi kalau beli di pasar raya ada yang dah siap pek dalam jumlah banyak. Sudahnya baki terbiar kering atau busuk.
Sudah limau kasturi, lemon yang kita beli tak membazir boleh ikut tip yang dkongsi Siti Fatimah Abas ini. Cara ini berbulan-bulan boleh simpan.
1. Potong dua limau yang nak disimpan supaya mudah nak perah nanti.
2. Kemudian perah, guna tapis untuk asingkan biji.
3. Dah dapat secawan
4. Sudukan ke dalam bekas kiub ais.
5. Simpankan dalam peti sejuk beku semalaman supaya betul-betul beku.
6. Esoknya dah boleh keluarkan dan simpan dalam bekas. Bila nak guna senang, cuma ambil seketul dua yang perlu untuk masak.
Nak guna untuk buat teh o limau, sambal belacan ambil saja.
Selamat mencuba!
Sumber Siti Fatimah Abas
Hutang Rumah Cepat Setel, Loan RM400k Boleh Selesai Dalam 8 Tahun

Isi Kandungan
ToggleHutang rumah atau pinjaman perumahan memang memakan banyak peruntukan daripada gaji bulanan kita. Kebanyakan daripada kita memang berdepan hutang ini.
Dan hampir semua berharap hutang ini akan diselesaikan segera. Bagaimana pun tak semua antara kita tahu akan cara mempercepatkan penyelesaian hutang ini.
Bagi yang membuat pinjaman perumahan sekitar RM400k boleh gunakan panduan yang dikongsi oleh Harith Faisal yang juga perunding kewangan untuk menyelesaikan hutang rumah dengan lebih cepat. Malah katanya nak selesai hutang dalam tempoh 7-8 tahun pun boleh!
Caranya membayar lebih daripada bayaran bulanan yang ditetapkan. Cara ini akan menjimatkan beberapa aspek terutama jumlah bayaran dan juga jumlah tahun pembayaran. Berikut adalah perkongsian beliau untuk panduan
Cara cepat setel hutang rumah
Biasanya untuk rumah yang kita tengah duduk sendiri, kalau boleh kita nak cepat-cepat selesaikan baki hutang dengan bank.
Makin cepat selesai, makin cepat tenang fikiran, makin kurang untung yang bank dapat.
Gambar di bawah adalah hutang rumah yang berjumlah RM400k.

Bayar double
Untuk situasi dalam gambar kedua di bawah ini, kalau kita dapat bayar double daripada ansuran bulanan sebenar kita akan akan jimat beberapa perkara;

1. Jimat 278 bulan. Asalnya 35 tahun atau 420 bulan, tapi kita boleh setelkan hutang dalam masa 142 bulan saja, lebih kurang 12 tahun.
2. Jimat RM241,165. Amaun itu bank akan dapat daripada peminjam sekiranya kita maintain bayar ansuran bulanan macam biasa selama 420 bulan.
Banyak gila jimat kan? Mungkin masa beli rumah kita memang mampu bayar RM1,771 saja sebulan. Sebab itu kita beli.
Tapi katakan ada rezeki naik pangkat, dapat tukar kerja dengan gaji yang lebih baik, bolehlah cuba buat macam ni. Bayar double!
Kesan jika bayar triple
Nak saya tunjukkan macam mana nak selesai hutang rumah RM400,000 dalam masa 7 hingga 8 tahun? Bayar triple pula. Rujuk gambar ke-3.

Tapi kita kena tahu, tak semua bank terus tolak principal untuk yang kita bayar lebih. Jadi, kita kena pergi ke bank untuk instruct bank accordingly.
Jenuh jugak kalau setiap bulan nak kena mengadap bank. Mungkin juga boleh guna cara lain iaitu buat satu lumpsum payment setahun sekali
Ikut keselesaan, kesesuaian dan kerajinan masing-masing. Setiap bulan simpan dulu sementara duit lebihan dalam Tabung Haji.
Kalau kita faham tentang kiraan ni semua, payment pun cantik, tak ada istilah bank menindas atau bayar bertahun-tahun tapi hutang tak berkurang.
Bank tak pernah paksa kita sign, kita sendiri yang apply, kita sendiri agree, ari ilmu, jangan asyik menyalahkan pihak lain saja. – HF
INFO : Untuk pembayaran lumpsum selain membuat simpanan boleh juga keluarkan wang simpanan dalam akaun 2 KWSP.
Sumber: Harith Faisal
Tip Buat Rendang Ayam Pencen Cili Padi Supaya Empuk Sepenuhnya, Sedap Diratah. Masak 4 Jam!

Isi Kandungan
ToggleRendang ayam ada macam-macam versi, antara yang popular waktu raya adalah rendang ayam pencen. Sebabnya rendang ayam pencen ini isinya pejal paling sedap makan dengan ketupat.
Tapi untuk buat rendang ini ada caranya supaya daging ayam empuk sepenuhnya dan sedap diratah.
Dikongsi oleh Ben Safwan boleh ikut cara beliau menyediakan rendang ayam pencen cili api Negeri Sembilan. Katanya untuk memastikan daging ayam pencen ini empuk sepenuhnya ia dimasak hampir empat jam.
Cara buat rendam ayam pencen cili padi
Bahan-bahan
2 ekor ayam pencen – sekitar berat 2.4 kilogram dipotong kecil ,bersih buang lemak semua.
4 sudu makan kunyit hidup -dikisar dengan air minima
15-25 cili api
3 batang serai – saiz 7-8 cm setiap sebatang
2 kilogram santan segar
1 keping asam keping
Daun puding belacan
3 sudu makan tak membukit garam
1 sudu makan Hilal serbuk perasa
Cara membuat
1. Kisar kunyit hidup, cili api dan serai bersama 500ml air.
2. Tuang dalam kuali bahan kisar bersama semua potongan ayam, garam dan serbuk perasa Hilal.
3. Buka api, kacau dan biarkan mendidih.
4. Selepas mendidik tutup kuali dengan penutup (biar tebuka sedikit supaya wap boleh keluar. Guna api sederhana kecul dan reneh selama dua jam agar ayam pencen empuk.
5. Kemudian masukkan 2 kilogram santan segar, 1 keping asam keping dan gunakan api sederhana kecil untuk masak lagi selama 1 jam 30 minit.
6. Selepas itu besarkan api sedikit dan mula keringkan baki santan untuk 30 minit ini. Masukkan juga daun puding belacan.
7. Apabila dah siap keluarkan asam keping. Dah sedia sedap dimakan. Minyak yang terhasil ialah minyak santan. Memang sedap dimakan dengan ketupat.
Selamat mencuba.
Sumber: Ben Safwan
Wanita Ini Kongsi Petua 3 Bahan Untuk Selesaikan Masalah Rambut Gugur Kembali Lebat

Isi Kandungan
Toggle
Masalah rambut gugur biasa bagi wanita tapi yang beri kerisauan bila gugur terlalu banyak hingga ada bahagian yang nampak botak.
Kalau lepas bersalin lagilah teruk. Tapi jika dah sampai nampak botak, memang tak boleh dibiarkan, kena buat sesuatu.
Ada salon yang tawarkan rawatan pulih masalah ini tapi kita juga boleh pilih cara jimat untuk buat rawatan sendiri.
Antaranya boleh ikut cara yang dilakukan oleh Shehnaz Khan yang hanya menggunakan petua lama. Namun begitu berkesan untuk selesaikan masalah rambut gugur yang dialami sejak lahirkan anak pertama.
Nampak tak?
She nak share pada followers cara nak dapatkan rambut yang lebat dan kurangkan rambut gugur. Korang boleh tengok gambar ye area mana yang nampak agak botak.
Ikut petua lama saja
She suka ikot petua orang dulu. Its work and kalau rajin dapatlah hasil yang sangat superb. Pada yang ada masalah tu dan nak rambut panjang , lebat , bebas kelumumur ,inshallah boleh try ni . Memang berkesan sangat dan bahan bahan pun beli kat kedai je. Lelaki perempuan boleh cuba.
Bahan bahan:
- Aloe vera
- Santan
Semua beli kat Mydin je, aloe vera tu beli kat Guardian murah dan bagus .
Cara cara:
- Campurkan aloe vera dan santan. Sukatan ikut suka hati. Pakai lepas basuh rambut atau sebelum basuh. Lumur rata pada rambut dan kulit kepala.
2. Jadikan macam mask rambut. Tutup rambut pakai tuala (tak wajib pun). Biarkan selama 15-20 minit. Kemudian cuci. Bila dah campurkan dua bahan ni terus pakai, jangan simpan ya.
TIP
- Lepas mandi dan keringkan rambut, ambil sikit aloe vera gel dan ratakan kat rambut. Urut sikit, buat setiap hari terutama malam.
- Aloe vera gel ni best gila if time nak syampu rambut, picit sikit campur dengan syampu. Lembut sangat dan shining.
- Untuk minyak zam-zam tu pakai setiap hari. Pakai waktu malam nak tidur, esok basuh. Senang kan ? Bau takde lah teruk tapi if korang perasan indian girl rambut lebat gila kan ? Haa ni lah rahsia dorang.
- She beli santan kotak tapi nak pakai fresh lagi bagus.
Sumber: Shehnaz Khan