Isi Kandungan
Toggle
Bagi yang suka bercucuk tanam sayur di halaman rumah boleh amalkan cara yang dikongsi oleh Pyan Sempoy ini untuk memastikan tanaman subur dan sihat.
Caranya cuma guna sisa dapur yang dah busuk, expired, kulit buah, nasi, nasi,roti basi, hampas kelapa dan macam macam lagi. Semuanya boleh. Seronok tengok hasil siraman dari air ini, lebar daun sayur, buah pun banyak.
Booster organik dari sisa dapur
Rutin setiap pagi sabtu saya akan siram ‘booster’ organik utk semua pokok agar lebih subur & sihat.
Guna sisa dapur saja, yg kita tak masak, tak makan, busuk atau expired seperti kulit bawang, batang kangkung/bayam, kulit pisang, kulit nanas, kulit betik, kulit limau, kulit ubi kentang/keledek, kulit telur, air basuh beras, air kelapa tua, nasi basi, susu basi, roti expired, hampas kopi/teh dan lain-lain.
Apa-apa pun oleh campur sekali yg penting organik.
Caranya:
- Untuk proses fermentasi yg lebih cepat boleh guna EM/yakult/ragi tapai dan gula merah/pasir sebagai makanan mikrob/bakteria utk membiak.
- Selepas dah penuh tong, campur semua kemudian tutup dengan kain ketat.
- Buka seminggu sekali pada 1 bulan pertama & dikacau.
- Minimum kena peram 1 bulan baru boleh guna. Saya punya tu dah 4 bulan lebih. Lagi lama lagi bagus.
- Untuk permulaan boleh campur apa yg ada dulu. Contoh, air basuhan beras + kulit bawang + gula. Yang lain boleh tambah sikit-sikit ikut apa yg ada nanti sampai lah penuh tong.
- Ingat ya 1 bulan selepas campuran terakhir (penuh) baru boleh guna. Tanda-tanda boleh guna bila dah tak bau busuk.
- Jika bau macam tapai kira dah menjadi. Boleh guna utk siram atau sembur pada tanaman.
Hasilnya
Selamat mencuba!
Sumber: Pyan Sempoy
Tak Perlu Rumah Besar, Kereta Mahal, Kahwin 2 Kalau Nak Hidup Tenang Lepas Bersara
Dah berbelas-belas atau berpuluh tahun bekerja, sampai satu tahap kita merasakan sudah masa untuk kita berehat. Apatah lagi bila usia memasuki 40-an.
Tapi untuk berhenti bekerja kenalah ada sedikit sebanyak persediaan, barulah kita boleh duduk di rumah dengan tenang. Apa guna bersara tapi kepala diserabutkan dengan komitmen kewangan dan tanggungjawab lain yang belum selesai.
Supaya dapat bersara dengan tenang, perkongsian dari Mohd Shukur boleh kita pertimbangkan.
Kalau boleh diundurkan masa saya sepatutnya merancang kewangan dan masa persaraan sebegini;
1. Tak perlu rumah besar 2 atau 3 tingkat
Tak perlu rumah yang besar & tak perlu 2 tingkat apatah lagi 3 tingkat.
Keperluan hanya sebuah rumah yang kecil untuk masa tua atau masa persaraan yang simple. Panjang rumah sekarang dah terbuat 145 kaki.
Setiap kali duduk kat depan, malas nak pergi dapur. Setiap kali gi dapur, fikir 3X apa nak bawa ke depan.Kawan sebaya yang duduk banglo 3 tingkat pun cakap, aku nak naik atas kena fikir dulu apa nak bawak.
2) Tak perlu kereta-kereta berjenama
Sekarang nak jual pun sayang, harga memang jatuh teruk tak kiralah brand apa pun. Spare part ori pula mahal. Kalaulah duit kos pembelian, kos interest, pembaikian, kos wear & tear ni sejak dulu lagi di sedekahkan ke surau, tahfiz, Palesti dan lain-lain lebih tinggi manfaatnya dan pahala mengalir walaupun dah tiada nanti.
Saya tidak memerlukan dilihat memandu kereta mahal sebagai tanda sudah berjaya, ianya adalah mesej yang salah kepada generasi muda. Cukuplah pakai Vios atau City sahaja. Bila drive Vios anak tadi pergi kedai, terfikir juga kenapalah tak pakai Vios sahaja. Macam manalah boleh terjebak kat kereta branded yang lebih menguntungkan pengeluar kereta di luar negara tu sedangkan fungsinya sama sahaja.
3) Pendidikan anak-anak sebaiknya first degree sahaja atau diploma pun cukup.
Yang penting ialah survival skill. Bila tengok life graduate yang kerja makan gaji (kecuali yang jadi Top Management ), saya beritahu kepada anak-anak, jangan kerja makan gaji. Mari kita berniaga. Buka syarikat sendiri. Kita mula dari bawah dahulu. Modal dah ada. Tapi kita belajar manage dengan modal yang kecil supaya minimumkan risk.
4) Alangkah baiknya jika ada Pusat Tahfiz sendiri. Tengok kehidupan rakan seorang ustaz yang ada Maahad Tahfiz hidupnya ceria penuh semangat. Dia ada taska/tadika, kedai mini market, jadi pemborong / supplier. Keuntungan perniagaannya digunakan untuk membiayai maahad tahfiz. Hidupnya bermotivasi dengan ganjaran akhirat, kejar award akhirat jadi MDRT di sana. MasyaAllah.
5) Property for investment, tak perlu beli yang mahal-mahal
Cukuplah rumah teres setingkat sahaja sepatutnya tapi tingkatkan bilangan. Sementara tunggu anak dewasa dan bagi kat dorang, boleh sewakan kepada orang lain. Ramai kini yang tak mampu sewa rumah yang mahal2 , mereka mencari yang mur mur untuk meneruskan kehidupan. Jika beri discount boleh membantu mereka yang dalam kesukaran.
6) Tak perlu nak main saham, private mandate atau unit trust.
Tak perlu nak ambik tau berapa harga atau nilai sekarang. Simpan sahaja duit dalam Tabung Haji. Tak yah ada apa-apa emosi, tak payah nak ambik tau atau nak fikir. Apa pun berlaku di dunia kini takde kaitan. Dapat 3.2% pun dah banyak dan bersyukur.
Kalau 1M dah dapat 32K bertambah lagi. Itu dah dizakatkan.Hanya tumpukan kepada bisnes, fokus ini sahaja. Bekerja dan buat keuntungan dalam bisnes. Ini lagi tenang dan menyeronokkan.
7.) Tak perlu bekerja sampai lewat petang, malam atau weekend.
Budaya kerja di Malaysia ni sampai ke malam malah weekend. Kita terlalu mengejar wang.
Di Australia contohnya, tepat jam 5.00pm dah tutup. Saya dah sampai dah kedai tu dan barang tu pun depan saya, peniaga tu baru nak berkemas tutup, tapi disuruhnya datang esok sebab dah pukul 5.00pm.
Malam bersama keluarga. Weekend berehat dan bercuti, yang banyak duit tu mereka ada bot laju atau yacht sendiri, tak payah nak fikir urusan kerja time weekend.
8) Tak perlu nak lama sangat makan gaji.
Jika kerja kerajaan ambiklah pencen awal sebelum umur 50. Makin lambat buat akan makin susah nak buat sebab dah terliur gaji makin meningkat. Antara keputusan yang memberi kepuasan kepada saya ialah saya kerja makan gaji sekejap sahaja, pelbagai kerja tetapi cukup untuk dapat pengalaman.
Pernah kerja kilang rokok sekejap masa lepas sekolah dulu bahagian QC. Pernah kerja di Bank bahagian Hire Purchase, tapi bahagian apa pun sama saja. Kerja di bank ni semua pakai lawa-lawa. Habis duit dek pakaian dan gaya hakikatnya pening dek hutang credit card yang main swipe.
Yang bayar minimum lama-lama terciduk betul, naik kesian tengok interest jer lebih 1k sebulan…. Kan bagus jika amount tu yang disimpan dalam tabung haji. Simpan 1500 sebulan bukannya interest credit card. Tapi kalau yang dalam Top Management tu memang best lah.
Bila buat part-time ejen insurans tahun 1992 ( dah 31 tahun ) barulah saya nampak peluang buat full-time bisnes jadi ejen ni pada awal tahun 1996. So dah 25 tahun berhenti makan gaji dan full-time in business based on komisen bukannya gaji tetap.
So jika ada yang takut-takut nak berhenti makan gaji untuk join full-time bisnes, saya dah advanced 25 tahun dari pemikiran anda.
9) Kahwin 2, bila dah berumur ini rasa senang hati tak beristeri dua
Tengok life orang kahwin 2 ni tak sesuai dengan jiwa saya. Nak post check-in stay hotel dengan wife pun takut. Mula-muka hairan juga, bila tanya baru faham. Dia kata, kalau wife lagi satu tahu dia pun nak juga. Kalau dengan 2nd wife stay 5-Star hotel dia pun nak juga 5 Star. Lor……benda kecik camtu pun kau ada masalah.
Perkongsian ini jika tidak sesuai untuk anda, mungkin ianya sesuai untuk orang lain.Jika tidak manfaat kepada anda, mungkin manfaat kepada orang lain.
Sumber: Mohd Shukur
DIY Baiki Peti Ais Yang Tiba-Tiba Kurang Sejuk, Modal Cuma RM12
Isi Kandungan
Toggle
Satu masalah biasa peti ais adalah bila tiba-tiba kurang sejuk. Kadang kat atas sejuk tapi bahagian bawah tak menyebabkan makanan yang disimpan rosak.
Peti sejuk ini antara peralatan rumah yang penting, jadi kena baiki cepat. Kalau kerosakan ini yang berlaku pada peti sejuk anda sekarang, boleh ikut DIY cara baikinya seperti dikongsi oleh saudara Jannatun Naim
Modal baiki peti sejuk RM12
Penah tak tiba-tiba peti sejuk bahagian atas beku, tapi dibawah tak sejuk pun. Atau pun atas bawah kurang sejuk. Selalunya yang jadi masalah ialah defrost thermostat / defrost sensor yg rosak.
Jadi saya nak tunjuk cara nak tukar benda ni. Sensor ni saya beli online, sebab kedai tak buka waktu PKP ini. Modal lebih kurang RM12 untuk benda di bawah:
Alat yang diperlukan:
Screwdriver Philip
Cable tie
Defrost thermostat
Shirnk tube/ selotape hitam
Hair dryer (optional)
Cara baiki:
1. Mula -mula off dulu suis peti sejuk.
2. Buka cover bahagian atas peti sejuk. Ni rupa sebelum bukak, yg ni pakai clip ( petak kecil kiri dan kanan kat atas sekali tu) ada yg guna screw, ikut model.
3. Bila dah bukak cover bahagian atas peti sejuk, macam ni rupanya. Semua dah frozen sebab tu bahagian bawah tak sejuk.
4. Tunggu ais mencair . Saya tak kuasa nak tunggu jadi guna hair dryer untuk cepat cair kemudian tadah dengan bekas untuk buang ais yang cair.
5. Dah cair perasan tak benda macam tiub warna pink tu. Ha Itu lah sensor tu. Potong cable tie tarik keluar sensor tu.
6. Ok ni keadaan sensor, yang bawah tu baru punya.
7. Ok Macam ni.
8. Potong wayar yang asal kemudian sambung pada yang baru. Jangan risau takde polarity. Bubuh saja ikut suka. Kemaskan guna heat shirnk tube (wana hijau tu), kalau takde boleh guna selotape hitam pun ok.
9. Letakkan pada posisi asal, bahagian metal sensor tu hala ke bahagian bawah. Guna cable tie ikat balik dengan kemas supaya tak bergerak. Tutup balik cover. Siap. Senang saja.
INFO
- Tiub belah bawah tu pulak nama dia thermal fuse. Macam fius besar untuk elakkan coil terlebih panas (fius putus) masa peti sejuk ini auto untuk cairkan ais ( defrost heater) yg terjadi masa compressor off.
- Ramai yang tanya macam mana rupa defrost thermostat. Inilah rupa dia, ada banyak jenis bulat, petak. Bagi saya tak kisah guna yg mana pun. Ikut bajet kita, fungsi tetap sama walaupun bentuk dia berlainan.
- Benda ni cuma sensor je, nak test benda ni ok ke tak bole guna multimeter periksa continuity dia. Dalam keadaan tak sejuk takda continuity, dah sejuk baru ada.
Selamat mencuba!
Sumber: Jannatun Naim
Buat Sendiri Sos Bolognese Tanpa Guna Sos Segera. Jimat, Sekali Buat Dapat Sekuali
Spageti bolognese antara menu yang selalu kita hidang bila ada acara makan-makan, potluck, sambutan hari jadi dan sebagainya.
Kalau buat dalam kuantiti sikit bolehlah pakai sos segera, tapi kalau yang nak makannya ramai elok masak sendiri sos bolognese ini. Lebih jimat!
Sebenarnya nak buat sos ini pun mudah dan tak guna banyak bahan. Boleh ikut perkongsian dari Wanie Dzar.
Homemade sos bolognese tanpa sos segera
Bahan-bahan
400 gm spageti/makaroni (ikut cita rasa)
Sedikit olive oil/minyak masak utk menumis
400 gm daging cincang
1 labu bawang Holland -dipotong dadu
1 tin tomato puri (nak pedas tambah cili kering kisar sikit)
1 tin hirisan cendawan butang (jika suka)
1 sudu besar serbuk Oregano
1/2 sudu serbuk lada hitam (lebih pun boleh)
1 kiub pati ayam (jika suka)
Garam & gula suaikan rasa
Cara membuat
1. Tumis bawang holland yg dah dipotong dadu tadi, dengan sedikit minyak. Tumis sampai harum. kalau nak pedas boleh letak cili kering kisar.
2. Masukkan daging kisar yg dah dibasuh buang darahnya.
3. Kacau rata. Biarkan air daging tu kering & sedikit garing.
4. Masukkan tomato puri 1 tin kacau rata. Biarkan dia masak seketika.
5. Tambah air rebusan daging kalau ada! Tambah dalam 1 cawan cukup.
6. Masukkan serbuk lada hitam, oregano, garam & gula. Oregano wajib ada. Baru ada aroma yg special! Boleh cari kat pasar raya bahagian rempah.
7. Bila kuah tadi dah mendidih & sedikit pekat, masukkanlah cendawan butang tu. Boleh guna cendawan apa pun, cuma jangan guna cendawan shitake kerana rasanya sangat kuat. Jadi tak sesuai untuk sos ni, paling sesuai cendawan butang. Yums!
8. Masak seketika, tutup api dan bolehlah hidang dengan spagheti atau makaroni! Ikut cita rasa.
Sumber: Wanie Dzar