Kalau ada ruang atau laman kosong di rumah walau sedikit, apa kata manfaatkan untuk tanam cili.
Memang berbaloi memandangkan cili ini hampir saban hari kita gunakan dalam masakan. Jika nak cuba tanam, praktikkan tip berikut supaya pokok subur dan elok hasilnya. Tip dikongsi oleh usahawan tani, Coach Bahar.
Tip ringkas tanam cili di rumah
1. Pilih tempat yang dapat pencahayaan yang baik. Jika tempat redup menyebabkan nanti pokok cili kita tinggi dan berbuah kecil.
2. Anda boleh menanam di tanah atau di dalam pasu dan kini ada teknologi fertigasi.
3. Kalau guna pasu 16 x 16 boleh pokok cili hidup 6 bulan. Medium campuran tanah merah campur tanah hitam dan pasir.
4. Tanaman terus ke tanah mungkin akan bermasalah kerana tanah biasanya tak subur. Jika nak tanam juga terus ke tanah, gemburkan dulu dan rawat dulu tanah dicampur kapur dan ditaburkan dengan baja tahi ayam.
Ads
5. Selepas semai benih, masa memindahkananak pokok cili adalah antara berumur 3 – 4 minggu. Pindahkan anak pokok cili pada waktu petang. Bukan tak boleh pindahkan anak pokok waktu tengah hari. Takut terkejut dan mungkin anak pokok layu dan seterusnya mati.
6. Masa yang sesuai untuk menyiram pokok cili adalah pada waktu pagi dan petang. Pokok cili hendaklah disiram 2 kali sehari. Tapi jika gunakan sistem fertigasi, siraman dibuat secara automatik 4 – 5 kali sehari.
Biasanya 250ml setiap kali siraman. Bermula jam 8 pagi dan selang dua jam. Ianya bergantung pada saiz pokok dan cuaca.
7. Jangan tanam pokok pada lopak yang bertakung. Jika air luar terlalu banyak mungkin menyebabkan kulat.
8. Jika gunakan pasu atau polybeg, kayu pancang perlu dipasang lebih awal supaya akar tidak rosak jika dibuat pada umur matang. Kayu pancang dibuat adalah mengelakkan pokok tumbang bila berbuah lebat.
Ads
9. Gunakan baja organik seperti baja tahi ayam dalam masa pembesaran pokok. Jika gunakan baja kimia kena ikut sukatan. Jika terlalu lebih pun mungkin pokok akan mati.
Jika dibuat secara manual, pembajaan dibuat 2 minggu sekali.
10. Kehadiran semut mungkin merosakan pokok. Biasanya white fly juga akan membantutkan pembesaran pokok. Boleh gunakan baja organik iaitu campuran air dengan bawang putih.
Ads
11. Jika musim hujan, pokok perlu kerap diracun. Racun untuk mencegah bukan untuk mengubat. Waktu paling sesuai untuk meracun adalah waktu senja.
12. Cili matang bila 70% cili berkilau dan berwarna merah. Waktu paling sesuai untuk memetik adalah selepas 9 pagi ke atas kerana embun sudah kering.
13. Jangan biar cili basah. Jika nak disimpan lama, keringkan cili dulu. Jika buah telah dipetik, baja perlu cepat diberikan pada pokok semula.
Lagi beberapa hari kita akan menyambut Aidifitri. Kalau nak buat kuih raya dalam masa yang singkat ini kenalah cari kuih yang senang nak dibuat. Salah satu yang boleh kita cuba rempeyek moden guna kulit popia!
Perkongsian Shai Anne Ahemed boleh jadi kuih raya atau kudapan kita saja. Senang tapi sedap. Potong kulit popia, tabur bahan kemudian goreng. Dah siap.
Rempeyek moden
Kulit popia (apa apa brand pun boleh) Kacang tanah (sangai dulu) Ikan bilis Sedikit tepung gandum dan air (bancuh untuk pastikan kacang, bilis tak tanggal masa menggoreng) Jintan manis dan jintan putih (kisar sekali)
Cara membuat
1. Potong kulit popia (potong 4)
2. Letakkan bancuhan tepung dan air pada kulit popia yang sudah dipotong
3. Kemudian tabur kacang, bilis dan juga jintan.
4. Panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng hingga kekuningan.
Spageti bolognese antara hidangan spageti yang kita suka dan selalu dihidangkan di rumah. Tapi nak mudah kita biasa guna sos segera dalam tin. Umum tahu sos segera ini bukanlah sihat apa lagi jika kerap dimakan.
Ada juga yang tak gemar makan sos segera ini kerana rasanya yang lebih masam dan penuh bahan perasa. Bagi yang mahu hidangan lebih sihat, boleh saja hasilkan sendiri sos ini guna tomato segar. Caranya dikongsi oleh Zurina Zulkefli.
Buat sendiri sos bolognese guna tomato segar
1. Guna lima biji tomato segar dan merah ranum. Bahagian luar dihiris nipis untuk memudahkan proses menanggalkan kulit.
2.Kemudian rebus sehingga air mendidih, tak perlu lama sangat.
3.Toskan tomato dan tanggalkan kulit. Lenyek tomato sehingga hancur.
4. Masak semula ke dalam periuk dan perasakan dengan sedikit garam dan gula. Biarkan tomato menjadi sedikit berair.
5. Kemudian tomato tadi ditapis untuk mendapat pes tanpa biji.
6. Okay, ini dia hasilnya pes tomato. Kalau buat banyak, boleh simpan dalam peti.
7. Boleh masak macam biasa. Tumis bawang holland, bawang putih dan isi ayam. Kemudian masukkan pes tomato tadi dan sedikit herba Oregano.
8. Akhir sekali boleh masukkan spageti yang telah direbus. Kacau sebati.
Siap. Rasanya kurang masam dan berasid berbanding sos bolognese segera.
Boleh guna lebih banyak tomato dan reneh lebih lama untuk kuah yang lebih pekat.
Selamat mencuba.
Artikel ini disiarkan atas keizinan penulis. Posting asal boleh rujuk di SINI
Stor di kebanyakan rumah kita adalah tempat simpan barang yang jarang digunakan atau barang yang tak mahu lagi digunakan.Ramai yang letak barang ini bertindan-tindan,...