Daun sup memang selalu kita guna dalam masakan, jadi kalau tanam di rumah memang elok sangat. Kalau tiada anak benih dari pokok induk kita cuba tanam dari biji benih.

Bagi memastikan pokok daun sup ini elok subur dan tak mati ada penjagaan yang perlu kita ikuti. Kalau dijaga baik, pokok boleh hidup hingga 2 tahun.

Tanam pokok sup dari biji benih & penjagaannya supaya kekal subur

Tip Tanam Pokok Daun Sup Supaya Kekal Subur, Boleh Hidup Sampai 2 Tahun
Foto: Facebook Ardi Tani
1. Sediakan tapak semaian, jika boleh gunakan tray semaian yang banyak dijual.

2. Sediakan benih, rendam selama satu malam (10 jam) dengan air paip, jika air tanpa klorin lagi baik untuk mengaktifkan benih supaya mudah bercambah.

Tujuan rendam supaya kesemua benih mudah bercambah. Jika tidak mahu rendam tidak mengapa boleh terus tabur.
3. Toskan benih dengan tisu atau alat tos yang berlubang halus.

IKLAN

4. Basahkan tanah, semai biji benih daun sup (biji benih daun sup kecil jadi perlu bersabar semasa semai kerana benih halus).

Tutup dengan lapisan nipis tanah, siram benih dengan berhati-hati gunakan spray halus, kemudian tray semaian atau bekas semai tadi letak di kawasan redup. Jangan sesekali letak terus bawah cahaya matahari, gunakan tanah yang jenis gembur dan tidak menakung air.

5. Sekali lagi diingat tanam pokok daun sup kena bersabar kerana benih daun sup akan bercambah dalam 10 hari ke atas, paling lama 2 minggu. Jangan biarkan tanah kering sepanjang proses semai, jika tanah nampak semakin kering, spray dengan air.

IKLAN

Tip Tanam Pokok Daun Sup Supaya Kekal Subur, Boleh Hidup Sampai 2 Tahun

6. Setelah benih tumbuh dan mengeluarkan 4 daun, boleh dialihkan ke pasu atau bekas, letakkan tempat redup yg tidak terkena cahaya matahari yg terik.

Selain itu:  Kaedah Susun Jadual Paling Mudah. Cuma Guna Fail, Anak Darjah Satu Pun Boleh Buat Sendiri!

7. Kerana pokok tumbuh dengan lambat, pokok yang dijaga elok mampu hidup sehingga 2 tahun.

IKLAN

8. Elakkan menyiram terlalu kerap pokok daun sup , siram mengikut keperluan di mana jika tanah sudah mula nampak kering bolehlah siram dengan sedikit air.

9. Jangan baja terlalu kerap. Membaja terlalu kerap pada pokok daun sup anda mengakibatkan pokok daun sup akan mudah layu dan mati.

10. Baja sebulan sekali atau mengikut keperluan. Sekali sekala siram dengan air basuhan beras kerana pokok daun sup sangat menyukai air basuhan beras.

Sumber: Donis De Donnis

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI