Seronok tengok hasil macam ni, pokok jambu kecil saja tapi dah berbuah. Tanam dalam polibeg saja pun. Tak perlu kawasan tanah yang luas.

Untuk dapat hasil pokok jambu begini, sebenarnya ada cara yang perlu dipraktikkan. Jika nak cuba tanam di rumah boleh ikut tip yang dikongsi oleh Pyan Sempoi melalui pengalamannya yang menanam pokok watermelon guava dalam polibeg 24×24.

Cari benih jambu jenis ini

Untuk tanam pokok jambu dalam pasu atau polibeg boleh cari benih jambu watermelon guava ini. Boleh cari di Shopee, klik SINI untuk beli.

Jenis ini sangat mudah berbunga dan mudah lekat buah sekiranya cukup keperluan air, baja dan cahaya.

IKLAN

Tip Tanam Pokok Jambu Dalam Polibeg Saja. Pokok Kecil Tapi Dah Berbuah, Ini Caranya

Tanah yang digunakan

Medium yang digunakan adalah tanah bekas atau topsoil, tanah hitam sawit, cocoapeat, sekam bakar, sekam mentah dan kompos rumput. Tanah wajib gembur/poros.

Tip pokok rendah tapi dah berbuah

Tip Tanam Pokok Jambu Dalam Polibeg Saja. Pokok Kecil Tapi Dah Berbuah, Ini Caranya

IKLAN
  • Buang semua pucuk supaya keluar tunas baru.
  • Pangkas dahan pokok supaya keluar banyak cabang dan rendang.
  • Guna baja tinggi P&K (Phosphorus dan Kalium)
  • Pastikan air cukup, pokok jambu suka banyak air.
  • Bila buah sebesar ibu jari kena bungkus supaya buah cantik tak berulat bila matang.

Tip Tanam Pokok Jambu Dalam Polibeg Saja. Pokok Kecil Tapi Dah Berbuah, Ini Caranya

Jika pokok tinggi tapi tak berbuah

Sekiranya pokok jambu cukup siraman dan baja tapi masih tak berbuah boleh jadi pokok jambu tak cukup cahaya. Kita kena faham bila pokok fokus nak kejar matahari/cahaya, pokok akan meninggi dan setiap dahan jadi panjang.

IKLAN

Walaupun dah cukup matang, pokok akan ‘lupa’ untuk masuk fasa berbunga/buah. Sekiranya pokok diberi ruang cahaya yang cukup, baja dan air, ia akan boleh fokus untuk berbunga/buah pula. Tambah pula jika dipangkas, pokok akan sedikit stres ia akan mula berbunga dan berbuah.

Selain itu:  Panduan Sukatan Bancuh Simen Untuk Ikat Bata & Plaster Jika Nak Buat Sendiri

Sumber: Pyan Sempoi

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI