Tip tanam pokok pandan tanpa tanah pun boleh. Daun pandan memang selalu sangat kini gunakan dalam hidangan, jadi elok sangat kalau tanam sendiri di rumah. Bila-bila nak pakai boleh ambil saja.
Walau pun begitu ada juga yang dah cuba tanam tapi tak hidup atau tak subur pokoknya. Kalau ini yang jadi masalahnya boleh ikut perkongsian Jue Jerry ini.
Beliau menanam pokok pandan menggunakan dua cara, dalam pasu menggunakan tanah dan juga tanpa tanah, cuma rendam dalam bekas berisi air.
Tip jika nak tanam pokok pandan dalam pasu & dalam air
Saya tanam pandan dalam pasu sebab rumah tiada tanah semuanya bersimen. Cara saya:
1. Dalam satu pasu pastikan cuma tanam 1 atau 2 pokok sahaja pada satu-satu masa. Jangan lebih.
Ads
2. Kalau ada daun yang rosak, buang.
3. Gembur tanam dan selalu siram, pokok pandan perlukan banyak air.
Ads
Pokok pandan ini dalam pasu berisi tanah.
4. Jika pokok pandan ada banyak anak, keluarkan anak pokok bersama dengan akar dan rendam dalam air.
5. Boleh biarkan anak pandan terus dalam air atau alihkan ke dalam pasu berisi tanah.
Ads
6. Pandan juga boleh hidup tanpa tanah. Letak dalam bekas berisi air, Insya-Allah akan hidup subur.
Pokok pandan ini rendam dalam bekas berisi air saja. Elok suburnya.
7. Paling penting kena selalu tukar airnya untuk elak kehadiran jentik-jentik. Ada juga yang letak ikan dalam yang sama untuk makan jentik-jentik.
Boleh letak pandan ini di dapur, selain untuk mewangikan dapur, ia juga boleh elak lipas datang.
Mesti dah ada yang rancang nak masak nasi ayam hujung minggu ini. Apa kata untuk masak nasi guna cara yang dikongsi Aisyah Humaira.
Barulah hasil nasi ayam rasa lebih enak dan gebu malah baunya akan jadi wangi sangat. Makan nasi saja pun dah sedap.
Cara buat nasi ayam gebu, harum & sedap
Bahan-bahan:
1 ketul mentega (guna suku sahaja)
2 kiub pati ayam
4 cawan teh beras wangi/basmati
3-4 senduk besar air rebusan ayam dan air biasa secukupnya
Bahan tumis:
1 biji bawang besar – dipotong 4
3 ulas bawang putih
2 helai daun pandan disimpul
4 keping nipis hirisan halia
Cara Membuat:
1. Dalam kuali, cairkan mentega dan masukkan bahan tumis, masak hingga bawang layu. Masukkan kiub pati ayam biarkan sebati.
2. Kemudian matikan api, kekalkan kuali atas dapur gas kemudian masukkan pula beras, air rebusan ayam serta air biasa dan sukat beras sama macam biasa. Kacau sebati masaklah hingga nasi masak. Siap.
3. Kalau masak dalam periuk nasi pun caranya yang sama.
Tip nasi masak cantik:
Setelah nasi masak terus gemburkan nasi perlahan-lahan biar nasi cantik berderai.
Bagi mereka yang gemar masak tomyam, tidak sempurna hidangan tanpa adanya daun ketumbar.
Walaupun saiz daunnya lebih kecil dari daun sup tetapi baunya sangat menyegat dan buat penambat selera makan.
Bagi mereka yang gemarkan daun ketumbar, boleh tanam sendiri di rumah dengan cara amat mudah.
Perkongsian dari Nina Diana mencuba kaedah yang sangat mudah terutama bagi mereka yang pernah gagal menanamnya sebelum itu.
Menurutnya kali pertama semaian yang dibuat tidak menjadi, tetapi kali kedua apabila biji dipecahkan dan ditabur terus pada tempat semaian. Lepas seminggu barulah nampak hasilnya bila pokok ketumbar hidup subur.
Cara Mudah Tanam Pokok Ketumbar
Kaedah tanaman
1. Pecah-pecahkan sikit biji benihnya. Tak perlu merendamnya terlebih dahulu.
Pecahkan biji ketumbar.
2. Semaikan terus dalam pasu/polybag.
Semai terus dalam pasu.
3. Jangan alihkan dan biarkan sehingga pokok tumbuh subur.
Pokok bunga Siti Zubaidah atau nama sainstifiknya Hydrangea memang cantik bila ia mekar. Disebabkan itulah ia punya ramai peminat dan ramai juga yang menanamnya di rumah.
Pokok yang merimbun ini memang mudah berbunga dan ia akan kembang mekar selama tiga bulan. Dari situ jugalah pokok bunga ini turut dipanggil pokok kembang 3 bulan.
Namun, dalam kecantikan itu sebenarnya ada bahaya yang tersembunyi. Bagi yang ada menanam pokok bunga ini di rumah harus berhati-hati. Ini kerana menurut Pusat Racun Negara pokok bunga yang cantik ini mengandungi sejenis racun.
Perlu diketahui bahawa bahagian tumbuhan pokok bunga siti Zubaidah terutama cecair atau getahnya mengandungi hydrangin (sejenis bahan sianogenik glikosid), febrifugine, hydrangenol dan loganin.
Bahan kimia ini boleh menyebabkan rasa loya, sakit perut, muntah-muntah, cirit birit, lemah otot, sawan, koma dan kematian bergantung kepada kuantiti yang terdedah.
Jadi perlu berhati-hati jika mengendalikannya. Ia perlu dijauhkan daripada capaian kanak-kanak dan juga haiwan peliharaan. Pakai sarung tangan ketika mengendalikan tumbuhan ini dan cuci tangan dan pakaian selepas itu.
Stor di kebanyakan rumah kita adalah tempat simpan barang yang jarang digunakan atau barang yang tak mahu lagi digunakan.Ramai yang letak barang ini bertindan-tindan,...