Bila dah masuk tahun baru ramai yang berkira-kira dengan dividen dalam simpanan yang bakal diperolehi. Seronok mengira jika simpanan dah banyak, ditambah pula dengan dividen yang akan diterima.
Tapi dalam Islam dalam hak kita ada hak orang lain. Ramai yang tak sedar bahawa wang simpanan dalam bank kita pun diwajibkan membayar zakat sekiranya cukup haul atau syaratnya.
Macam mana nak kira zakat simpanan? Kita rujuk perkongsian daripada Lembaga Zakat Selangor ini.
Kiraan zakat untuk satu akaun simpanan
Apabila sesuatu simpanan tetap itu telah genap setahun dan jumlahnya melebihi daripada paras nisab (nilai 85 gram emas), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah wang simpanan tersebut.
Ads
Berikut adalah contoh kiraan mudah untuk wang simpanan dalam satu akaun.
Baki terakhir hujung tahun x 2.5%
Ads
Cara kiraan zakat untuk simpanan dalam beberapa akaun
Jika seseorang itu mempunyai beberapa akaun simpanan, maka baki pada hujung haul dari setiap akaun simpanan tersebut mestilah dicampurkan untuk mengira zakat walaupun mungkin jika dikira satu-satu akaun, baki hujung haulnya tidak mencukupi nisab.
Contoh:
Jika akaun A baki terakhir 3,000 tidak dikenakan zakat sebab bawah paras nisab RM 13,950 tapi bila dicampur akaun B ada RM 5000 akaun C Ada RM 8,000 total ada RM 16,000 maka zakat yg wajib ditunaikan adalah RM 16,000 x 2.5%=RM 400
Kaedah kiraan untuk ASB
Pengiraan zakat ke atas pelaburan ASB hendaklah mengikut kaedah yang terkini, sesuai dengan keputusan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor 2019.
Ads
INFO: Ini adalah kaedah kiraan zakat untuk negeri Selangor
Untuk bayar zakat ini boleh datang ke cawangan Zakat Selangor berhampiran atau tunaikan sahaja secara online di www.zakatselangor.com.my.
Raised bed garden tak semestinya kena ruang luas, kawasan kecil sudah mencukupi. Tetap boleh bercucuk tanam untuk makan sendiri.
Inilah yang dipraktikkan oleh Lynda Hassan. Jika sebelum ini menanam sayur dalam botol, dia kemudian mencuba pula kaedah penanaman dalam petak atau raised bed garden.
Ringkas saja petak yang dibuat tapi sayur-sayurannya tetap subur, hasil air semburan bunga cengkih. Berikut adalah perkongsian beliau bagi yang ingin mencuba.
Cara tanam sayur dalam petak
Sebelum ini tanam sawi & kangkung dalam botol. Bila tengok orang tanam dalam petak-petak kita pun nak cuba.
Ini first time tuai sawi tu. Alhamdulillah segar bugar. Ada sikit daun kena makan dengan belalang, serangga perosak lain tiada.
Cara saya buat:
Saya guna 100% tanah sawit, kedalaman tanah lebih kurang satu jari.
Buat petak dari kayu terpakai saja.
Boleh juga buat atas laman bersimen tapi sebelum masukkan tanah, alas dulu dengan plastik.
Biji benih semai dulu di tempat lain, selepas keluar empat daun baru alih ke petak.
Siram dan letak baja, saya guna baja tinja arnab kerana pelihara haiwan ini.
Selepas alih ke petak lebih kurang tiga minggu dah boleh tuai hasil.
Supaya sayur subur dan tak kena serangan serangga guna semburan air bunga cengkih. Sembur pada daun dan batang.
Cara buat air semburan bunga cengkih
Ambil periuk masukkan 2-3 liter air.
Tambah 2-3 sudu bunga cengkih dalam periuk.
Rebus hingga mendidih dan tutup api.
Biarkan air semalaman.
Esoknya boleh masukkan dalam botol penyembur. Letak 1/2 air cengkih dan tambah air paip biasa hingga penuh botol.
Sembuh pada daun dan batang pokok sayur. Hari-hari pun boleh.
Pati cengkih yang lebih simpan untuk kegunaan lain hari.
Banyak peralatan di rumah kita yang menggunakan besi dan masalah selalu berlaku dari logam ini adalah karat. Bila karat ini dah banyak sangat, permukaan akan nampak kotor dan buruk.
Jika dibiarkan karat ini akan semakin banyak pula. Bagi yang cuba membersihkan karat pada besi di rumah mungkin boleh cuba perkongsian daripada Miela Hassan ini.
Pintu besi yang penuh karat kembali bersih dan licin selepas disembur dan disental dengan produk pembersih oven saja yang boleh dibeli di kedai Eco.
Cara mudah bersihkan karat pada permukaan besi
Saya nak kongsi cara nak hilangkan karat atau buat maintenance pintu kebal ni. Semoga dapat membantu.
Karat bukan kaleng-kaleng. Al maklum 10 tahun tak pernah servis. Semua palang chrome ada tompok-tompok karat.
Ini selepas dibersihkan kali pertama. Dah clear.
Rahsianya produk pembersih inilah beli kedai Eco saja. Jimat. Harga tak sampai RM5 pun kalau beli secara online.
Caranya;
-Spray tempat berkarat dan biarkan selama 5 minit.
-Kemudian sental dengan berus besi lembut,
-Selepas itu terus lap dengan kain bersih. Pastikan betul-betul chrome ya.
Halia memang bahan wajib ada di dapur sebab banyak masakan kita menggunakannya. Jadi berbaloi sangat kalau kita tanam sendiri terutama jika suka makan halia muda.
Biasanya kalau beli halia di kedai, banyak yang dah tua dan kecut. Kalau nak puas hati kita tanam sendiri saja.
Cara penanamannya juga mudah dan boleh kita tanam dalam pasu atau polibeg saja seperti dikongsi oleh NurulAin Ben.
Nak cari benih halia mudah, beli saja halia di kedai. Boleh pilih sudah ada tunas. Kalau tiada, cambahkan saja tepi singki atau tempat yang lembap.
2. Bila dah bercambah atau berputik, boleh alihkan ke pasu atau polibeg.
3. Timbus benih halia dengan sedikit tanah.
4. Siram sekali sehari dan boleh dibaja selepas 4 bulan ditanam.
INFO: Untuk halia muda boleh tuai selepas 4-5 bulan manakala untuk hasil halia tua boleh dituai apabila 8-10 bulan. Sekali tuai memang banyak, puas hati!
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...