Bukti kasih sayang seorang isteri, tiada yang dapat menghalang bila cinta sudah bersemi kukuh di hati. Tidak sedikit pun terkesan dengan keadaan wajah suami yang berubah.
Demikian hebatnya cinta seorang isteri bernama Nurr Hidayah Hassan. Tidak lama dulu kisahnya tular di media sosial gara-gara dia memuat naik foto bersama suami yang mengalami masalah kulit yang serius.
Ramai yang terkejut dan bersimpati dengan apa yang dilalui tapi tak kurang juga yang tak sanggup untuk melihatnya.
Namun buat Nurr Hidayah sebagaimana teruk sekali pun keadaan suaminya dia akan tetap setia di sisi menjaganya.
Ujar wanita ini dia memuat naik gambar tersebut bukan untuk mencari simpati tapi sekadar berkongsi pengalaman seorang isteri menjaga suami yang bertarung nyawa melayan penyakitnya.
Dalam status di Facebook Nurr Hidayah turut bercerita tentang apa yang terjadi pada suami dan juga dugaan yang harus dilalui sebagai isteri.
Berikut adalah luahan yang VK petik daripada Facebook Nurr Hidayah.
Ads
Berpunca dari alahan ubat akibat sakit mata
“Gambar ni masa awal-awal lepas suami beransur pulih. Masa baru buat Facebook ni takut nak upload sebab saya tak nak orang kutuk suami saya.
Tiap kali upload gambar berdua pasti saya tutup muka suami, tiap kali itu juga lah orang tertanya-tanya kenapa tutup muka. Sampailah satu saat saya tunjuk muka suami, semua terkejut.
Semua nak menangis dengan dugaan yg saya alami. Tapi apa nak kata Allah masih sayang saya. Masih sayangkan perkahwinan kami yg degil ni.
Dari hari ke hari kulit semakin pulih. Cuma keadaan mata yg semakin teruk. Moga ada keajaiban aminn. Tak pernah tak sayang. Cinta halal kasih sampai syurga jannah.
Buat yg tak tahu, sakit suami saya bukan sakit kulit ya. Punca dari sakit mata, alergik dgn ubat terus burn satu badan. Alergi yg dialami paling teruk, Steven Johnson Syndrome.
Ads
Sakit yg jarang org kena dan sakit yg susah dirawat. Allah memberi sakit, Allah la penawar 1001 sakit dlm dunia ini. Allah uji sebab Allah sayang pada hamba-hambaNya. Aminn. Moga aku kuat utk harungi masa akan datang. Jauh lagi perjalanan kami. Hasbunallahuawanikmalwakil…
Doakan mata suami saya dapat melihat macam dulu ya, dapat sebelah pun jadilah. Jgn mengeluh jika diuji sebegini. Bersyukurlah. Jika kita rasa apa yg Allah duga ini sgt teruk, ada yg lagi teruk dari ini.
Saya redha saya ikhlas saya tak dendam, saya nak suami dapat melihat macam dulu walaupun sebelah mata. Dia tak dapat kerja pun saya tak kisah, janji dia dapat melihat isteri dia yg comel ni. Duit bole dicari, kasih sayang sampai mati. Moga diri ini kuat cari rezeki walau rezeki online dari rumah.”
Harap dia dapat melihat macam dulu, sebelah pun jadilah
Dalam pada itu kata Nurr Hidayah, gambar yang dikongsi di Facebook semalam merupakan gambar ketika awal tahun lalu ketika suaminya dimasukkan ke hospital pada bulan Januari. Dia tidak sanggup berkongsi gambar ketika awal suaminya sebelum itu kerana keadaannya cukup teruk.
Ads
“Awalnya saya tak berkongsi gambar kerana keadaan suami saya sangat mengaibkan (wajah suami ketika dalam ICU). Yg mana tahu, tahulah, tak perlu saya kongsi. Sekarang keadaan suami luaran memang nampak ok tapi dalaman hanya Allah saja yg tahu.
Disebabkan alergi ubat suami saya kehilangan penglihatan, suami saya hilang punca pendapatan, suami saya tak boleh sara kehidupan kami.
Saya tidak minta simpati, saya memang jenis suka share aktiviti sy di media social, tak sangka pula viral. Tapi hati isteri mana tak sedih melihat suami yg dulu sempurna fizikalnya kini hidup dalam keadaan org kurang upaya. Cukup anda tahu seburuk mana suami saya, saya takkan tinggalkan dia.
Saya akan jaga suami saya sampai akhir hayat saya. Cuma doakanlah suami saya dapat melihat seperti dulu walau hanya sebelah mata. Orang tak lalui apa yg saya rasa. Terima kasih atas doa-doa kamu semua.”
Demikian luahan Nurr Hidayah yang dipetik dari dua statusnya. Namun dalam perkembangan terbaru, kata Nurr Hidayah statusnya yang tular itu telah mendapat perhatian pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga Majlis Agama Islam Melaka.
Hari ini ramai isteri yang mengeluh penat dan stres dek kerana tugas yang tak menang tangan. Mereka ini terutama yang bergelar ibu bukan saja mengurus rumah tangga, malah turut bekerja mencari rezeki.
Antara cara kebiasaan wanita meredakan kepenatan ini dengan berehat, bercuti dan juga ke spa untuk rawatan tubuh. Hakikatnya dalam Islam sendiri telah tersedia penawar kepenatan ini melalui amalan Zikir atau Tasbih Fatimah yang diajarkan sendiri oleh Rasululullah s.a.w kepada puterinya Saidatina Fatimah r.a.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, satu hari puteri Rasulullah s.a.w, Saidatina Fatimah r.a mengadu kepada suaminya, Saidina Ali bin Abu Talib r.a tentang tangannya berasa sakit dan keletihan kerana terlalu banyak kerja rumah yang perlu dilakukannya.
Saidatina Fatimah kemudian datang menemui ayahandanya baginda Rasulullah s.a.w untuk meminta seorang pembantu. Akan tetapi dia tidak berjaya menemui Rasulullah s.a.w dan hanya bertemu dengan Saidatina Aisyah.
Kemudian Saidatina Fatimah meninggalkan permintaannya kepada Saidatina Aisyah untuk disampaikan kepada Rasulullah. Apabila Rasulullah tiba di rumah, Saidatina Aisyah pun memberitahu Baginda tentang permintaan puterinya.
Lalu Baginda telah pergi menemui puteri serta menantunya yang ketika itu telah berbaring di tempat tidur. Keduanya mahu berganjak bangun ingin menghampiri baginda akan tetapi Rasulullah meminta mereka tetap di tempat perbaringan.
Lalu baginda bersabda; “Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akbar) 34 kali, tasbih (Subhanallah) 33 kali dan tahmid (Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.” (HR. Muslim, no: 4906)
Maka disaran kepada ibu-ibu yang berasa penat setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan Zikir/Tasbih Fatimah ini setiap malam sebelum melelapkan mata.
ZIKIR/ TASBIH FATIMAH
Allahu Akbar – 34 kali
Subhanallah – 33 kali
Alhamdulillah – 33 kali
Dalam pada itu sentiasalah didiklah hati untuk ikhlas melakukan semua tanggungjawab agar tidak merasakan ia sebagai bebanan yang memenatkan.
Mendidik anak mengenal al-Quran sebaiknya bermula pada awal usia lagi, kala hati dan minda mereka masih putih dan bersih. Ia sekali gus memudahkan mereka menghafal surah-surah yang diajar.
Perkara inilah yang dipraktikkan oleh angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar. Selalu berkongsi tip penjagaan anak, terbaru beliau memuat naik video beliau mengajar anaknya, Bella untuk menghafaz surah pendek.
Ujar Dr Sheikh Muszaphar menjadi rutin untuk dirinya pada setiap malam Ahad untuk mengajar Bella menghafal satu surah pendek.
“Malam hafazan, setiap malam Ahad saya akan usahakan Bella menghafal satu surah pendek. Dan Alhamdulillah, mudah untuk Bella.
“Pada saya mudah untuk anak-anak menghafal pada usia mereka masih awal. Jadi perkenalkanlah al-Qurang pada anak anda pada awal usianya. Insya-Allah akan lebih mudah.
“Bacaan al-Quran akan membersihkan jiwa dan membantu meningkatkan memori mereka,” jelas bapa kepada empat orang cahaya mata ini.
Video ini mendapat komen positif follower yang memang suka mengikuti perkembangan cara angkasawan negara ini mendidik anaknya menggunakan pelbagai pendekatan fizikal dan juga mental.
Dr Sheikh Muszaphar juga rajin membalas komen followernya malah beliau tidak kedekut berkongsi tip mendidik anak dengan mereka.
Dugaan setiap insan berbeza begitu juga penerimaan mereka apabila diduga. Ada yang menangis kecewa kemudian bangkit, ada juga yang terus menerus menyalahkan takdir.
Namun ada juga yang redha malah terus positif meski dugaannya cukup hebat, hilang anggota tubuh. Demikian yang reaksi seorang gadis bernama Syahida Nasruddin bila terlibat dalam satu kemalangan hingga menyebabkan kakinya putus dan tak mampu disambung lagi.
Tapi hebatnya Syahida ini dia masih mampu tenang, malah bersemangat meski kejadian baru sangat berlaku. Lebih dari itu dia masih mampu berjenaka dengan apa yang berlaku.
Syahida menceritakan insiden yang berlaku pada dirinya satu persatu dalam akaun instagramnya elianurul.
Ujar Syahida, kakinya dipotong sehingga ke paras betis pada malam kemalangan berlaku. Dia redha dan tengoklah ayat last dia…
Macam mana kaki aku putus tertinggal di motor
Syahida juga menceritakan bagaimana kemalangan tersebut berlaku. Scary tapi dia relaks jer cerita.
Banyak lagi aku nak buat
Ketika kemalangan berlaku kata Syahida dia terfikir betapa banyaknya perkara yang mahu dilakukan dan Tuhan memberinya peluang untuk terus melakukannya. Sebab itulah dia tidak mahu berasa kecewa dan bermuram durja.
Aku mahu bangun dan berjalan
Aku nekad tak nak lemah
Boleh buat lawak lagi
Semangat dia luar biasa!
Pernah jumpa perempuan yang baru lepas kemalangan, terputus kaki tapi sikit pun tak menangis?
Dia punya tenang, redha dan kuat semangat betul-betul buat aku kagum. Luar biasa!
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...