Cara menabung yang diusulkan oleh Hafizul Hakim ini memang menarik. Bermula hanya dengan RM1 tapi cukup sebulan dapat RM465.
Syaratnya tabungan kena ada kerjasama suami dan juga isteri. Kena komited ya baru dapat jumlah tu, dan kalau nak dapat lebih banyak praktikkan setiap bulan.
Jika dilakukan secara berterusan selama 12 bulan, total tabungan adalah RM5,580. Banyakkan! Boleh buat macam-macam.
Caranya? Ikut langkah dikongsi Hafizul yang perkongsiannya dapat 22 ribu share di Facebook.
Simpan duit cara ekstrim
Tip simpan duit cara ekstrim! Okay ini caranya:
1. Sediakan pen, kalendar dan balang kosong.
2. Main O-som (gunting, batu dan kertas) dengan pasangan. Pilih sama ada nak nombor genap atau ganjil.
Ads
3. Katakan suami pilih nombor ganjil maka isteri dapat nombor genap lah.
Pada 1hb setiap bulan, suami masukkan RM1 dalam balang dan tanda ‘tick’ pada kalendar bertarikh 1hb.
Esok harinya pada 2hb, isteri pula masuk RM2 ke dalam balang dan tick-kan pada 2hb pada kalendar.
Total jumlah 12 bulan: RM465 x 12 bulan lebih kurang RM5,580.
Apa dapat dibuat dengan duit banyak ni? – kumpul modal deposit rumah – kumpul modal kahwin (bagi yang single lagi) – dana kecemasan keluarga – dana pendidikan anak-anak – dana umrah/haji – spend 30% untuk bercuti, lebih simpan.
Ads
Best kan! Seronok menyimpan macam ni!
Posting ini lebih afdal tag pasangan, daripada marah-marah pasal Husna. Hihi
Ayam goreng seringgit ini antara makanan yang selalu kita jumpa di gerai tepi jalan atau pasar malam. Tapi harga sekarang dah tak RM1, dah jadi RM1.50.
Dipotong kecil supaya sesuai dengan harga tapi rasanya yang ranggup ala-ala ayam KFC buatkan ayam goreng ini memang tak cukup seketul kalau makan. Jadinya elok juga ayam seringgit ini kita belajar buat sendiri.
Caranya dikongsi oleh Afy Al Habibi. Nak buat berniaga pun boleh juga ikut resipi yang diberi.
Buat sendiri ayam goreng seringgit yang rangup
1. Seekor ayam kerat 18. Basuh ayam sebersihnya dan toskan. Bahagian kulit jangan dibuang untuk memberikan rasa ayam ‘kepci’ sebenar.
2. Dalam satu bekas, masukkan dua senduk tepung Bestari perisa asli. Tambahkan sedikit air. Kelikatan tidaklah terlalu cair. Tidak perlu tambahkan apa-apa perisa lagi.
3. Perap ayam selama lima jam.
4. Dalam bekas yang lain, masukkan campuran tepung di bawah dan gaul rata.
– 500 gram tepung bestari asli
– 100 gram tepung gandum
– 100 gram tepung beras
5. Kemudian ambil seketul ayam yang sudah diperap tadi dilumur ke dalam campuran tepung tadi. Tekap sehingga mampat untuk menghasilkan salutan yang berkerak.
6. Panaskan minyak yang penuh dalam periuk. Kenapa guna periuk?
Sebab permukaan periuk yang dalam dan boleh memuatkan kuantiti minyak secara sekata.
7. Masukkan ayam yang telah disalut tadi satu-persatu. Untuk saiz periuk ini cuma masukkan enam ketul sahaja setiap kali menggoreng.
8. Gunakan api sederhana kuat. Balik-balikkan sesekali.
9. Angkat ayam setelah rupa ayam yang digoreng berwarna coklat keemasan.
10. Toskan minyak dan sedia untuk dimakan panas-panas. Rangup sebab banyak kerak tapi juicy di dalam.
Cara memasak kita sehari-hari memang guna banyak minyak. Menjadi masalahnya bila nak buang minyak masak terpakai yang dah hitam legam ni.
Memang boleh jual semula minyak tapi tak semua tempat ada. Nak buang kat singki nanti tersumbat, nak buang kat longkang jadi kotor.
Mahu tak mahu kena buang juga dalam tong sampah. Tapi selalunya minyak akan meleleh dan lagi stres kalau menitik atas lantai. Satu kerja nak bersihkan kembali minyak ni. Renyah betul!
Tapi tip yang dikongsi oleh Noor Hafiza Mohamad ini boleh membantu selesaikan masalah kaum ibu kat dapur.
Guna hardener
Ramai yang tak tahu rupanya ada produk dijual di pasaran yang boleh digunakan untuk membekukan minyak masak terpakai supaya proses membuang bahan ini lebih mudah.
Produk yang dipanggil cooking oil harderner atau pengeras minyak masak ini boleh dibeli di Daiso dengan harga RM5.90, setiap kotak mengandungi 5 pek.
Cara-caranya:
1. Beli “hardener” @ pengeras minyak masak (boleh beli di DAISO RM5.90/kotak ada 5 pek).
2. Panaskan minyak masak dan masukkan hardener.
3. Tunggu sehingga sejuk dan minyak akan membeku.
4. Masukkan dalam plastik ikat kemas dan buang dalam tong sampah.
Sambil memandu mata rasa nak tertutup saja. Malah ada juga yang terlelap sesaat dua. Pasti ada yang mengalami situasi ini.
Keadaan seperti ini dipanggil sebagai ‘microsleep’, di mana badan seseorang dalam keadaan ‘tidur’ buat seketika.
Bagaimana ia boleh berlaku? Ini kerana segala input daripada deria pendengaran dan penglihatan tidak dapat diproses oleh otak. Selalunya ia berlaku dalam masa 1 hingga 30 saat.
Microsleep ini terjadi terutamanya sewaktu memandu dan ia sangat berbahaya buat kita dan penumpang kerana boleh menyebabkan kemalangan.
Dalam keadaan mengantuk kita selalu paksa diri untuk memandu dan tanpa sedar kita sebenarnya sudah terlelap beberapa saat!
Biasanya keadaan ini terjadi pada waktu awal pagi dan tengah hari di mana badan kita memerlukan tidur pada waktu itu.
Simptom-simptom microsleep
• Tersengguk-sengguk
• Kelopak mata semakin tertutup atau kuyu
• Mata terkebil-kebil
• Merenung dalam ke arah sesuatu yang kosong
• Tak boleh nak fokus
Faktor berlakunya microsleep
Sebab utama berlakunya microsleep adalah tidur sama ada kurang tidur, jadual tidur yang tak menentu, tidur yang tak cukup dan sebagainya.
Jadi kalau rasa anda perlu memandu jauh pastikan anda dapatkan tidur yang cukup. Jika mengantuk berhenti rehat sebentar dilokasi yang selamat atau minum kopi panas di kawasan rehat dan rawat sepanjang perjalanan anda.