Rasanya kita semua kena ikut cara pengurusan yang dikongsi oleh Hani Mynis ini. Sebab kebanyakan resit, bil dan dokumen kita letak merata dalam rumah. Bila nak pakai mulalah cari satu rumah. Biasakan jadi kejadian macam ni berlaku.
Supaya senang cari terutama sekarang, waktu tengah isi borang LHDN eloklah kemas sekali, ikut cara pengurusan ini.
Tip pengurusan kertas, bil dan resit
Selalu lepas bayar bil elektrik ke air ke, kita tak pasti nak simpan kat mana dan berapa lama nak simpan bil-bil tu sebelum kita yakin boleh nak buang. Jadi boleh ikut cara penyusunan ini.
Sediakan beberapa fail yg berasingan. Pastikan satu fail utk satu perkara. Jangan bercampur aduk ATAU boleh beli accordian file dan khaskan setiap poket untuk setiap perkara
LABEL! So that lepas ni masa nak kemaskini file senang je.
BONUS. Pastikan fail sama saiz, sama warna sama bentuk sama semuanya kecuali label je lain-lain lah. Dan label pun pastikan guna font yg sama dan style yg sama. Seragam is the key.
Labelkan dan pastikan saiz dan bentuk fail yang seragam.
Dokumen penting
Sijil lahir suami, isteri, anak-anak
Salinan kad pengenalan suami, isteri, anak-anak
Sijil kursus perkahwinan dan sijil nikah
Buku bank simpanan
Pasport
Lain-lain dokumen penting (surat perceraian, sijil kematian dan lain lain)
Rumah
Kad waranti pembelian barang elektrik (simpan sampai tempoh waranti habis)
Manual pengunaan brg elektrik (simpn selagi mana barang elektrik masih dipakai dan tidak rosak@buang)
Resit pembelian perabot dan alat elektrik (kadang2 kalau nak tukar barang rosak ada kedai nak resit sbg bukti pembelian bersama2 kad waranti)
Bil Utiliti
Beli envelope folder dan tebuk lubang. Jangan lupa label.
Bil elekrik (TNB)
Bil air (SAJ)
Bil pembentungan (IWK)
Bil siaran tv berbayar (ASTRO)
Bil talian internet rumah (STREAMYX @ UNIFI)
Bil postpaid handphone (CELCOM, DIGI dll)
Semua resit disimpan maksimum setahun. Sekarang dah masuk thn 2018, semua bil tahun 2016 dah boleh buang. Simpan bil 2017 sahaja.
Dokumen akademik
Masa kami suami isteri masih bergelar pelajar, segala surat rasmi dari pihak universiti disimpan dalam fail ni. Buat pembahagi (divider) dilabelkan dgn nama ALIF dan HANI.
Ads
So nanti nak cari apa-apa berkaitan pelajaran Hani, boleh rujuk terus ke bahagian Hani dalam fail tu. Kalau hal pelajaran anak-anak pun buat mcm ni nnt. Hanya tambah pembahagi baru dan label nama anak.
Karier
Dalam fail ni Hani simpan surat rasmi berkaitan pekerjaan contohnya offer letter. Atau apa-apa surat penghargaan dan pencapaian dari tempat kerja. Tawaran kursus. Memudahkan untuk kemaskini resume. Sediakan pembahagi nama suami dan isteri kalau perlu
Pinjaman
Surat-surat perjanjian kita dgn bank, surat rasmi dari bank, penyata status hutang dan pinjamanan dll. Pecahkan kepada beberapa pembahagi contohnya hutang pelajaran (PTPTN, MARA), hutang rumah (BANK RAKYAT), pinjaman kewangan peribadi dll
Sijil
Sijil-sijil yg tak perlu disimpan dalam folder sijil utk dibawa interview. Sijil2 masa sekolah rendah atau menengah (kalau banyak sngt smpi tak muat folder)
Ads
Kesihatan
Khas utk maklumat kesihatan suami isteri seperti salinan sijil sakit, laporan pemeriksaan kesihatan dll. Untuk anak pula, ada accordian file khas utk dia yang senang dibawa bersama waktu pergi klinik atau hospital. Next time Hani share detail folder kesihatan anak yang semua perlu ada ya.
Cukai
Antara envelope folder dgn ziplock case ni Hani lagi suka yg ni. Lebih kemas. Dan saiz lebih kecil just nice masuk dlm fail. Tebuk lubang. Jgn lupa label.
Untuk memudahkan urusan percukaian pendapatan kita nnt. Bahagikan kepada beberapa envelope folder contohnya (ikut kesesuaian masing-masing)
Pembelian buku/majalah/penerbitan
Zakat /derma
Resit pembayaran yuran pendidikan
Perbelanjaan perubatan
SSPN dan banyak lagi perlepasan cukai. Boleh rujuk pd website LHDN.
Kenderaan
Geran kereta dan motor (simpan selagi mana kita memiliki kenderaan tu)
Insuran kenderaan
Resit-resit servis kenderaan
Apa-apa dokumen yg bersesuaian (kenderaan eksiden, gambar, laporan polis dan lain lain)
Cheat sheet ni Hani simpn dalam cleaning binder supaya senang nak refer. Feel free to save and print this one.
Nanas antara superfood yang disaran makan kalau boleh setiap hari kerana vitamin C yang terkandung di dalamnya. Sebab itu berbaloi sangat kalau kita menanam buah ini di rumah terutama nanas MD2 yang kita tahu manis sangat rasanya.
Malah ia antara pokok buah yang boleh ditanam dalam pasu. Jika berhajat untuk menanamnya boleh ikut cara yang ditunjukkan oleh Azuan Abdullah yang juga pengusaha ladang nanas MD2.
Alhamdulillah. Pagi semalam kami siap tanam nanas MD2. Tanam tak banyak pun, 5 pasu je. Guna pasu plastik saiz 16 x 15 inci.
Isi tanah campuran dalam pasu hingga hampir penuh. Tanah campuran ini kami buat sendiri. Nisbah 1 tanah + 2 organik + 3 pasir.
Bila tanam MD2 dalam pasu, media tanaman yang paling penting. Kita nak media yang peroi dan poros.
Nanas MD2 sangat sangat manja dan sensitif bila media padat, lembap dan banyak pegang air. Kesannya pokok akan jadi buruk atau reput pangkal.
Anak benih saya guna sulur gred A. Tinggi anak benih 2 kaki lebih.
Bagi ibu bapa yang sudah ada punya dua atau tiga orang anak mungkin sudah berpengalaman memandikan bayi yang baru lahir. Tak jadi masalah.
Tapi yang baru pertama kali bergelar papa dan mama rutin memandikan bayi ini boleh jadi sesuatu yang mencabar dan perlu ditangani dengan lembut.
Dalam tempoh masih berpantang ini untuk memandikan bayi ada beberapa adab yang perlu ibu bapa perhatikan.Sebaiknya dipraktikkan sehingga selesai 40 hari berpantang.
1. Cuci dulu kotoran
Ketika ini ramai yang suka gunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkan badan bayi ke dalam tab.
Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.
2. Seeloknya waktu dhuha
Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.
3. Mula dari bahagian belakang dulu
Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.
4. Gosok lembut
Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.
5. Siram perlahan-lahan
Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.
6. Sebaiknya bapa
Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, boleh berzikir dalam hati Ya Latif, Ya Hadi.
7. Elak bahagian muka
Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.
8. Hati-hati bahagian pusat
Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.
9. Lap sampai kering
Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala seterusnya ke bahagian badan.
Setiap dari kita mendambakan suasana rumah yang tenang supaya bila pulang dari kerja yang penat dapatlah berehat. Tapi malangnya sampai di rumah tetap juga rasa serabut fikiran.
Salah satu puncanya mungkin kerana persekitaran dalam rumah yang ada banyak toksin dan tidak menyumbang pada kerehatan tubuh dan minda.
Biasa berlaku kebanyakan dari kita tak sedar pun sebenarnya menyimpan atau membiarkan toksin ini berada dalam rumah. Dikongsi oleh Bei Kudyn Khan lapan perkara berikut boleh jadi toksin di rumah apabila kuantitinya terlalu banyak disimpan. Ia perlu dikemas dan buang.
TOKSIN DI RUMAH IALAH
1. Objek yang tidak anda gunakan lagi.
2. Pakaian yang anda tidak suka atau sudah lama tidak digunakan
3. Benda rosak.
4. Kad dan nota lama.
5. Tumbuhan yang mati atau sakit.
6. Resit dan kertas atau majalah lama.
9. Kasut rosak atau yang tak boleh digunakan lagi.
7. Semua jenis perkara yang memanggil masa lalu.
8. Jika anda mempunyai anak, mainan yang tidak digunakan, yang tidak berfungsi atau rosak.
DENGAN MEMBERSIHKANNYA:
1. Kesihatan bertambah baik.
2. Kreativiti berkembang.
3. Hubungan menjadi lebih baik.
4. Terdapat kapasiti penaakulan yang lebih besar.
5. Mood bertambah baik.
SOALAN YANG MUNGKIN MEMBANTU KETIKA KERJA PEMBERSIHAN:
– Kenapa saya simpan?
– Adakah tentang saya hari ini?
– Apakah perasaan saya jika saya melepaskannya?
Asingkan dan klasifikasikan:
1. Untuk menderma.
2. Untuk dijual
3. Untuk menjual.
PEMBERSIHAN DALAM RUMAH DILIHAT DI LUAR RUMAH
1. Elakkan bunyi yang melampau
2. Lampu kurang kuat
3. Warna kurang tepu
4. Kurang bau kimia.
5. Kurang kenangan sedih.
6. Selesaikan projek yang belum siap.
7. Tanam tenaga positif di rumah.
TIP PEMBERSIHAN
Lakukan pembersihan dan gunakan kotak untuk mudahkan pengasingan. Mulakan dengan laci dan kabinet dan sudahkan setiap bahagian, lakukan mengikut kemampuan. Lakukan perkara berikut selepas selesai
-Buang sampah.
-Susun atur
-Kitar semula
-Hadiah
-Derma
-Jual
Setelah membersihkan kediaman dari semua toksin ini kediaman bukan saja lebih bersih tapi jima kita akan lebih tenang dan aman.