Ulam pegaga memang banyak khasiatnya, dari awet muda sampailah untuk kecerdasan otak. Sebab itulah berbaloi sangat tanam sayur ini. Bila rasa nak makan petik saja.
Nak tanam dalam pasu, polisterin atau terus atas tanah pun boleh. Boleh juga tanam dalam pasu gantung untuk mudah petik.
1. Cari bekas atau pasu kosong.
Masukkan separuh tanah kompos dan separuh lagi pasir (ini yang bantu buat pegaga subur dan gemuk).
Ads
2. Gaulkan semua sekali
Kenapa pasir? Kerana pegaga lebih mudah hidup bersama campuran pasir dan senang masa kita nak tarik dari akar bila dah merimbun nanti.
3. Benih, beli pegaga di pasar saja RM2 seplastik.
Kata rakan saya pegaga yang berkhasiat ialah pegaga yang berbentuk otak. Ada belahan di tengah daunnya.
Ads
5. Dengan lafaz bismillah, cucuklah pegaga tadi dalam tanah.
Siram setiap hari dan letak di bawah tempat teduh. Pegaga tak perlukan cahaya matahari direct. Sipi-sipi pun tak apa.
Ads
6. Selepas 2 minggu, bukan main subur dan gemuk lagi. Anak daun dah mula tumbuh di sana sini. Dan daun yang besar dah mula nak terjuntai.
Nasi goreng merupakan antara makanan yang berisiko untuk menyebabkan keracunan makanan jika tidak dikendalikan dengan betul.
Sebenarnya, semua nasi yang belum dimasak mempunyai spora kuman bacillus, spora ini jika terdedah dengan suhu dan air akan mula berkembang menjadi bakteria.
Oleh itu, jika nasi yang telah dimasak terdedah terlalu lama pada suhu bilik, kuman ini akan membiak, mengganda dan semakin banyak.
Mungkin anda sangka, memanaskan atau menggoreng nasi yang telah terdedah ini boleh mematikan kuman ini, jawapannya TIDAK.
Dalam tempoh 1-5 jam anda makan nasi goreng yang penuh dengan kuman Bacillus Cereus ini, gejala muntah dan cirit akan muncul. Ini petanda nasi goreng anda telah pun beracun!
Cara Cegah nasi goreng beracun!
Sebaiknya, terus makan selepas nasi dimasak
Simpan segera dalam peti sejuk dalam tempoh 1 jam selepas dimasak jika ingin simpan nasi
Elak menyimpan nasi dalam peti sejuk melebihi 1 hari
Tengok tanaman sayur yang segar, gemuk kita pun tumpang seronok dan teruja nak tanam.
Kalau nak cuba boleh ikut cara yang dikongsi oleh Hafizuddin Wahab. Takde halaman pun boleh buat sebab cuma guna botol air mineral 1.5 liter saja, ikut teknik hidroponik.
Boleh praktik ikut perkongsian beliau.
Hidroponik guna botol air mineral saja
Di sini saya kongsi cara saya buat hidroponik menggunakan botol air mineral 1.5 liter. Untuk medium tanaman gunakan sabut kelapa, sebab sabut kelapa dapat menyerap air dgn baik.
Semoga bermanfaat sama-sama kita bercucuk tanam di rumah ya. Makan sayur yg sihat dari rumah.
1. Botol mineral 1.5 liter potong jadi dua bahagian. Pastikan bahagian bawah utk takungan baja tidak terlalu rendah ye. Buat lubang sekeliling bahagian atas seperti gambar di atas utk akarnya keluar.
2. Ini bahagian utk takung air baja. Saya cat hitam utk mengelak pertumbuhan lumut.
3. Buat lubang pada penutup botol. Masukkan sumbu. Saay guna kain flanel sebagai sumbu.
4. Cara nak buat lubang pada takung air baja. Pastikan buat lubang sekeiling botol sama paras dgn penutup botol spt gambar di atas. Buat lubang ini adalah untuk elak air terlampau penuh dan pastikan ada pengudaraan, udara tak kedap.
5. Begini sayur yang ditanam ya.
6. Akarnya
Cara siraman
Saya mengamalkan semburan racun organik iaitu neem oil + sunlight pencuci pinggan + cuka kayu. Alhamdulillah bebas daripada serangga seperti belalang & siput babi. Kekerapan semburan adalah seminggu skali atau 2 kali seminggu.
Disebabkan harganya yang mahal ramai yang dah mula menanam atau membeli anak pokok durian. Walaupun lambat lagi akan menikmati hasilnya tapi tak mengapa.
Kalau kita tak dapat makan, anak cucu dapat nikmati hasilnya pun dah ok. Tapi selepas tanam anak pokok durian ini, ia tak boleh dibiarkan saja. Kena ada cara penjagaan betul barulah dapat hidup subur dan kita dapat makan buah durian yang kita tanam.
Jika di rumah ada menanam anak pokok durian, boleh ikut penjagaan ini ya. Tip yang dikongsi oleh pembekal anak pokok Durian Monthong Tani ini boleh dipraktikkan sampailah pokok keluarkan hasil.
Tip jaga anak pokok durian sampailah pokok keluarkan hasil
Tanah
Bagi anak pokok durian yang baru ditanam adalah digalakkan menggunakan tanah campuran atau tanah yang lembab bertujuan untuk mengawal suhu pokok dan kelembapan tanah.
Ada juga yang menggunakan sabut kelapa dan sisa rumput yang kering dan diletakkan di pangkal pokok. Ini juga dapat membantu untuk mengawal kelembapan tanah. Apabila cuaca terlalu panas, kemungkinan anak pokok durian menjadi layu dan mati.
Siraman
Siram perlu 2 kali sehari, penyiraman pada awal pagi dan petang.
Jika anak pokok durian ditanam jauh daripada rumah kita, boleh menggunakan botol yang berisi air dan tebuk kecil pada bahagian penutup dan bahagian bawah botol perlu dipotong keliling.
Seterusnya, botol yang sudah ditebuk dan dipotong tersebut perlu diletakkan disebelah pokok secara terbalik. Apabila hujan turun, air akan bertakung di dalam botol tersebut dan secara tidak langsung air akan disalurkan secara terus pada pokok.
Penggunaan racun rumpai tidak boleh digunakan di kawasan durian yang berumur kurang dari 2 tahun kerana ianya mampu merosakkan akar yang sangat aktif mengambil atau menerima makanan, kecuali jenama tertentu seperti Basta 15.
Sebaiknya kita menggunakan cangkul untuk mengawal rumpai atau rumput disekeliling pokok dan ini juga memudahkan kerja penyelenggaraan seperti membaja.
Pembajaan pokok durian
Digalakkan menggunakan baja ORGANIK KOMPOS atau semi-organik dan baja tumbesaran NPK 15:15:15 pada peringkat awal pertumbuhan kemudian gunakan baja buah NPK 12 12 17 (boleh cari di nurseri) pada peringkat pokok berbuah.
Untuk anak pokok durian, pembajaan perlu dilakukan dengan menggunakan kaedah tabur terus di sekeliling atau dikambuskan baja tersebut dengan tanah. Pastikan anda tidak menaburkan baja tersebut di pangkal pokok untuk memudahkan proses pemakanan akar.
Pokok durian yang sedang mengeluarkan bunga sebaiknya tidak perlu ditaburkan dengan baja kerana ianya boleh mengakibatkan bunga durian menjadi kering dan gugur.
Baja kimia atau organik? Digalakkan menggunakan baja organik. Ada juga menggunakan tahi ayam yang telah reput untuk memberikan baja tambahan pada pokok supaya dapat menghasilkan buah durian yang bermutu tinggi dan berkualiti.
INFO:
Pokok durian mempunyai dua musim berbuah iaitu pada bulan Jun hingga Ogos dan musim berikutnya ialah pada bulan November hingga Januari.