
Nak hias rumah tak semestinya beli barang baru. Barang lama malah yang dah rosak pun boleh digunakan kembali kalau kita kreatif.
Antara contoh yang menarik adalah idea recycle kerusi meja makan yang dikongsi oleh Teejah Aqeel ini.
Kerusi yang dah rosak ini digunakan kembali untuk dijadikan side table, untuk letak letak barang ataupun perhiasan.
Idea recycle kerusi meja makan rosak jadi side table
Caranya
1. Bahagian penyandar kerusi dipotong separuh, sama aras dengan tempat duduk.
2. Ambil bahagian penyandar yang dipotong tadi, buang sedikit bahagian tepi untuk dicantumkan di bawah side table.
3. Cantum guna skru atau paku, ikut kreativiti. Siap. Punyalah senang kan!
Selamat mencuba.
Sumber: Teejah Aqeel
Buat Sendiri Udang Belon Ala Thai, Guna 4 Bahan Saja

Hidangan Thai memang kena sangat dengan tekak kebanyakan masyarakat Malaysia. Ada banyak yang jadi kegemaran selain tomyam. Salah satunya adalah udang belon ini.
Kalau biasa makan di restoran Siam, apa kata cuba buat sendiri pula. Lagi puas makan. Cara membuatnya dikongsi oleh Fatyma Idris.
Cara buat udang belon ala Thai, guna 4 bahan saja
Bahan-bahan
Udang
Tepung Blue Key Self Raising Flour (kotak warna pink)
Telur
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Cara membuat
1. Bersihkan udang. Buang kulit udang tapi bahagian ekor dibiarkan saja.
2. Campur semua bahan-bahan yang lain tepung, telur dan garam.
3. Masukkan air secukupnya. Jangan cair sangat, tak pekat sangat. Buat biar boleh lekat elok adunan tepung dengan udang.
4. Celup udang dalam adunan tepung kemudian goreng dalam minyak yang panas.
5. Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang.
TIP: Untuk hasilkan udang belon yang cantik boleh guna pencungkil gigi untuk buang kotoran belakang udang jadi tak perlu nak belah belakang udang tu.
Selamat mencuba.
Sumber: Fatyma Idris.
Kalau Selama Ini Letak Tong Gas Dalam Kabinet Bertutup, Sila Alih! Tak Selamat

Hampir kebanyakan rumah kita akan ada tong gas yang digunakan untuk memasak. Tong gas ini pula biasanya ia diletakkan di dalam kabinet dapur yang ditutup. Yalah, letak diluar nanti tak elok pula.
Tapi sebenarnya cara ini tidak disarankan untuk keselamatan. Tempat letak tong gas seharus mempunyai pengaliran udara yang baik dan bukan dalam kabinet bertutup. Ia untuk mengelakkan berlakunya kejadian buruk di rumah.
Selain daripada cara letak tong gas ada beberapa lagi panduan keselamatan penggunaan tong gas di dapur yang disyorkan Petronas.
Cara selamat kendalikan tong gas memasak
1. Pastikan jarak antara silinder gas dengan alat memasak antara 1 ke 1.5 meter. Alat memasak perlu diletakkan lebih tinggi dari silinder.
2. Jangan simpan silinder gas di tempat tertutup dan tidak mempunyai pengaliran udara yang baik.
3. Bau pelik atau busuk daripada silinder gas bermakna ada kebocoran. Tutup semua punca api dan jangan gunakan peralatan elektrik.
4. Guna air sabun untuk mengesan kebocoran gas. Jika terdapat buih, bermakna ada kebocoran berlaku. Buka alat atur gas dan alihkan silinder ke tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik.
5. Nyalakan api sebelum menghidupkan alat memasak.
6. Sentiasa pastikan pengudaraan yang baik dan jangan tinggalkan ketika sedang memasak.
7. Tutup peralatan memasak dan buka injap alat atur gas jika tidak digunakan.
Do and dont’s
- Pastikan tong gas memasak sentiasa dalam keadaan tegak dengan injapnya di atas. Jangan baringkan tong gas.
- Buka pintu atau tingkap semasa memasak untuk pengaliran udara.
- Jangan letakkan kuali panas atau benda panas yang lain di atas tong gas memasak.
- Jauhkan kedudukan langsir daripada dapur memasak.
- Jangan tinggalkan apa yang anda tengah masak tanpa pengawasan.
- Jika anda ingin meninggalkan rumah untuk satu jangkamasa yang panjang, matikan kepala gas.
- Pastikan kedudukan dapur memasak anda lebih tinggi dari tong gas.
- Sebelum memasang kepala gas, pastikan ada gelung getah dalam injap tong gas.
Mengesan kebocoran gas
- Jika anda terhidu bau gas itu bermakna terdapat kebocoran gas.
- Sesetengah serangga sukakan bau gas dan mereka akan mengerumuni kawasan yang terdapat kebocoran gas.
- Dalam sesetengah keadaan, anda juga akan dapat mendengar bunyi berdesir menandakan terdapat kebocoran gas.
- Cara terbaik mengesan kebocoran gas pada saluran gas atau sambungan alat atur gas ialah dengan menggunakan air sabun dan perhatikan jika ada buih sabun pada tempat tersebut.
Sumber: hmetro.com.my
Cara Untuk Delete Akaun Facebook Kita Jika Kita Meninggal Dunia!

Isi Kandungan
Toggle
Facebook selain jadi medium untuk dekatkan hubungan dengan famili dan rakan ia juga tak tempat kita menyimpan segala gambar kenangan.
Namun bila seseorang sudah meninggal dunia sudah tentu kita juga mahu menutup akaun ini supaya perkongsian, maklumat atau gambar yang ada tidak disalah gunakan.
Agar ini tidak berlaku, Nur Aliah Mohd Nor berkongsi cara untuk memadam akaun Facebook bila pemilik sudah meninggal dunia.
Ini bermakna jika kita meninggal, akaun Facebook boleh dipadamkan bila mendapati notifikasi tentang kematian.
Cara Untuk Delete Akaun Facebook Kita Jika Kita Meninggal Dunia
Pasti ramai lagi yang tak tahu dekat Facebook kita ada 1 fungsi button ni yang dinamakan sebagai ‘Legacy Contact’.
Legacy contact ni bahasa mudahnya kita lantik seorang waris kita untuk handle akaun facebook kita dan orang itu boleh tolong delete akaun facebook tersebut.
Sebenarnya banyak lagi kelebihan dalam Legacy Contact ni. Nanti korang boleh baca di bahagian komen ye. Sekarang Lia cuma nak kongsikan dulu step untuk sampai ke bahagian Legacy Contact ini.
Cuma pesan Lia kalau boleh password facebook kita biar keluarga kita tahu juga ya. Kalau berlaku apa-apa yang tak diingini mereka boleh LogIn facebook kita.
Boleh tengok step dekat gambar di bawah ini ye.
Mula di sini
Langkah 1
Langkah 2
Langkah 3
Waris perlu klik pada button remove your legacy contact jika ingin memadam akaun serta merta selepas pemiliknya meninggal dunia.
Sumber: Nur Aliah Mohd Nor