Nak makeover ruang dalam rumah tak semestinya kena ada bajet yang besar. Kalau betul caranya tak sampai RM500 pun boleh dapat hasil yang cantik.
Tak percaya boleh tengok makeover yang dilakukan oleh Hani Mynis ini. Bermodal bajet tak sampai Rm300 dia berjaya membuat transformasi ruang dapurnya. Rahsianya adalah guna wall paper.
Menukar tema dapur kepada modern farmhouse Hani menggunakan 6 jenis wallpaper yang berbeza. Jom tengok hasilnya.
Sebelum
Selepas
Sumber: Hani Mynis
Masih Guna Alat Elektrik Non Inverter, Famili 8 Orang Tapi Bil Api Kekal Murah. Lelaki Ini Kongsi Tip Dilakukan Setiap Hari
Ramai yang merungut tentang bil elektrik atau bil api yang selalu saja mahal.Tambah pula musim panas bila selalu guna aircond lagilah makin tinggi bil.
Kalau aircond dan barangan dalam rumah pulak bukan jenis inverter atau jimat tenaga lagilah mahal. Ini yang selalu kita alami.
Tapi berbeza pula Mohd Azrin Roselan, beliau membuktikan sebaliknya. Dengan ahli keluarga yang ramai 8 orang dan masih menggunakan alatan elektrik bukan inverter terutama aircond bil tetap dapat dijimatkan.
Bil elektrik yang diterima sekitar RM70-RM80 saja. Paling murah RM46 dan hanya sekali mencecah lebih RM100. Beliau berkongsi amalan yang dipraktikkan untuk memastikan bil elektrik kekal rendah sepanjang tahun.
Amalan harian untuk jimat bil elektrik walau tak guna barang inverter
Berapa bil api korang? Ini bil api untuk ahli keluarga 8 orang. Nak berjimat tak susah tetapi perlu disiplin tinggi. Ini amalan saya.
1. Sejak awal lagi sudah pasang lampu energy saver. Tahu tak lampu kalimantang kuat makan api.
2. Menggosok baju sekali banyak bukan nak pakai baru nak gosok. Iron guna api yang banyak bila nak capai suhu yang diset.
3. Aircond set mod Dry dan timer. Mod Dry tidak memaksa compressor aircond bekerja sepanjang masa.
Makluman aircond rumah bukan jenis inverter. Biaser-biaser sahaja.
4. Tutup lampu selepas digunakan. Ini perlu disiplin tinggi selain ambil tanggungjawab tolong tutup kalau ada yang terlupa.
5. Tidak meletakkan peralatan elektrik pada mod standby kerana masa api digunakan walaupun kecil. Off dan cabut plug.
6. Mengenal pasti barang elektrik menggunakan api yang kuat. Vacuum elektrik, Iron, Microwave , PC high spec dan sebagainya kuat guna api.
7. Sebelum masuk tidur akan buat round periksa barangan elektrik, lampu, kipas dan sebagainya yang tidak ditutup dan cabut plug bila tidak digunakan.
Ada yang mengatakan plug tak dicabut tidak ada significant pun sebab dah Off. Terpulang pada masing-masing malas nak argue bab ini.
Amalan saya selepas guna barangan elektrik akan cabut plug.
Kalau beli barangan elektrik yang mempunyai energy saver rating adalah bonus sebab harganya tak murah.
Saya sudah buktikan tanpa barangan elektrik inverter pun boleh buat penjimatan sebab tabiat dan cara pengunaan.
Semoga bermanfaat dan taraf kos kehidupan meningkat marilah berusaha buat penjimatan ikut kemampuan masing-masing.
Semoga bermanfaat
Sumber: Mohd Azrin
Beli pendingin hawa jenis inverter murah klik SINI
Buat Gulai Kunyit Telur Ayam Cara Orang Pantai Timur. Guna Cuka Supaya Telur Masak Cantik Tak Pecah
Buat gulai telur kebiasaannya menggunakan telur itik, tapi sebenarnya nak guna telur ayam saja pun boleh.
Paling sedap buat gulai kunyit macam ni, cara orang pantai Timur seperti yang dikongsi oleh Aftisa Fahmy. Lauk ringkas ini lawan yang paling sedap adalah ikan kering atau pun ayam goreng kunyit, dah cukup. Ada sambal belacan lagi padu rasanya.
Cara buat gulai kunyit telur stail pantai timur
Bahan-bahan
4 biji telur ayam
200 ml santan
Asam keping
1 batang serai dititik
Tomato/cili hijau
Bahan kisar
1 inci halia
1 inci lengkuas
1-2 inci kunyit
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 sudu besar cili boh
Cara membuat:
1. Tumis bahan kisar sehingga wangi.
2. Masukkan sedikit air bersama santan. Didihkan sebentar.
3. Masukkan serai dan asam keping.
4. Masukkan garam, gula, serbuk perasa. Biarkan didih dengan api sederhana.
5. Boleh pecahkan telur satu persatu. Perlahan kan api. Kacau sedikit saja untuk elak telur pecah.
6. Bila telur dan masak boleh masukkan masukkan tomato dan cili hijau. Siap!
Tip telur cantik tak pecah dalam gulai
Jika bimbang telur pecah jika dimasukkan terus boleh juga pecahkan telur berasingan dan masak satu persatu. Kemudian barulah dimasukkan dalam gulai kunyit.
Tip supaya telur tak pecah boleh gunakan sedikit cuka, caranya didihkan air panas, masukkan 4 sudu cuka. Bila mendidih pecahkan telur satu persatu. Biarkan masak. Cuka itu berfungsi supaya telur tak pecah. Telur akan jadi bulat atau bujur.
Sumber: Aftisa Fahmy
Buat Sendiri Coklat Bar, Guna 3 Bahan Saja. Hasilnya Sama Macam Kita Beli
Selama ini selalu beli saja coklat bar ini, tak tahu pulak cara nak buatnya senang saja. Guna tiga bahan saja.
Kalau macam ni punya senang boleh buat selalu di rumah. Siapa saja yang tak suka makan coklat ini kan.
Jom cuba ikut perkongsian Nenie Suehoney, coklat bar bubble rice.
Buat sendiri bubble rice coklat bar
Bahan-bahan:
-500 gm coklat masakan (saya guna milk compound Berry’s)
-25 ml minyak masak (optional, supaya coklat cepat cair)
-Bubble rice secukupnya (boleh juga letak kismis/kekacang)
Cara membuat
1. Bakar dalam oven bubble rice pada suhu 120°c selama 10 minit lebih kurang/sehingga rangup. Ketepikan.
2. Double boil coklat masakan sehingga cair sepenuhnya. Masukkan minyak masak dan kacau sehingga sebati.
3. Masukkan sedikit coklat ke dalam mould/cetak/acuan.
4. Tabur bubble rice ke atasnya. Jangan tekan.
5. Tuang lagi coklat ke atas bubble rice tadi sehingga menutupi keseluruhan permukaan. Hentak sedikit mould untuk ratakan.
6. Pastikan coklat suam-suam kuku sebelum tuang ke atas bubble rice untuk elakkan lemau.
7. Boleh simpan ke dalam peti sejuk bahagian chiller seketika. Bila dah sejuk, boleh keluarkan dari cetak/mould dan sedia dimakan.
Tip: Saya letak minyak masak sikit, supaya selepas beku, coklat bar yang terhasil tidak terlalu keras. Sedang elok macam kita beli di kedai.
Selamat mencuba.
Artikel ini disiarkan atas keizinan penulis. Posting asal boleh rujuk di SINI