Bagi mereka yang sering melakukan kerja pertukangan, pastinya akan membuang lebihan kayu yang tidak digunakan lagi.
Namun sebenarnya jika anda kreatif, lebihan kayu ini boleh dijadikan idea menarik dalam menghias ruang kediaman.
Seperti perkongsian Asri Hj S yang juga merupakan ahli grup Tukang Apa Hari Ini telah menggunakan sisa kayu pallet untuk dijadikan dinding baru di luar rumahnya.
Sentuhan gaya rumah Inggeris.
Menurut Asri dia mempunyai seorang kawan yang bekerja meleraikan kayu-kayu pallet.
Ads
Dan setiap kali mendapat bekalan kayu pallet dari US, kawan berkenaan akan simpankan untuknya.
Selalunya dia akan membeli sedikit demi sedikit hinggalah berjaya mengumpul dalam kuantiti yang banyak.
Ads
Akhirnya siapa sangka timbunan kayu pallet ini berjaya dijadikan ‘shiplap’ untuk hiasan dinding tumpu yang sangat menarik.
Ads
Hiasan dinding guna kayu pallet
Sebenarnya tidak ada plan untuk buat apa-apa tetapi oleh sebab papan berkenaan nampak cantik & kuat, tebal 1 inci, saya kumpul saja.
Lama jugaklah tersadai papan-papan ini tepi rumah. Selalu juga isteri bertanya, mahu buat apa papan-papan itu kerana terasa ‘semak’.
Masa duduk rumah sepanjang PKP tempohari, kita keluarkan papan-papan itu dari tempat persembunyian.
Perlahan-lahan kita lekatkan pada dinding luar. Orang putih cakap apa… Shiplap?
Bahagian pendek dilekatkan guna gam. dan yang panjang guna wallplug + skru. Kononnya untuk dijadikan seperti rumah log.
Anai-anai suka kayu ini, tetapi disebabkan kayu berkenaan sudah ‘dirawat’, jadi insyaAllah selamat untuk tempoh 8 tahun akan datang.
Maaflah saya tiada kelulusan atau kemahiran menukang kayu, jadi hasilnya biasa-biasa saja.
Suka Suka Tanam Cendawan Di Dapur, Tak Sangka Boleh Jana Sampai RM3 Ribu Sebulan
Kadang-kadang rezeki datang daripada idea spontan, seperti satu soalan ringkas daripada pasangan yang betul-betul minat makan cendawan.
Siapa sangka, minat makan bertukar jadi peluang jana duit poket, dan dapur rumah berubah jadi ‘ladang mini’ yang hasilnya dituai setiap hari. Tak perlu tanah luas, tak perlu baja mahal. Hanya perlukan ruang kecil, spray air, dan sikit kesungguhan.
Ini sebenarnya kisah Khairul Johari yang menanam cendawan tiram hanya untuk suka-suka, tapi akhirnya menjana pendapatan hampir RM3,000 sebulan, dengan modal serendah RM1.40 satu bongkah!
Paling best, aktiviti ni bukan hanya menyeronokkan, tapi juga jadi projek keluarga yang buat anak-anak dan isteri tersenyum puas. Boleh baca perkongsian beliau.
“Tiga bulan lepas, waktu tengah pilih ayam kat pasar, wife tiba-tiba tanya,
“Awak, agaknya susah ke tanam cendawan tiram? Kenapa mahal sangat ya, 200 gram dah RM5, beli sekilo dah RM25.”
Persoalan inilah yang mencetuskan idea untuk Khairul menanam sendiri cendawan, apatah lagi anak-anak pun semua menyukai hidangan ini.
Setelah membuat carian ternyata caranya cukup mudah hingga dia berazam untuk mencubanya.
“Rupanya senang yak amat. Tak payah tanah, tak payah cahaya matahari, tak perlu baja kimia pun. Hanya beli bongkah siap, spray air hari-hari. 3–7 hari lepas tu, cendawan keluar sendiri!”
Selepas tahu semua info penanaman, beliau teus memesan secara online 200 bongkah cendawan tiram. Satu bongkah berharga RM1.40.
“Sampai saja barang, terus susun penuh atas meja dapur. Tiap-tiap hari spray air.
Sekali sehari. Macam siram kasih sayang.
“Masuk hari ke-5, muncul kepala-kepala putih gebu. Cendawan tiram yang keluar macam bunga ros liar. Meriah dan cantik. Bila ambil dan masak masyaAllah… rasanya lembut, manis, segar.
“Bukan macam yang dah berhari dalam plastik kat pasar tu. Esoknya keluar lagi, masak cendawan celup tepung pula. Sedap, rasa macam makan kat food court yang RM12 satu bekas tu. Bezanya, kat rumah boleh ulang sampai kenyang,” cerita beliau.
Tapi bila setiap hari makan cendawan dah tentu terasa jemu. Bayangkan satu hari keluar 5–10kg. Memang tak larat nak masak semua. Hinggalah isteri beri cadangan menjualnya kepada jiran.
“Wahai orang taman, saya ada jual cendawan tiram. Sekilo RM10 sahaja. Fresh. Datang petik sendiri dari dapur rumah saya!”
Ayat ini membuatkan ramai yang tertarik untuk membeli, termasuklah beli bongkah sekali. Memandangkan dapat sambutan dari 200 bongkah, beliau membeli lagi 100 bongkah hingga dapur rumah jadi seperti ladang.
“Tiap-tiap pagi, aku akan berjalan antara bongkah, tengok mana yang keluar hasil.
Spray. Cabut. Timbang. Jual. Bongkah tu dah macam mesin ATM. Hari-hari keluar duit. Aku gelak dalam hati
“Tak payah buka Shopee, tak payah pos. Dalam rumah pun boleh jadi kilang.”
Dan duit tu semua, aku tak simpan pun. Aku bagi wife, bagi anak-anak.”
Namun katanya selepas tiga bulan dia terpaksa berhenti. Bukan sebab rugi tapi kerana risau keadaan dapur yang penuh dengan habuk putih.
Bila buat secara besar-besaran lokasi penanaman tak sesuai di rumah, jadi aku stop kejap. Tapi dalam hati, aku tanam impian. Kalau satu hari nanti aku ada tanah sendiri, aku nak buka ladang cendawan tiram betul-betul.
“Yang boleh masuk orang lawat.Yang boleh buat tuai harian. Sebab tanam cendawan tiram ni, serius paling senang dalam dunia. Tak payah ilmu tinggi. Tak perlu modal besar.
paling cikai modal kita RM1.40 sahaja, mana nak dapat biz modal permulaan RM1.40? Cara penjagaan juga mudah.
“Dan harga cendawan kat pasaran bukan main murah. RM18–RM30 sekilo. Tapi modal bongkah baru RM1.40. Paling bestnya lagi, cendawan ni tak perlukan matahari langsung. Letak dalam bilik air pun hidup. Letak bawah sinki pun boleh. Tepi dapur pun boleh. Tak makan ruang, tapi bagi pulangan,”tulisnya.
Berdasarkan pengalaman selama empat bulan, dari segi pendapatan sebulan boleh menjana dalam RM2,000-RM3,000 jika dijual terus.
“Bagi yang nak cuba boleh start kecil-kecilan dulu dengan 5-6 bongkah, kalau dah yakin boleh mulakan dengan 200-300 bongkah beli pada pembekal terus yang mana harga lebih murah,”ujar Khairul lagi.
Selalu membawa watak jahat dan kasar dalam lakonannya tapi realitinya pelakon Saharul Ridzwan ini punya personaliti yang berbeza.
Bukan saja merupakan suami dan bapa yang penyayang, lebih dari itu punya rasa tanggungjawab yang cukup besar untuk keluarganya.
Perkara ini dikongsi sendiri oleh isterinya Deena Emir dalam instagram miliknya. Bila membaca perkongsian Deena terasa bertuah betul dirinya punya suami sebegitu yang sanggup bekerja keras demi keselesaan hidup anak isteri.
Sanggup abaikan tidur malah sakit dan demam untuk bekerja Malah Shahrul juga melakukan tiga empat kerja dalam satu masa demi memastikan impian isterinya tercapai.
This man. I never thought that one fine day there’s a man who will works very hard, not for himself but just to make sure my life better & happier. Sampai demam demam, buat 3-4 kerja dalam 1 masa, tidur tak menentu 2-3 jam je a day, berkorban wang ringgit (kadang kadang duit poket sendiri pun tak ada) untuk make sure impian isteri dia tercapai.
Bila saya suruh rehat, dia jawab “tak boleh nanti banyak kerja tertangguh… tanggungjawab saya banyak…” dan selalu cakap – “saya buat semua ini untuk persiapan bila saya dah tak ada di dunia ni satu hari nanti… sementara saya kuat lagi.. sekurang kurangnya saya tahu ada something yang boleh bantu awak & Ali. Allah…
Suamiku, @saharulridzwan terima kasih for making me feel like the luckiest woman in the world every single day. I married the best husband in the world, and I thank Allah s.w.t that He made it happen. Alhamdulillah.
I know I’m far from perfect, but thank you for staying with me and remaining strong amidst the challenges. You are the best thing that’s ever happened to me (plus my adorable son) and I look forward to spending many more happy years with you & our kids. Semoga Allah s.w.t beri ganjaran syurga tertinggi untuk awak sayang. I LOVE YOU ❤.
Luahan hati Deena Amir ini mendapat reaksi di ruangan komen. Ramai yang mendoakan kebahagiaan dan jodoh mereka berdua kekal hingga ke jannah.
Namun paling menyentuh hati adalah bila membaca reaksi daripada Shahrul Ridzuan sendiri. Pelakon ini membalas posting isterinya dengan catatan yang membuatkan netizen sebak.
Terima kasih isteriku
Saat takliq dibacakan selepas kita sah diijabkabulkan, itu bukan perjanjian antara sy dengan awak sahaja, tetapi perjanjian sy dengan Allah. InShaaAllah, akan sy tunaikan dengan baik dengan Izin Allah. . Love you sayang
Ringkas balasan Saharul Ridzwan tapi cukup bermakna. Dia melakukan semua itu kerana akur itu adalah amanah yang dipertanggungjawabkan buat dirinya. Moga semua suami punya pemahaman yang begini.
Melihat pencapaian Yuna atau Yunalis Zarai di Amerika Syarikat buat kita rakyat Malaysia turut berasa bangga. Malah ramai yang menjadikan penyanyi ini sebagai idola mereka.
Tapi di sebalik kejayaan Yuna mencipta nama di sana tak semua yang dilalui oleh penyanyi ini indah belaka.
Tak pernah bercerita tentang suka duka dan keperitannya sebelum ini namun dalam satu status di instagram beliau baru-baru ini Yuna mendedahkan apa yang dilalui sebelum mengecap kejayaan.
Sama seperti kita waktu payah ujar Yuna dia sendiri selang sehari akan makan mi segera bersama nasi dan sardin untuk berjimat. Penyanyi yang pernah berduet dengan Usher untuk lagi crush ini juga pernah terpaksa berkongsi RM50 dengan angggota kumpulannya malah ada juga mereka bekerja secara percuma kerana tidak bayar.
Setiap kejayaan kita tak kira besar atau kecil kita sebenarnya tak mampu melakukannya seorang diri. Pasti ada seseorang yang membantu. Ketika ini saya fikir ramai yang berasa apabila mereka memperoleh suatu kejayaan mereka lakukannya sendiri.
Tapi saya selalu tahu ada orang yang membantu saya ketika saya tak punya apa. Pernah saya terpaksa berkongsi RM50 (USD$15) bersama anggota band dan krew. Ada masanya mereka juga bekerja secara percuma kerana kami tak dibayar.
Semasa awal berhijrah ke LA saya makan mi segera atau nasi bersama sardin selang sehari untuk jimatkan duit kerana perbelanjaan di sana terlalu mahal.
Tapi saya ada rakan yang selalu membantu saya dan memberi saya makanan. Tahu lah kan. Semua perkara ini saya akan ingat sampai bila-bila. Terima kasih.
Demikian catatan Yuna dalam instagramnya. Yuna baru-baru ini pulang ke Malaysia untuk membuat persembahan dalam acara pembukaan dan penutup Sukan Para Asean KL2017.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...