Bagi yang bercucuk tanam selalu akan mencari baja terbaik untuk memastikan tanaman subur. Ramai yang sanggup keluarkan belanja sedangkan ada saja bahan di rumah yang boleh digunakan.
Salah satu yang paling terbaik untuk tanaman adalah air basuhan beras. Rugi sungguh kalau dibuang begitu saja. Ada banyak sangat kandungan dalam air beras yang berguna untuk tanaman.
Ushawan tani Faiz Kebun AB Goncang berkongsi manfaat air beras untuk tanaman selain memberi panduan cara siraman menggunakan air beras ini. Ya, untuk menggunakan air basuhan beras ini juga ada caranya. Jika tersilap boleh menjejaskan tanah dan tanaman
Tip siram pokok dengan air basuhan beras
Kelebihan air basuhan beras kepada tanaman
✅ Berfungsi sebagai baja organik.
Ads
✅ Mengandungi kandungan nitrogen, fosforus, kalium (NPK) dan mineral lain yang bagus untuk tanaman, tetapi dalam jumlah yang sedikit.
✅Kaya dengan kandungan kanji/karbohidrat/glukosa/gula yang bagus untuk tumbesaran bakteria baik di dalam tanah & akan membantu proses penguraian kompos/nutrien oleh mikrob tanah supaya nutrien dapat dibekalkan kepada pokok dalam bentuk yang mudah diserap oleh tanaman.
✅Boleh menggantikan baja, sekiranya baja dah habis. Namun, pembajaan seperti biasa adalah perlu untuk tumbesaran pokok yang kuat dan sihat.
Ads
Pokok kunyit milik Malmisa Swak Lis Lis ini salah satu contoh terbaik hasil siraman air basuhan beras
Cara penggunaan
Basuh beras dan ambil air basuhannya (air basuhan pertama dan kedua).
2. Jika menggunakan air yang sedikit untuk membasuh beras & ia terlalu pekat, perlu ditambah dengan air biasa semasa disiram pada pokok kerana air basuhan beras yang pekat bersifat asidik/masam dan akan menjejaskan pH tanah.
3. Siram pada tanah atau boleh juga keseluruhan pokok sebanyak 1-2 kali seminggu.
Ads
4. Elaksiram pada waktu tengah hari kerana daun pokok akan ada kesan terbakar akibat kejutan perubahan suhu yang mendadak.
5. Air basuhan beras boleh juga disimpan selama 2 hari untuk mendapatkan lebih banyak kandungan kanji yang baik untuk mikrob tanah, namun pastikan ia dicampur dengan air biasa terlebih dahulu sebelum disiram pada pokok.
Ramai ibu bapa dah menyuarakan kebimbangan dengan anak-anak yang tidak dapat meneruskan persekolahan bila PKP dilanjutkan lagi sehingga mencecah sebulan.
Memahami perkaraa ini Kementerian Pendidikan (KPM dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah bekerjasama memperkenalkan slot Program TV Pendidikan.
Ia merupakan usaha untuk membolehkan murid mendapat akses kepada bahan pembelajaran melalui platform alternatif selain pembelajaran secara online dalam tempoh PKP ini.
Boleh tonton di saluran ini
Slot program TV Pendidikan ini akan mula bersiaran hari ini Isnin 6 April melalui saluran;
TV Okey
Saluran 110 myFreeview
Saluran 146 Astro & NJOI
Laman web myklik.rtm.gov
Waktu siaran : 2 jam sehari Slot 1 : 9.00 – 10.00 pagi Slot 2 : 1.00-2.00 petang
Jadual TV Pendidikan
Berikut adalah jadual untuk TV Pendidikan untuk hari ini dan esok. KPM akan mengemas kini jadual TV Pendidikan dari masa ke semasa.
INFO: Jadual TV Pendidikan yang dikongsi di laman sosial oleh ramai netizen sebelum ini adalah tidak sah, sila rujuk laman sosial KPM untuk maklumat rasmi.
Selain beli baja, kumpul sisa dapur rupanya ada cara lagi senang untuk melebat buah dan pokok bunga.
Cuma guna serbuk perasa Ajinomoto. Kalau ada pokok bunga atau pokok buah yang malu-malu untuk berbuah boleh guna cara ini.
Menurut Sifudurian yang menggunakan kaedah ini hasil baja Ajinomoto, mangga yang sebelum ini segan nak berbuah kini dah mabuk berbunga.
Macam mana nak buat baja ini
Sukatan adalah 5 sudu makan Ajinomoto dan 5 liter air bagi pokok usia setahun.
Bagi pokok-pokok kecil seperti kari, pokok bunga dan yang berumur setahun ke bawah, 1-2 sudu makan Ajinomoto dan 5 liter air.
Sebaiknya guna air tanpa klorin seperti tadahan aircond, air hujan atau air paip yangdi biarkan terdedah semalaman atau lebih lama.
Waktu siraman adalah pada waktu petang sekitar jam 5-6pm keatas. Kekerapan siramanadalah 2 minggu sekali. Siram di pangkal pokok atau sembur pada dedaunan pokok.
INFO
Antara khasiat MSG untuk tanaman adalah dapat menambah kesuburan pokok, daun lebih hijau, buah menjadi lebat dan berbuah besar.
Selain itu, kandungan unsur atrium pada MSG Ajinomoto mampu mempercepat pertumbuhan pokok, bunga, tingkatkan nutrisi tanaman serta tanaman lebih sihat dan menguatkan antibodi pokok.
Jagung isi penuh dah tentu hasil yang diinginkan bagi yang menanam pokok ini. Namun adakalanya kecewa juga bila hasil dituai isi jagung jarang-jarang.
Kata orang tua sebabnya kerana yang menanam bergigi jarang. Tapi menurut graduan Sains Kimia yang suka berkebun yang mahu dikenali sebagai CEO Ayam Belanda melalui akaun TikTok, hasil jagung sebegini bukanlah memang berpunca dari gigi penanam sebaliknya kerana pendebungaan tidak berlaku dengan baik.
Tip isi jagung penuh, kena bantu kahwinkan bunga
Ujarnya bagi memastikan isi jagung penuh dan rapat kita perlu bantu ‘mengahwinkan’ bunga jantan dengan bunga betina pada pokok jagung.
“Kalau isinya tak penuh bukan sebab yang menanam gigi jarang tapi sebab pendebungaannya tak berlaku dengan baik.
“Nak bagi isi jagung penuh dan rapat kita kena kahwinkan bunga jantan dengan bunga betina.
“Kalau perasan bunga yang diatasnya berdebu ialah bunga jantan manakala yang mempunyai bulu-bulu halus putik jagung ini ialah bunga betina.
Bunga jantan pokok jagung
“Boleh goncangkan bunga jantan supaya debu halus jatuh atas bunga betina.
“Atau boleh kumpulkan debu bunga jantan dan taburkan pada bulu-bulu halus jagung ini.
“Jika buat cara ini memang isi jagung akan penuh dan rapat,”ujarnya.
Bunga betina pokok jagung
Namun pesannya untuk melakukan proses ‘mengahwinkan’ bunga jantan dan bunga betina ini perlu buat waktu pagi antara pukul 8.00 hingga 10 pagi. Ini kerana pada Waktu tersebut bunga jantan sudah memang bekembang dan sesuai untuk buat pendebungaan.
Jangan selalu biar lampu 'fuel low' menyala, ada bahaya menanti! Tapi sebenarnya ramai yang antara kita buat perkara sebaliknya. Walau dah tanda fuel low dah...