Tumpahan minyak, kicap atau sos di lantai antara kotoran yang paling leceh untuk dibersihkan.
Habis satu dapur perlu bersihkan kalau dibiarkan terutamanya minyak. Penat dan mood memasak pun boleh spoil. Ya lah paling tidak dua kali kena mop.
Tapi sebenarnya ramai suri rumah tak tahu ada cara yang mudah untuk bersihkan tumpahan jenis cecair ini.
Tak perlu ambil mop atau guna air dan sabun pun namun cukup berkesan untuk kembalikan kebersihan lantai.
Teknik bersih tumpahan guna tepung
Apa yang diperlukan cuma tepung gandum saja. Teknik ini dikongsi oleh Chef As – As Homemade. Caranya seperti berikut:
1. Sekiranya kicap, minyak, sos atau sebarang jenis cecair tumpah di lantai jangan terus mop. Cara ini boleh menyebabkan kotoran makin merebak ke bahagian lain.
2. Teknik paling berkesan untuk bersihkan tumpahan jenis cecair ini adalah dengan menggunakan tepung gandum.
3. Taburkan di atas tumpahan dengan rata lalu biarkan seketika supaya tepung dapat menyerap tumpahan.
4. Selepas itu menggunakan sarung tangan, kaut semua kesan kotoran yang sudahpun bergumpal dengan tepung.
5. Ketika ini kerja pembersihan akan jadi lebih senang, cuma perlu kaut gumpalan tepung tadi untuk dibuang.
6. Selepas itu boleh dilap atau dimop lantai jika mahu. Untuk lebih mudah, boleh lihat video perkongsian Chef As.
Sumber: Chef As – As Homemade
Selamatkan Anak Jika Tercekik, Ibu Bapa & Pengasuh Perlu Mahir Teknik Manuver Heimlich
Sebelum ini kita dikejutkan dengan satu kejadian anak kecil yang maut akibat tercekik roti dan baru-baru ini viral pula kisah anak tercekik duit syiling .Ya walau pun hanya roti yang lembut ia tetap mengundang bahaya buat anak kecil.
Sebab itu jugalah ibu bapa atau pun pengasuh sebaiknya mempunyai kemahiran menyelamat jika berdepan dengan keadaan ini.
Sekiranya anak mengalami simptom tercekik makanan atau sebarang objek teknik menyelamat mengikut kaedah Tekan Perut atau Manuver Heimlich boleh dilakukan.
Tanda-tanda anak tercekik
1) Tidak boleh bercakap dan menangis.
2) Muka menjadi biru.
3) Memegang tekak dan minta bantuan.
4) Kelihatan panik.
5) Tidak sedarkan diri.
Teknik Tekan Perut / Manuver Heimlich
Teknik menekan perut adalah di mana penolakan udara secara mengejut ke laluan trakea dari diafragma (bahagian perut) yang boleh menolak keluar objek atau makanan yang tersekat.
Walaupun teknik ini kelihatan mudah, ia perlu dilakukan dengan penuh berhati-hati terutamanya ke atas anak kecil. Terdapat juga teknik khas untuk menekan perut kepada bayi kerana saiz mereka yang kecil dan jika ia tidak dilakukan dengan betul boleh memburukkan lagi keadaan.
Oleh sebab itu, teknik ini paling selamat dilakukan oleh individu yang terlatih. Apa yang boleh ibu bapa lakukan? Ia bergantung kepada situasi:
Jika kanak-kanak masih boleh bernafas
- Jika kanak-kanak itu sedang tersedak atau tercekik, tetapi masih boleh bernafas dan bercakap, ini bermakna laluan pernafasan masih ada.
- Jangan cuba keluarkan objek atau makanan itu kerana ia mungkin akan menolaknya lebih dalam.
- Langkah terbaik dalam situasi ini adalah untuk tidak melakukan apa-apa, tetapi beri perhatian penuh ketika kanak-kanak itu batuk sehingga dia kembali bernafas seperti biasa.
Jika kanak-kanak tidak boleh bernafas?
- Minta bantuan kecemasan. Pastikan anda menyimpan nombor kecemasan, ini termasuk nombor hospital terdekat, nombor keluarga terdekat serta jiran.
- Jika kanak-kanak itu sedar tetapi tidak boleh bernafas atau bercakap atau mula menjadi biru, gunakan teknik menekan perut. Ini boleh dilakukan oleh sesiapa yang sudah dilatih melakukan teknik ini.
Teknik Heimlich Manuver bagi bayi berumur bawah 1 tahun & dalam keadaan sedar
- Menggunakan lengan, posisikan kepala dan muka bayi menghala ke bawah, dengan sokongan peha.
- Pastikan torso bayi lebih tinggi daripada kepala.
- Tepuk bahagian belakang, antara tulang belikat bayi menggunakan tapak tangan sehingga lima kali.
4. Seterusnya, pusingkan bayi sambil terus menyokong kepala lehernya.
5. Jika objek masih tidak keluar dari laluan pernafasan, tekan bahagian dada atau tengah-tengah sternum menggunakan 2 atau 3 jari dengan cepat sehingga 5 kali.
Ulang teknik, iaitu tepukan di bahagian belakang bayi dan penekanan di bahagian dada sehingga objek keluar. Jika ia tidak diteruskan anak mungkin tidak sedarkan diri.
Jika bayi masih tidak bernafas, anda boleh membuka laluan pernafasan dengan meletakkan ibu jari di mulut anak dan genggam gigi kacip atau gusi. Bahagian rahang perlu dinaikkan supaya anda boleh melihat objek yang tersekat.
Jangan cuba keluarga kecuali…
JANGAN cuba keluarkan objek tersebut melainkan anda melihat objek dengan jelas. Anda berkemungkinan menolak lagi objek ke dalam tekak anak, dan ini lebih merbahaya.
Lakukan teknik CPR, jika perlu.
Bawa kanak-kanak ke hospital secepat mungkin, terutamanya jika kanak-kanak itu terus tidak boleh bernafas dan tidak sedar.
Sumber: Astroawani
Tip Kalau Nak Beli Lugage, Pilih Yang Guna Material Ini Supaya Tahan Hentakan & Bebanan
Salah satu keperluan ketika travel baik untuk urusan bercuti, bekerja, belajar dah tentu bagasi atau luggage. Bagi selalu travel dah tentu perlukan lugage yang berkualiti agar tahan lama.
Bagi yang sedang mencari lugage ini tip yang dikongsi oleh Syfq melalui akaun Twitter milik beliau boleh dijadikan panduan.
Memandangkan harga untuk lugage agak mahal maka kita perlu pilih yang terbaik. Ujarnya sebelum membeli lugage sebaiknya kita tahu material yang digunakan kerana ia banyak menyumbang kepada ketahanan beg. Barulah keluar kargo beg masih elok lagi.
Cari lugage yang guna material ini
Katanya bercadang beli lugage, cari yang menggunakan material polypropylene atau polycarbonate. Kedua-dua material ni mempunyai ketahanan yang kuat dari segi hentakan dan bebanan.
“Masa nak cari luggage untuk bawa travel haritu, salesperson tu tunjuk demo dia lenturkan luggage macam ni. Terus aku beli beg yang sama. Tip nak beli luggage;
1. Cari yang guna material polypropylene atau polycarbonate. Kedua-dua material ni mempunyai ketahanan yang kuat dari segi hentakan dan bebanan
2. Jangan beli luggage jenis ABS. ABS luggage sesuai untuk naik atas cabin. Masuk cargo, hancurlah beg kau.
INFO: Material polypropylene ini sangat padu dari segi toughness dan rigidity. PP jugak mesra alam sbb PP material ni thermoplastic (it can be recycled and change into new product). Konklusinya pilihan product menggunakan material PP sangatlah bijak di samping membantu alam sekitar kita.
Selain itu, boleh juga cari brand yang well known yang tulis “Unbreakable”. Walau harga agak ‘keras’ tapi insya-Allah tahan lama. Yang ini dari jenama Arnold Palmer (klik SINI untuk link pembelian di LAZADA.
Semoga bermanfaat
Sumber: Syfq
Buat Sendiri Serunding Halia Yang Sedap, Garing. Makan Begitu Saja Pun Layan
Serunding halia ini sinonim dengan hidangan ibu lepas bersalin. Tapi sebenarnya untuk kita yang bukan dalam pantang pun boleh saja makan.
Serunding halia ini memang sedap, lagi enak jika ditambah dengan bawang putih yang digoreng. Boleh buat kudap-kudapan lagi. Rasanya garing, pedas menyengat.
Bagi yang nak buat sendiri atau nak sediakan untuk ahli keluarga atau rakan yang baru lepas bersalin boleh ikut cara yang dikongsi oleh CikAyu Masfaliza Ab Jaafer.
Buat sendiri serunding halia
Sumpah sedap guys serunding halia ni. Kalau kita buat sendiri, boleh letak bahan-bahannya lebih. Rasanya yang garing pedas menyegat, padu!!
Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat serunding halia:
-Halia tua (cari halia yang tak begitu tua dan yang panjang supaya mudah untuk disagat.
-Ikan bilis goreng
-Garam bukit
-Perencah hilal
-Minyak masak
Cara membuat:
1. Sagat halia guna penyagat. Selepas sagat, letakkan sedikit garam bukit dan digaul rata.
2. Lepas habis sagat, perah air halia sekuat hati. Kita perlukan halia saja, airnya buat. Lepas proses perahan cepat sabun tangan supaya tangan tak pijar.
3. Panaskan minyak, pastikan kuantitinya banyak untuk mendapatkan tekstur yang cantik untuk serunding halia.
4. Goreng halia tadi, gunakan api yang besar utk dptkn tesktur serunding yang garing dan cantik.
5. Bila warna halia seperti dalam gambar cepat angkat.
7. Inilah hasil serunding halia yang garing. Cantikkan! Tapis atau tos lebihan minyak ini dahulu.
8. Seterusnya ikan bilis digoreng garing dikisar. Gunakan chopper pun boleh, mudah dan pantas.
9. Selepas dikisar, gaulkan sebati ikan bilis dan sedikit serbuk Hilal pada halia tadi. Sebelum itu, toskan halia yg digoreng dengan tisu dapur untuk buang lebihan minyak.
10. Inilah hasil kejadian halia selepas digaul mesra. Sedap dimakan begitu saja.
11. Untuk lebih sedap, gaul bersama bawang putih goreng. Ini lagi ummphhh..
Selamat mencuba.
Sumber: CikAyu Masfaliza Ab Jaafer