Musim cuti sekolah ni ramailah anak-anak lelaki yang berkhatan. Ibu bapa pun ramai yang mengambil cuti untuk menjaga anak.
Bagi ibu bapa yang kali pertama menjaga anak yang berkhatan mungkin sedikit keliru dengan bermacam-macam tip yang dikongsi, tambah suspen bila ada yang bercerita tentang anak bentan selepas khatan kerana tidak dijaga dengan betul.
Walau ada macam-macam tip yang didengar tapi paling elok ambil dari pakar. Antaranya boleh ikut tip yang diberikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan yang berkongsi cara penjagaan betul agar luka khatan tak bernanah dan anak cepat sembuh.
Sekarang ni musim berkhatan, ramai ibu bapa mohon saya tip penjagaan selepas berkhatan agar tidak bentan atau bernanah dan luka cepat sembuh. Jadi hari ni saya nak beri sedikit penerangan tentang penjagaan luka selepas berkhatan.
1.Jangan biar lebih 72 jam
Jangan biarkan balutan luka tidak dibuka lebih 72 jam. Ia perlu dibuka, untuk pantau komplikasi berikut:
– Jangkitan/nanah
– Bengkak/bentan
– Jahitan terbuka
– Keruping melekat pada balutan
Ads
2. Cuci 2-3 hari sekali
Luka berkhatan perlu dicuci 2-3 hari sekali menggunakan normal saline. Caranya:
– Bersihkan daki / darah beku sekitar luka
– Cuci luka dengan normal saline
– Periksa jika ada jahitan & tanda jangkitan
– Tutup semula luka jika tiada tanda-tanda.
3. Ubat doktor
Ada beberapa ubat yang dibekalkan oleh doktor selepas prosedur berkhatan:
– Tahan sakit: diambil bila perlu
– Antibiotik: perlu diambil ikut jadual
– Ubat cucian: lazimnya normal saline
– Elak sapu minyak/herba pada luka
4. Jika anak mengadu ngilu
Anak-anak kadangkala mengadu berasa ngilu bila kepala zakar bergesel dengan pakaian(seluar/kain). Itu perkara normal kerana ia bahagian yang sensitif dan sebelum ini ia dilitupi kulit, tetapi kini terdedah. Ngilu itu akan beransur-ansur hilang.
5. Pakaian longgar
Pakai pakaian yang longgar dan selesa supaya aliran darah tidak terganggu dan dapat pengudaraan yang secukupnya. Ini membantu proses penyembuhan luka. Boleh pakai seluar, asalkan tidak terlalu ketat.
6. Boleh berjalan
Selepas berkhatan, anak-anak dibenarkan berjalan. Malah mereka tidak digalakkan hanya berbaring sahaja. Aktiviti ringan ini membantu pengaliran darah dan mengurangkan tempoh penyembuhan luka. Cuma jangan lasak sangatlah.
Ads
7. Pastikan minum air secukupnya
Ada petua lama yang mengatakan minum air banyak selepas berkhatan menyebabkan bentan. Itu tidak benar. Air yang cukup adalah satu faktor yang penting untuk penyembuhan luka.
8. Jaga pengambilan makanan
Perlu ambil makanan yang mengandungi protein, serat, vitamin secukupnya. Boleh makan: ayam, telur, ikan, kicap, sayur. Ia tidak akan menyebabkan kegatalan atau kehitaman pada luka berkhatan.
9. Luka akan sembuh 10-14 hari
Luka berkhatan akan sembuh dalam masa 10-14 hari. Jika ada tanda-tanda berikut, jumpa doktor:
– Sakit/bengkak melampau
– Nanah yang banyak
– Demam tinggi
– Tak boleh kencing
10. Bawa untuk rawatan susulan
Bergantung pada teknik khatan, mungkin perlu bawa anak berjumpa doktor untuk rawatan susulan.
– Jahitan konvensional: tak perlu dibuka
– Klamp: perlu jumpa doktor untuk dibuka
– Gam: tak perlu jumpa doktor semula
– Mesih jahit: perlu jumpa tukang jahit.
Ads
OK, yang last tu bergurau je. Jangan kau minta tukang jahit jahitkan cara tulang belut, mata lalat apa semua.
Nak mula sesi persekolahan tahun depan biasanya parent kena sediakan banyak gambar pasport anak untuk isi macam-macam borang.
Kalau anak seorang mungkin boleh pergi kedai untuk ambil gambar tapi kalau ada tiga atau empat orang dah tentu banyak belanjanya. Rasanya untuk 8 keping gambar harganya lebih kurang RM10.
Tapi kalau nak jimat, gambar pasport ini boleh edit sendiri dan hasilnya kita print saja. Kosnya taklah mahal sangat. Kalau ada printer boleh print sendiri saja.
Kalau nak cuba boleh ikut langkah ini ya.
1. Mula-mula sekali download apps PICSART
2. Buka apps dan masukkan gambar yang hendak diedit untuk dijadikan gambar passport. Kemudian tekan CUTOUT.
3. Bila dah tekan CUTOUT akan keluar dua lambang ni, tekan lambang kepala dan badan orang tu. Apps akan editkan siap siap. Kalau nak adjust tekan yang sebelah tu. Edit sampai puas hati.
Seterusnya jangan lupa tekan SAVE, gambar yang diedit tadi akan masuk ke dalam album dalam telefon.
4. Ini adalah hasil selepas cut out. Background asal belakang gambar akan hilang.
5. Selepas itu buka PICSART semula dan cari background yang berwarna biru ( BLUE BACKGROUND ) atau plain background bergantung kepada tujuan gambar korang dibuat. Kemudian klik gambar background yang nak digunakan.
6. Ini background biru yang dipakai. Selepas itu tekan ADD PHOTO. Masukkan gambar yang dah siap cut out tadi.
7. Gambar akan jadi begini bila sudah add photo. Masa ini bolehlah nak crop atau touch up apa yang patut. Kalau tak pandai crop disini, crop dekat dekat gambar album nanti pun boleh. Kemudian tekan SAVE/
8. Inilah hasilnya. Tapi pastikan pilih gambar yang elok. Gambar ini contoh saja.
Bagi yang baru memulakan kehidupan berumah tangga dan tinggal menyewa, kadang kala kita berkira-kira juga untuk keluarkan bajet membeli perabot termasuklah almari.
Pertama, kemungkinan besar akan berpindah rumah sendiri dan kedua faktor bajet. Tapi masalahnya almari ini kena ada untuk pastikan pakaian kita kemas.
Bagi korang yang dalam dilema ini boleh buat rak baju bajet menggunakan bakul dan paip PVC seperti yang dikongsi oleh Ekinzaid. Memang banyak boleh isi, siap ada penyangkut baju lagi.
DIY Rak dari PVC, siap dengan penyangkut baju
Sejak kami sewa rumah kami tiada almari. Ada almari 2 pintu waktu bujang dulu saja, sekarang dah bertiga, mana muat. Jadi baju yang dah lipat susun atas lantai.
Nak beli almari mahal, maklumlah suami sorang saja kerja. Jadi terhasillah idea ini. Modal lebih kurang RM40 saja. Buat dalam 2-3 biji.
DIY bahagian penyangkut elok untuk baju baby atau kanak-kanak. Sebab baju dewasa berat.
Barang yang digunakan
PVC 96cm paip 11 batang (RM1. 60/sebatang)
2. Elbow paip 10 pcs (RM0. 41/pcs)
T-Socket paip 6 pcs (RM0. 66/pcs)
Cable tie (1 paket RM2.56/ sepeket)
Fitting D/E socket 2pcs (RM0. 47/1pcs) (Socket fitting ini untuk sambungkan supaya penyangkut tinggi.
Bakul 6pcs ( RM2.10)
Cara membuat:
Sambung paip PVC menggunakan elbow paip & T socket kemudian susun bakul dan ikat menggunakan cable tie.
Penyangkut baju tu sesuai untuk baju anak yg tak berat.
Kipas meja atau kipas stand ini memang ada di setiap rumah malah setiap bilik di kediaman, maklumlah cuaca kita kan selalu panas.
Tapi masalahnya kipas ini cepat kumpul habuk terutama pada jaring dan bilah. Nak bersihkan pula leceh, kena buka jaring penutup dan bilah barulah boleh cuci. Ini juga antara sebab kipas ini kita pandang sepi saja walau dah kotor atau tebal habuknya.
Sebenarnya ada teknik yang boleh digunakan untuk bersihkan kipas ini tanpa perlu buka jaring penutup dan bilah kipas. Lagi mudah macam ni kan. Boleh ikut cara yang dikongsi oleh Eidiliz melalui akaun TikTok miliknya.
Cara bersih kipas tanpa buka jaring
1. Sediakan empat bahan ini;
-Setengah gelas cuka -setengah gelas air -2 sudu pencuci pinggan -3 sudu baking soda
2. Bancuh semua bahan dengan air dan masukkan dalam botol penyembur.
3. Kemudian sembur pada jaring dan bilah kipas yang berhabuk, pastikan terkena pada semua bahagian jaring dan bilah.
4. Ambil plastik, bungkus kepala kipas dan ikat.
5. Pasang kipas dan tekan pada kelajuan maksimum dan biarkan ia berputar dalam 5 minit.
6. Selepas 5 minit buka plastik dan kita akan dapati jaring dan bilah dah bersih. Habuk tebal yang melekat akan tanggal dan jatuh dalam plastik.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...