Nak Anak Cepat Pandai Menulis, Bukan Bagi Kertas & Pensel Tapi Buat Aktiviti Ini!

Mak dan ayah mana yang tak mahu anak cepat menulis. Jadi satu kebanggaan bila jika anak pada usia seawal tiga atau empat tahun sudah mampu melakukannya.

Kalau ini yang mak ayah inginkan, maka kita memang kena bantu anak. Selalunya kita akan beri anak pensel dan kertas pada mereka untuk dibiasakan.

Pada pemikiran kita ibu bapa inilah asasnya, walhal hakikat sebenar untuk melatih anak cepat menulis bukanlah dengan cara ini.

Sebaliknya menggunakan kaedah latihan yang langsung tak kita jangka kesannya. Gumpal kertas, guna gunting, mengecop dan sebagainya.

Inilah yang dikongsi oleh seorang guru pendidikan awal kanak-kanak Puan Ashikin Hashim

Ads

Aktiviti ini bantu anak cepat pandai menulis 

Nak ajar anak pandai menulis? Bukan dengan bagi kertas & pensel ya mak ayah. Bukan bagi worksheet banyak-banyak.

Habis tu???? Nak buat macam mana ya?

Siapa nak tahu, sila angkat tangan.

Gambar-gambar di bawah adalah aktiviti untuk menguatkan tangan dan bahu anak-anak.

Masa anak baby dulu, ada skipped merangkak tak? Mungkin sesetengah anak tiada masalah bila skip merangkak but some do have problems. Seperti tidak mempunyai otot tangan dan bahu yang kuat. Jadi anak tak nak menulis, penat menulis.

Ads

Ini hanya sebahagian aktiviti. Banyak lagi aktiviti kuatkan tangan dan bahu yang boleh meningkatkan skil menulis anak. Google banyak lagi aktiviti lain.

Lepas tu rajin-rajin bagi anak berlari, melompat, memanjat, main bola – supaya otot-ototnya semua bekerja. Hadkan penggunaan gajet :

Ashikin Hashim 🙂
Early Childhood Practitioner

Menggumpal kertas  | Menekan   | Menggunting

Nak Anak Cepat Pandai Menulis, Bukan Bagi Kertas & Pensel Tapi Buat Aktiviti Ini!

Ads

Mengecop  |  Mengoyak  | Mengupas

Nak Anak Cepat Pandai Menulis, Bukan Bagi Kertas & Pensel Tapi Buat Aktiviti Ini!

Bermain bongkah & tali   |  Permainan manipulatif   |  Bermain Lego

Nak Anak Cepat Pandai Menulis, Bukan Bagi Kertas & Pensel Tapi Buat Aktiviti Ini!

Merangkak dan melukis menggunakan jari

Nak Anak Cepat Pandai Menulis, Bukan Bagi Kertas & Pensel Tapi Buat Aktiviti Ini!

Senang saja kan. Tak sangka aktiviti biasa tapi sebenarnya inilah yang bantu anak cepat menulis. Harap ibu bapa dapat aplikasikan cara paling mudah ini pada anak-anak.

Baca Lagi: Rumah Besar 7 Bilik, 7 Anak Tapi Kemas Luar Dalam Hasil Anak Rajin Buat Kerja Rumah

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI