Ramai yang ada pengalaman menunggu berjam-jam untuk dapatkan rawatan di hospital. Dan masa yang dihabiskan menunggu itu pula bukanlah untuk rawatan untuk kecemasan.

Antaranya hanya untuk sakit seperti batuk, demam, selesema, cirit-birit, gatal-gatal badan, muntah, sakit perut, pening, sakit kepala dan dan pelbagai lagi.

Sedangkan sakit ini sebenarnya boleh saja kita rawat di rumah jika tahu ubat yang sesuai.   Agar kita sendiri tidak terjebak dalam kesesakan dan menghabiskan masa yang lama untuk menunggu sebaiknya sediakan saja ubat-ubat asas ini di rumah.

Menurut Dr Asmi Syabil  ubat-ubatan berikut yang boleh disimpan dirumah sebagai ‘First aid kit’ ataupun boleh dibawa ketika ingin bermusafir agar kita tidak memenuhi jabatan kecemasan dengan kes-kes yang tidak sepatutnya.

Berilah peluang kepada mereka yang betul-betul memerlukan rawatan kecemasan terutamanya mereka yang bertarung diantara hidup dan mati untuk mendapatkan tumpuan petugas kesihatan.

Ini antara ubat-ubatan yang boleh didapati di farmasi berdekatan dan sering diberikan oleh para doktor untuk gejala-gejala seperti yang disebutkan di atas.

Sila baca deskripsi di setiap gambar ye

Sila dapatkan nasihat doktor jika gejala(symptom) anda berterusan dan dapatkan rawatan dengan kadar segera apabila anda mengalami reaksi alahan terhadap ubat yang diambil.

Semoga bermanfaat untuk semua dan silakan berkongsi untuk kegunaan bersama.

1. Paracetamol 500mg (Panadol)

Yang ini rasanya semua kenal.Boleh diambil jika anda mengalami demam ataupun sebagai ubat tahan sakit yang ringan seperti sakit kepala dan sebagainya.

Dos disyorkan : 2 biji(sekali makan) tiga kali sehari.
Jangan melebihi 8 biji sehari.

15 Jenis Ubat Yang Wajib Kita Simpan Di Rumah Sebagai ‘First Aid Kit’

2. Loratadine 10mg

Ubat dalam kategori antihistamin.

Dos disyorkan : 1 biji sekali sehari

Sering digunakan untuk mengurangkan gejala alahan,gatal-gatal,mata berair atau bahasa mudah orang selalu cakap “resdung”.

15 Jenis Ubat Yang Wajib Kita Simpan Di Rumah Sebagai ‘First Aid Kit’

3. Chlorpeniramine 4mg (Piriton)

Bagi yang kerap berjumpa doktor untuk gejala seperti selesema dan alahan mesti dah kenal dengan ubat ini.

Ubat ini juga seperti Loratadine dalam kumpulan antihistamin dan digunakan untuk mengurangkan gejala yang sama.

Dos disyorkan : 1 biji, 3 kali sehari.

Ubat ini boleh menyebabkan rasa mengantuk,oleh itu jika anda rasa seperi mengalami kesan ini,elakkan memandu atau mengendalikan mesin bagi mereka yang bekerja.

Selain itu:  Bina Kolam Mandi DIY Untuk Anak-anak Tersayang Di Halaman Rumah, Siapa Kata Tak Boleh? Ini Caranya

15 Jenis Ubat Yang Wajib Kita Simpan Di Rumah Sebagai ‘First Aid Kit’

4. Diclofenac sodium 50 mg (Voltaren)

Ubat tahan sakit atau radang. Ubat ini tergolong dalam kategori NSAIDs.

Dos disyorkan : 1 biji 3 kali sehari (bagi kesakitan berterusan) atau sebiji sekali apabila perlu.

IKLAN

Sering digunakan untuk mengurangkan keradangan atau kesakitan yang tidak surut dengan menggunakan paracetamol.

Untuk yang ada gout mesti dah kenal sebab antara ubat yang wajib makan apabila kena serangan gout. Elakkan pengambilan ubat ini ketika perut kosong atau bagi mereka yang ada gastritis.

15 Jenis Ubat Yang Wajib Kita Simpan Di Rumah Sebagai ‘First Aid Kit’

5. Metoclopramide HCl 10 mg (Maxolon)

Ubat untuk gejala seperti loya dan muntah,juga digunakan untuk migraine.

Untuk ibu-ibu mengandung yang mengalami gejala loya dan muntah di awal kehamilan juga selalu diberikan sebagai rawatan.

Muntah disebabkan keracunan makanan juga boleh dikurangkan.

Dos disyorkan : 1 biji 3 kali sehari atau sebiji sekali apabila perlu.

15 Jenis Ubat Yang Wajib Kita Simpan Di Rumah Sebagai ‘First Aid Kit’

6. Buscopan 10mg

Ubat untuk mengurangkan sakit perut terutama yang memulas-mulas atau kekejangan perut dan juga sakit batu karang.

Dos disyorkan : 1 biji 3 kali sehari atau sebiji sekali apabila perlu.

 

15 Jenis Ubat Yang Wajib Kita Simpan Di Rumah Sebagai ‘First Aid Kit’
7. Ranitidine 150mg (Zantac)

Dos disyorkan : 1 biji 2 kali sehari.

Selalu digunakan untuk mengurangkan rasa sakit perut terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah ulser perut,gastritis dan juga GERD.

Bertindak untuk mengurangkan rembesan asid di dalam perut.

15 Jenis Ubat Yang Wajib Kita Simpan Di Rumah Sebagai ‘First Aid Kit’

IKLAN

8. Diphenoxylate + atropine sulphate (Lomotil)

Dos disyorkan : 1 biji 3 kali sehari atau sebiji sekali apabila perlu.

Ubat untuk mengurangkan gejala cirit-birit yang disebabkan keracunan makanan.

15 Jenis Ubat Yang Wajib Kita Simpan Di Rumah Sebagai ‘First Aid Kit’

9. Activated charcoal 250mg.

Dos disyorkan : 1 biji 3 kali sehari

Sama seperti Lomotil diatas,ubat ini juga digunakan untuk mengurangkan cirit-birit.

15 Jenis Ubat Yang Wajib Kita Simpan Di Rumah Sebagai ‘First Aid Kit’

10.Oral Rehydration Salt (ORS)

Dos disyorkan : 1 paket apabila perlu.

Sepertimana yang kita ketahui,badan kita memerlukan garam galian seperti sodium dan potasium untuk berfungsi dengan baik.

Dan garam galian ini boleh berkurangan akibat dehidrasi apabila kita mengalami cirit-birit yang berterusan.

Oleh itu ORS ini sering dipreskripsi okeh para doktor untuk mereka yang mengalami cirit-birit bagi menggantikan kembali garam galian yang telah hilang daripada badan agar fungsi tubuh badan tidak terjejas.

Selain itu:  Wajah Penuh Parut Jerawat Tapi Kembali Mulus Lepas Seminggu Amal Petua Ini

15 Jenis Ubat Yang Wajib Kita Simpan Di Rumah Sebagai ‘First Aid Kit’

11. Mist magnesium trisilicate (MMT)

Ubat ini sama fungsinya seperi Gaviscon yang selalu dilihat di kaca tv.

Bertindak untuk mengurangkan pedih ulu hati (heartburn) akibat daripada ketidakhadaman.

Dos disyorkan : 15 ml 3 kali sehari.

Sila ambil sebelum makan dan pastikan anda tidak menjamah apa-apa makanan atau minuman selama 15 minit selepas ubat ini diambil.

IKLAN

15 Jenis Ubat Yang Wajib Kita Simpan Di Rumah Sebagai ‘First Aid Kit’

12. Breacol – Cough syrup

Yang ini memang semua orang kenal.

Boleh ja beli dimana-mana farmasi hatta di 7-eleven daripada penat korang menunggu berjam-jam di jabatan kecemasan hanya disebabkan batuk.

15 Jenis Ubat Yang Wajib Kita Simpan Di Rumah Sebagai ‘First Aid Kit’

13. Ammeltz Yoko Yoko

Atau kandungan utamanya methyl salicylate seperti krim LMS yang sering diberikan para doktor untuk mengurangkan ketegangan otot.

Yang ini pun banyak dijual di luar dan sangat-sangat berguna untuk mengurangkan sakit-sakit otot atau lenguh-lenguh badan.

Takkan nak ambil LMS pun korang nak melawat jabatan kecemasan pukul 1-2 pagi,ye dak?

15 Jenis Ubat Yang Wajib Kita Simpan Di Rumah Sebagai ‘First Aid Kit’

14. Chloramphenicol eye drop

Boleh digunakan untuk jangkitan mata seperti conjunctivitis.Ala,yang selalu bangun-bangun tidur tu tetiba penuh tahi mata lepas tu mata pula rasa pedih dan berair.

15 Jenis Ubat Yang Wajib Kita Simpan Di Rumah Sebagai ‘First Aid Kit’

15. Termometer

Yang ini eloklah beli dan simpan satu di rumah untuk cek sendiri suhu badan kalian atau anak-anak samada demam atau tidak.

Boleh didapati dengan pelbagai jenis dan bentuk dan kebanyakkannya mudah digunakan. Julat untuk suhu normal ada pelbagai mazhab.Tapi kebiasaan yang digunakan adalah:

Suhu 38°C dan ke atas = demam

15 Jenis Ubat Yang Wajib Kita Simpan Di Rumah Sebagai ‘First Aid Kit’

16. Pregnancy test urine strip – ujian kehamilan

Ok,ini last untuk posting kali ini. Sebab apa kalian kena simpan sekali benda ini di rumah terutamanya bagi pasangan-pasangan yang memang berhasrat mendapatkan cahaya mata?

Sebab para doktor di jabatan kecemasan ni dah penat nak melayan pasangan-pasangan yang datang ke jabatan kecemasan semata-mata untuk confirmkan kehamilan mereka.

Kalau dah kalian beli di farmasi dan buat di rumah tu positif,hamil lah tu.Tak payahlah nak datang melawat kecemasan hanya untuk double confirmation.Tak cemas pun.

Kurangkan sikap pentingkan diri dan bagilah peluang kepada mereka yang benar-benar memerlukan rawatan ye.

15 Jenis Ubat Yang Wajib Kita Simpan Di Rumah Sebagai ‘First Aid Kit’

Sumber: Asmi Syabil

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI