Bagi peminat asam, bukan setakat tengok membayangkan saja jeruk mangga asam boi dah boleh buat telan air liur.
Jika di rumah ada tanam pokok mangga dan berbuah lebat ini mungkin boleh jadi idea untuk hidangan. Selain itu boleh juga buat bisnes dan sekarang jualan jeruk mangga asam boi memang laris!
Tapi syaratnya jeruk mangga asam boi ini kenalah sedap dan ranggup. Macam mana nak hasilkan jeruk mangga asam boi yang ranggupnya krup krap? Boleh cuba perkongsian resipi Sham Sabri ini.
Cara buat jeruk mangga asam boi krup krap
Ada tak hantu atau peminat jeruk mangga asam boi macam sis?
Sis nk share resepi..
Sukatan ikut sesedap rasa uolls ya.
Bahan-bahan:
2 biji mangga
5 – 6 biji cili api ( boleh dikurang/ ditambah)
3 – 4 sudu makan gula pasir
5 biji asam boi
1/4 cawan ais krim soda ( nak letak lebih pun boleh)
Penyediaan
1. Kupas mangga, potong atau hiris memanjang, basuh dan toskan.
2. Masukkan ke dalam balang lalu campurkan semua bahan-bahan lain – gula, cili api, asam boi, dan ais krim soda.
4. Simpan dalam peti ais semalaman sebelum makan. Hasilnya jeruk mangga yang ranggup gitu. Selamat mencuba.
Selalu tengok orang makan hidangan ini, termasuklah para selebriti. Dengar nama pun kita dah tahu sedap.
Asyik tengok orang makan je, apa kata buat sendiri hidangan ini di rumah ikut resipi perkongsian Norul Azmah.
Caranya memang ringkas, cuma perap daging seketul dan bakar. Makan dengan sos cicah yang katanya memang pedas mantap rasanya.
Cara buat daging bakar harimau menangis
Bahan perapan daging:
Daging – tak perlu potong
3 ulas bawang putih
1 sdt lada hitam (tumbuk hingga lumat/halus)
4 sdb sos tiram
3 sdb sos ikan
3 sdb kicap manis
3 sdb brown sugar
Garam secukup rasa
Cara bakar daging:
Gaul daging seketul dengan semua bahan perapan.
Perap semalaman kemudian bakar dalam oven suhu 180 darjah Celsius selama setengah jam. Boleh juga bakar atas kuali.
Selepas bakar barulah dipotong.
Cara buat sos
Bahan -bahan
2 ulas bawang putih
Cili padi, lebihkan jika nak pedas- tumbuk hingga lumat
2 sdb sos ikan
2 sdb sos tiram
Brown sugar
Jus limau nipis secukupnya
Hirisan daun ketumbar & cili api
Banyak biskut dan kek yang menggunakan coklat cair melalui kaedah double boiler dan ramai yang mempraktikkannya ketika musim raya ini.
Tapi ramai juga yang kurang mahir dan tak tahu kaedah betul double boiler ini. Perkongsian daripada Yatie Faizal menjelaskan tentang cara terbaik mencairkan coklat kaedah double boiler. Barulah coklat cair berkilat.
Cara cairkan coklat kaedah double boiler
Cara ini terbaik untuk jaga kualiti coklat, terlebih suhu rasa coklat akan berkurangan.
Bahan diperlukan:
Pan / periuk
Stainless steel bowl
Spatula
Coklat compound
Air
Kain lap
Piping bag
Cara membuat:
1. Masukkan air ke dalam periuk separuh penuh, panaskan di atas api.
2. Cincang coklat compound supaya mudah hancur dan masukkan ke dalam stainless steel bowl
3. Setelah air mendidih, TUTUP API dan letakkan stainless steel bowl yang mengandungi coklat di atas periuk tadi. Untuk coklat putih dan milk coklat biarkan seketika baru letakkan bowl di atas periuk kerana suhu lebur coklat lebih rendah dari dark coklat.
4. Kacau dengan spatula hingga semua coklat cair.
5. Setelah semua coklat cair, angkat bowl dari periuk dan tuang coklat ke dalam piping bag. Sebelum itu, lap dulu bawah bowl supaya air tidak menitik ke dalam piping bag ketika menuang coklat.
6. Kaedah ini hanya sesuai dengan coklat compound, coklat courveture perlu menggunakan kaedah tempering.
DO
Pastikan semua peralatan (stainless steel bowl & spatula) bersih dan kering.
Gunakan stainless steel bowl yang bersaiz lebih besar dari saiz periuk supaya bowl tidak terendam dalam air. Bowl mesti menutupi keseluruhan periuk untuk mengelak titisan wap air masuk ke dalam bowl.
Cairkan coklat di atas wap air, bukan didalam air panas, dasar bowl tidak boleh terendam dalam air panas, tutup api ketika cairkan coklat.
Jika hendak mewarnakan coklat, gunakan pewarna berasas minyak (oil based)
DON’T
Tidak tutup api ketika cairkan coklat.
Rendam bowl di dalam air panas atau bowl di atas tidak menutupi keseluruhan periuk di bawah.
Coklat terkena atau tercemar dengan titisan air atau wap air.
Menggunakan pewarna water based.
Tutup stainless steel ketika coklat masih panas, ia akan menghasilkan wap air yang mungkin menitis ke dalam coklat dan merosakkan coklat.
INFO
-Coklat yang dicairkan mengguna kaedah yang betul akan cair sepenuhnya, licin dan berkilat.
-Coklat yang rosak, berketul-ketul dan agak pekat.
-Coklat yang rosak tidak sesuai lagi digunakan untuk membuat coklat kerana sukar untuk mengeras dan susah dikeluarkan dari mold, tetapi jangan dibuang kerana ia masih boleh digunakan untuk membuat coklat ganache, kek, biskut dan sebagainya.