Mr. Mama atau lelaki yang meninggalkan kerjaya dan menjadi suri rumah sementara isteri keluar bekerja memang sudah lama diperkatakan. Ada yang memandang sinis dan ada juga yang tidak kisah dengan fenomena ini.
Tapi tak sangka pula penulis novel thriller terkenal di negara kita, Ramlee Awang Murshid juga tergolong dalam Mr. Mama malah tak segan untuk mengakuinya.
“Ya, saya Mr Mama dan saya tak kisah dengan pandangan orang. Rutin saya sekarang seperti seorang suri rumah. Bangun jam 5.45, kejutkan anak isteri untuk Subuh, kemudian saya akan buat sarapan dan hantar anak ke sekolah.
“Pulang dari hantar anak sambung cuci dan jemur kain. Selesai solat Dhuha saya masak kemudian ambil anak dari sekolah,” ujar Ramlee.
Tiada masalah memasak
Ceritanya yang semakin mahir membuat kerja rumah, dia juga tiada masalah untuk memasak hidangan keluarga.
“Isteri ajar saya memasak, mula-mula tu kekok juga sebab tak pandai lagi. Tapi sekarang boleh lah nak buat ikan goreng atau tumis sayur, dah terrer sikit.
“Awal-awal dulu memanglah kita perasan kadang-kadang bila anak lihat apa yang saya masak, boleh agak yang dia bandingkan masakan saya dengan isteri. Tapi saya ok saja,”katanya yang mempunyai seorang anak lelaki berusia 17 tahun.
Ads
Hampir lima tahun bergelar Mr. Mama ujar penulis novel Tumbiruo Penunggu Rimba ini dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan duduk di rumah sejak tahun 2012.
“Selepas hampir 19 tahun bekerja sampai satu tahap saya rasa penat dan mahu bekerja sendiri. Lama saya berfikir dan akhirnya pada tahun 2012 saya ambil keputusan untuk berhenti.
“Di rumah bukanlah bermakna saya goyang kaki, selepas selesai melakukan kerja rumah saya akan menulis. Sebab itu saya tak kisah pandangan orang bila berhenti kerja,”ungkap bekas wartawan di Radio Televsiyen Malaysia (RTM) ini.
2 sebab, salah satunya…
Dalam pada itu cerita Ramlee ada lagi sebab lain yang mendorong dirinya semakin kuat membuat keputusan tersebut.
“Bila umur dan meningkat ini, banyak benda saya fikir. Salah satunya tentang rezeki. Saya tak mahu curi-curi masa bekerja untuk menulis, rasa berdosa dan tidak berkat bila gunakan waktu bekerja itu untuk perkara lain,” kata suami kepada Dayang Aminah Datuk Aliudin yang telah menghasilkan 34 judul novel setakat ini.
Ads
Perubahan peranan ini juga tambah Ramlee membuatkan dia lebih menghargai pengorbanan seorang ibu dan juga isteri.
“Sebenarnya ia satu pengalaman yang semua lelaki harus tahu. Kalau Rasulullah turut membantu isterinya, kenapa saya tidak boleh,”katanya yang tidak sabar menunggu tayangan filem Tumbiruo terbitan Astro Shaw Grup Buku Karangkraf dan Ideate Media yang akan bermula 12 Oktober nanti.
Semalam seluruh tanah air menyambut Hari Merdeka kali ke-61. Semalam juga merupakan hari bahagia buat pengarah filem, Aziz M.Osman yang menimang anak ke-8 buat dirinya.
Melalui instagram, Aziz telah memuat naik gambar isterinya bersama bayi mereka yang dikatakan baby merdeka kerana sama tarikh dengan ulang tahun kemerdekaan negara. Bayi itu selamat dilahirkan pada jam 10.23 malam.
Ini ialah anak kedua melalui perkahwinannya dengan Puteri Lily Lokman. Mereka berkahwin pada 6 Jun 2010. Anak pertama mereka, Puteri Nur Azzahra kini sudah berumur 6 tahun.
Sebelum ini, Aziz sudah mempunyai 6 anak melalui tiga perkahwinan terdahulu.
Umum mengetahui bahawa anak pelawak, Chot dari Kumpulan Xoxo telah meninggal dunia disebabkan masalah injab jantung sejak dilahirkan. Pasti masih bersedih dengan peristiwa tersebut.
Melalui instagram, Chot mengimbas kisah selepas bergelar juara Pencarian DJ MelakaFM. Antara hadiah yang diterima ialah sekotak set jenazah. Ketika itu, isterinya sedang hamil antara 5 hingga 6 bulan. Siapa sangka kan, rupa-rupanya hadiah set jenazah itu akan digunakan untuk anaknya Muhd Sher Harraz yang ketika itu masih lagi dalam kandungan.
Allah Maha Besar. Dialah yang Maha Mengetahui.
Juara pertandingan DJ, isteri hamil 6 bulan
salam semua.. waktu ni saya dinobatkan juara bagi pertandingan ‘PENCARIAN DJ MELAKAFM’ kami dihadiahkan dengan set kelengkapan jenazah dan waktu ni isteri saya masih sarat lagi mengandung sekitar 3-4 bulan lagi waktu ni..
Hadiah set jenazah, ada hikmahnya
kami baru sedar ada hikmahnya hadiah utama disaat itu.. rupa2nya PAKAIAN PERTAMA DAN TERAKHIR BUAT ANAKANDA KAMI… terima kasih anakku sebab bagi mmy dan ddy rezeki juara dan ada di tahap ini.. sesuatu yang tak mudah nak dilupakan.❤️❤️❤️?.. #rezekiallah #sayahargaisemuanya #ddyandmmy #chotloteh
VK tak tahu nak cakap apa. Memang VK pun masih bersedih dengan peristiwa perginya Baby Harraz walaupun VK tak bertemu dengannya. Tenanglah anakanda di sana.
Pada hari ini, tanggungjawab mendidik anak sebenarnya menjadi lebih berat kerana wujudnya pelbagai pengaruh negatif dari luar. Dasar langit terbuka, internet dan gajet boleh menjerumuskan anak-anak ke arah yang negatif jika tiada pantauan daripada ibu bapa.
Sebab itulah, mengukuhkan pegangan agama pada diri anak-anak perlu dilakukan sejak kecil lagi. Ibu bapa berperanan besar dalam hal ini. Salah satu caranya adalah dengan mengajak cintakan al-Quran dan perkara itulah yang dipraktikkan oleh pasangan pengacara Aidid Marcello dan Norzie Pak Wan Chek.
Baru saja melangsungkan majlis khatam al-Quran buat anak lelaki mereka, Iman Marcello, melalui instagram Aidid yakin dengan didikan agama sahajalah anak-anak boleh membesar dengan lebih baik. Malah dia juga turut meninggalkan pesan untuk anak lelaki sulungnya itu.
Hari ni daddy sedih + gembira dengan anak boy daddy @imanmarcello sebab pejam celik iman dah besar. Alhamdulillah lega mummy & daddy selepas iman dah selesai khatam Quran hari ni. Lega rasanya sebab salah satu tanggungjawab berat daddy & mummy utk besarkan iman dengan kehidupan berlandaskan Islam.
Iman memperdengarkan bacaan al-Quran.
Bacalah al-Quran sampai bila-bila
Daddy & mummy sentiasa mendoakan kejayaan Iman dan semoga hati iman akan sentiasa terang untuk terus membaca Al-Quran sampai bila2! Kerana seperti yg kita tahu, teman pengakhir kita, x kiralah dengan siapa sekalipun kita kawan, cable besar macamana sekali pun, pangkat apa sekalipun, akhir sekali, semua kawan2 dan pangkat kita, hanya tinggal didunia.
Doa supaya wujud rasa cinta dengan al-Quran
Manakala Al-Quran lah yg bakal menjadi kawan baik kita untuk membantu serta mempermudahkan segala perjalanan kita di alam kubur ?. Nasihat untuk saya sendiri juga, samalah2 lah kita doa supaya kita diwujudkan rasa cinta dan kasih dengan Al-Quran. Sepertimana kita resah x check IG & FB, macamtu jugaklah kita kena rasa resah kalau x membaca Al-Quran (susahkan nak buat?). Doakan juga utk keluarga saya semoga perjalanan keluarga kami sentiasa dibawah petunjuk yg benar, amin!! Salam utk semua!! #aididitagain #aididitmyway #aididmarcellostyle #aididmarcellofamily #khatamquran #khatam #quran #alhamdulillah #bangga #syukur #1stson
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...