Seronok tengok hasil tanaman wanita ini. Bukan main gemuk dan lebar lagi sayuran baik sawi, kailan, pak choy, sawi giant, kesum dan macam-macam lagi sayur yang ditanam sekitar rumahnya.
Menariknya tanaman yang diusahakan Yna White ini naik subur tanpa langsung menggunakan bahan kimia atau baja. Memang 100 peratus organik. Beliau juga turut berkongsi tip hasil sayurnya yang gemuk dan lebar.
Tak guna baja
Tanaman saya 100% organik tanpa baja & racun kimia. Hanya gunakan tanah hitam sawit asli tanpa campuran.
Tanah hitam ini teksturnya lembab, berminyak dan padat jadi saya tambahkan pasir supaya tanah tak padat dan peroi. Cara ini akar pun boleh bekerja dengan baik.
Tanah hitam ini dah berbaja, sekali sekala saya siram pokok-pokok dengn air basuhan beras / air nasi basi / air basuhan ikan atau ayam.
Ads
2. Tip daun sayur elok tanpa serangan perosak
Racun serangga saya DIY sendiri. Alhamdulillah berkesan pada tananam. Saya kongsikan ramuan di sini.
Cara buat racun serangga
Bahan-bahannya nasi basi, air, satu labu bawang putih (tak perlu kupas) dan 1 paket kecil Ajinomoto.
Ads
Cara membuatnya
Ambil 1 botol mineral besar air dan masukkan nasi basi tadi ke dalamnya. Ramas-ramas nasi basi dengan air, lagi pekat lagi bagus.
Kemudian masukkan dalam blender bersama dengan bawang putih dan Ajinomoto. Kisar.
Kemudian tapis dan simpan dalam botol, jika nak tahan lama simpan dalam peti sejuk.
Cara penggunaan
Masukkan sedikit pati dalam botol spray, tambah air paip kemudian goncang. Sembur selalu pada pokok-pokok.
InsyaAllah selain boleh menghalau serangga, ia juga boleh suburkan & gemukkan pokok.
Waktu yang sesuai untuk sembur adalah selepas siraman waktu pagi. Pastikan siram dulu baru spray.
Siram pokok 2 kali sehari dan selalu buang daun-daun pokok yang tak sihat dan sakit.
Nak buat ayam roasted atau ayam bakar tak perlu guna oven dah sekarang. Guna air fryer saja lagi senang.
Walau ada yang kata ayam bakar dengan air fryer kureng rasanya tapi sebenarnya ada rahsia yang boleh jadikan ayam roasted ini ‘meletup’ rasanya. Caranya dikongsi oleh Wander Asia.
Cara buat ayam roasted yang sedap ‘giler’ guna air fryer saja
Nak dapatkan ayam roasted yang sedap ‘giler’ dan padu ala hotel dan restoran, boleh guna air fryer saja. Resipinya pun sangat mudah. Campak-campak siap.
Bahan-bahan:
– Daging ayam
– Bawang putih (dicincang)
– Serbuk lada hitam
– Sos tiram
– Kicap
– Gula
– 1 sb tepung jagung
Cara penyediaannya:
1. Potong beberapa ketul ayam, pilih bahagian thigh untuk kenikmatan berganda.
2. Masukkan bawang putih, serbuk lada hitam, sos tiram, kicap dan gula.
3. Masukkan tepung jagung. Gaul sekata.
4. Marinate selama setengah jam.
5. Bakar 180C selama 20 minit. Alihkan dan bakar 10 minit lagi.
Siapa saja yang tak suka makan kentang goreng. Dapat pula yang rangup memang best. Tapi bila buat sendiri selalu tak menjadi. Mesti lembik lepas goreng. Dah sejuk lagilah.
Rupanya nak dapatkan kentang goreng yang ‘crunchy’ ada rahsianya. Boleh guna resipi yang dikongsi oleh Suhaniza Isenen ini. Kentang goreng ini memang jadi kegemaran anak-anaknya.
Cara buat kentang goreng yang crunchy
Bahan-bahan:
Kentang
Serbuk roti
Tepung serbaguna Bestari
Minyak untuk menggoreng
Cara membuat:
1. Masa beli kentang pilih kentang yang permukaannya baik dan licin. Menandakan kentang ini baru, tak lembik dan segar.
2. Kupas dan potong ikut saiz yang kita nak.
3. Rebus kentang seketika jangan terlalu lama (agak-agak menggelegak terus angkat). Kalau hirisan tebal kita boleh rebus, jika tak boleh skip langkah ini.
4. Angkat dan sejukkan dalam air berserta ais dalam 5 minit.
5. Toskan air. pastikan kentang kering atau tidak terlalu banyak air.
6. Kemudian gaul dengan tepung Bestari dan serbuk roti sehingga melekat. Goreng secara ‘deep fried’.
7. Angkat dan toskan lebihan minyak. Sedia untuk dinikmati.
Alhamdulillah. Siap!
Boleh dinikmati dengan sos pilihan korang. Nak makan begitu saje pun boleh dah. Dah makan mesti sampai tak cukup. Percayalah!
Mesti ramai yang azamnya untuk beli rumah sendiri tahun ini apatah lagi jika sudah berkeluarga.
Bagi yang ada hasrat begini eloklah baca perkongsian penasihat hartanah, @AfiqShamnazri yang menurunkan tip bagaimana untuk membeli rumah pertama. Banyak ilmu berguna yang kita tak tahu telah dikongsi.
Khas untuk pembeli rumah pertama
Sesiapa yang ada plan nak beli rumah. Ni #thread ni untuk PEMBELI RUMAH PERTAMA. First time nak beli rumah ni mesti korang macam blur2 sikit kan. Jadi lepas baca thread ni, harapnya korang dapat la idea sikit flow beli rumah dari niat sampai la dapat kunci.
Kita pecahkan kepada 3 fasa supaya tak pening sangat:
– Fasa persediaan
– Fasa pembelian
– Fasa tukar nama
Fasa persediaan
Bila korang dah ada niat nak beli rumah, benda first sekali korang kena buat adalah SEMAK KELAYAKAN LOAN DENGAN BANK (unless korang nak beli cash la kan). Bank akan tengok 3 benda untukbagi loan dekat kita:
– Income
– Scoring
– CCRIS
1) Income
Formula dia = (KOMITMEN LAMA + KOMITMEN RUMAH YANG BARU NAK BELI NI) / NET INCOME x 100. Kalau lebih 70%, dia akan reject application korang.
2) Scoring
Scoring ni maksudnya kau ni ada ciri-ciri orang boleh bayar hutang tak.
So bank nak tengok kerja korang stabil atau tak, permanent ke contract, korang ada degree tak etc. Benda2 ni semua add value dalam application.
3) CCRIS
CCRIS ni record kalau ada commitment dengan bank. Kalau ada commitment dengan bank, kena la bayar ikut time.
“Bang, kalau takde record langsung, boleh apply ke?”
Boleh Jep.
Tips dia: JANGAN FULLY UTILISE THE LOAN. Contohnya: Kalau lepas amik loan 300k, amik la 250k je.
Lagi satu, attach sekali semua dokumen – degree ke, ada simpanan tabung haji ke, simpanan apa2 ke. Boleh add value!
Document apa yang wajib bank nak?
1 – Salinan IC korang2 – Payslip
3 – Bank Statement
4 – EPF Statement
5 – Employment Letter
Boleh je mintak tolong agent checkkan kelayakkan loan korang. Biasanya agent akan liase terus dengan banker. Bagi je korang punya document tu.
Settle hal loan, kita cerita pasal deposit pulak.
Deposit biasanya kena prepare 10% dari harga rumah.
Contoh: Harga rumah 200k. So kena ready deposit RM 20k.
“Kalau tak cukup boleh ke bang?”
Boleh. Cara dia – MARKUP LOAN.
Beli rumah RM200k, ambik loan RM220k.
TAPI, bila markup loan, instalment korang akan tinggi sikit la. Dan bayaran lain2 macam legal fees semua akan ikut harga markup tu.
Apa plan lepas beli; nak duduk atau nak sewa
Lepas tahu berapa loan korang boleh amik, korang kena PLAN. Plan pasal rumah tu.
– Nak duduk atau sewakan
– Nak duduk lama or sekejap
– Dalam masa 5 tahun lagi ada nak beli rumah lain tak
– Ada plan nak kahwin dalam masa terdekat ke
– Ada nak beli kereta ke
Sebab apa kena plan?
Sebab bila korang amik loan, komitmen kena bayar SETIAP BULAN. Perbelanjaan korang pun akan berubah sikit. Yela nak bayar hutang bank.
Lepas dah ada proper plan, barulah korang dah settle fasa pertama. Which means, korang dah sedia lah nak beli rumah. Yeay!
Fasa pembelian
Dah masuk fasa ni, refer dulu dekat PLAN korang masa fasa persediaan tu. Then, bolehlah ‘window shopping’! Carilah rumah yang match dengan plan & berkenan.
Dah jumpa rumah yang berkenan, kenalah bayar booking untuk proceed. Payment MESTILAH kepada property agency ATAU law firm. JANGAN bank in kepada akaun personal. Harga booking ialah 3% dari harga rumah tu.
Contoh: Harga rumah RM200k
3% x RM200,000
= RM6000
Bila dah book, owner akan sign form. Form tu nanti attach sekali dengan document2 untuk loan tadi. Then korang submit la dekat bank untuk apply loan. Agent pun boleh tolong hantarkan.
Kalau document semua lengkap, dalam masa seminggu dah boleh dapat approval loan.
Bila loan dah approve, agent akan inform lawyer untuk prepare Sales & Purchase Agreement (SnP). Dalam masa 2 minggu dah boleh sign.
Masa sign SnP ni kena bayar balance deposit. Booking tadi dah bayar 3% kan. So ada lagi 7% balance.
7% x RM200,000
= RM14,000
Kalau markup loan tak perlu la bayar benda ni. Owner la yang kena tunggu semua selesai baru dapat duit.
SELESAI FASA PEMBELIAN!! Happy tak?
Fasa tukar nama
Part ni korang boleh tenang sikit. Sebab banyak lawyer je yang buat kerja. Rumah freehold kebiasaan ambil masa 3-4 bulan untuk tukar nama.
Rumah leasehold 6 bulan – 1 tahun. Kalau rumah lowcost, lambat sikit sebab kena minta consent.
Korang just follow up sebulan sekali dekat lawyer untuk tanya progress dia. Jangan la nak marah2 lawyer sebab proses ni bukan libatkan satu pihak je.
Jadi, bila dah settle semua, lawyer akan panggil korang untuk check rumah. Korang datang la tengok rumah tu. Kang tiba2 pintu takda pulak boleh la claim. Kalau semua okay, boleh la ambik kunci dari lawyer ?
So tadaaa! Dah dapat la kunci rumah pertama anda!!
Biasanya rumah pertama ni mesti korang sayang lebih sikit. Sebab korang susah payah kan nak beli.
Next time korang nak beli rumah lagi, mesti dah mudah sikit dah. Sebab dah ada experience kan.