Menghimpunkan 18 peserta dari enam buah negara di Asia namun rezeki ternyata milik peserta dari Malaysia Naseeha Uyaina Arshad bila menjuari pertandingan Puteri Muslimah Asia 2018 yang berlangsung di Jakarta.
Dianjurkan oleh sebuah stesen TV Indonesia, Indosiar, dalam acara peringkat akhir yang berlangsung malam semalam Uyaina telah menewaskan dua lagi calon iaitu Hanifah Razan, pemenang tempat kedua dari Indonesia dan Avida Lale (Turki) yang memenangi tempat ketiga selepas mereka terpilih ke peringkat tiga terbaik.
“Ini penganjuran pertama dan saya memenanginya. Ia membuatkan kemenangan ini cukup manis dan bermakna dalam hidup saya.
“Diangkat sebagai Puteri Muslimah Asia 2018, pastinya saya cuba memikul tanggungjawab ini untuk mengangkat martabat wanita Islam agar menjadi pemangkin kepada masyarakat,” katanya memetik laporan Harian Metro.
Dinobat sebagai juara, Uyaina yang juga pengacara rancangan Wanita Hari Ini (WHI) memenangi hadiah berupa wang tunai berjumlah RM30,000, tiara dan trofi.
Ads
Turut diumumkan, Anugerah Puteri Muslimah Persahabatan Asia 2018 yang dimenangi Mala Daud dari Brunei Darussalam, Puteri Muslimah Berbakat Asia 2018 (Beyza Demir – Turki) dan Puteri Muslimah Favorit Asia 2018 (Avida Lale – Turki).
Kemenangan Uyaina juga turut disaksikan primadona alaf baru, Erra Fazira yang bertindak sebagai juri dari Malaysia.
Turut menjadi juri pertandingan ialah aktivis dari Indonesia, Yenny Wahid, Siti Rahmawati (Turki), Marina Yusoff (Singapura) dan Daffy (Brunei Darussalam).
Selain daripada Uyaina, Malaysia juga turut diwakili oleh dua lagi peserta iaitu Nurain Zamri dan Syifa Melvin yang juga adik kepada Syatila Melvin.
Ads
Pertandingan Puteri Muslimah Asia 2018 menghimpunkan 18 peserta dari enam negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei Darussalam, Turki dan Timor Leste.
Isu mengenai Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memang tidak pernah sunyi. Ada sahaja isu mengenai pembayaran semula pinjaman daripada peminjam wang tabung pendidikan ini. Isu yang selalu digemburkan adalah graduan meminta tangguh daripada membayar disebabkan tiada pekerjaan tetap atau gaji rendah.
Baru-baru ini isteri kepada comedian, Harith Iskander, Dr Jezamine Lim Iskander telah memuat naik foto berita mengenai peminjam PTPTN yang berjalan 9 kilometer sebagai langkah membantah potongan gaji sebanyak 2 hingga 15 peratus untuk membayar balik wang pinjaman.
Dr Jezamine menyarankan supaya peminjam PTPTN ingat balik ketika mula-mula ingin meminjam duit. Sebagai seorang mahasiswa mestilah perlukan duit untuk belajar di peringkat yang lebih tinggi. Ketika itu nak beli buku, yuran pendidikan dan sebagainya. Bagi beliau, apabila pinjaman diluluskan, bolehlah selesa nak memulakan kehidupan di kampus. Jadi, peminjam perlu ingat akan situasi itu dan lebih bertanggungjawab terhadap wang yang dipinjam.
Cuba ingat balik ketika anda benar-benar perlukan wang untuk melanjutkan pendidikan. Mesti ketika itu anda berharap sangat supaya pinjaman diluluskan. Kemudian dengan wang itu anda boleh memulakan kehidupan di kolej atau universiti dengan selesa. Tapi kenapa sekarang tak boleh nak bertanggungjawab dan bersyukur?
Dr Jezamine turut meluahkan rasa tidak bersetuju dengan tindakan peminjam yang membantah peraturan untuk memotong sebahagian daripada gaji. Malah peminjam ini turut menyalahkan pihak bertanggungjawab yang tidak muncul ketika mereka membuat protes bantahan ini.
Senang betul nak cipta alasan. Anda yang memilih untuk berjalan sejauh 9 kilometer kemudian salahkan pihak menteri yang tidak muncul melayan kerenah anda. Saya tak tahu nak fikir benda macam ni masuk akal. Cubalah bertindak dengan rasa tanggungjawab.
Nak membayar hutang, seseorang itu perlulah ada sumber kewangan. Seperti Dr Jezamine, beliau menegaskan betapa dia berusaha untuk mendapatkan wang ketika belajar. Pada usia 16 tahun, beliau sudah mula bekerja. Kemudian memulakan bisnes online pada usia 18 tahun. Semuanya untuk mendapatkan wang saku untuk beli buku dan bayar yuran. Nampak? Tiada yang mudah dalam hidup ni kan?
Saya mula bekerja pada usia 16 tahun untuk membiayai pendidikan. Saya memulakan bisnes online pada usia 18 tahun (tanpa modal) untuk mendapatkan wang saku tambahan untuk membeli buku dan bayar yuran.
Tujuan pemotongan gaji bukanlah untuk menyusahkan mana-mana pihak. Sebaliknya untuk memudahkan generasi akan datang. Dr Jezamine turut menegaskan bahawa sebagai manusia, sikap bertanggungjawab amat penting kerana sikap itu bakal membawa seseorang pergi lebih jauh dalam hidupnya.
Jika ada kehendak, anda akan mencari jalan. Hanya potong 2% hingga 15% daripada gaji anda. Lagipun anda bayar balik apa yang anda dah gunakan. Ingatlah bayaran anda hanya akan memudahkan kerajaan membiayai pendidikan untuk generasi akan datang. Sifat bertanggungjawab akan membawa anda lebih jauh dalam hidup.
Dear students, I would like to remind you for the days when you really needed the money for your education and all your hope and faith was for your PTPTN loan to be approved, and that lead to a reasonably comfortable college/University life and let me tell you – that’s a privilege. What happened to being responsible and grateful? Its so easy to come up with excuses-March 9km at your own will and then blame the minister for not showing up.. I’m really unsure how this make sense, but please take a moment to act responsibly. I started working at the age of 16,to start funding for my education,started my online business at the age of 18 (with 0 modal) to earn the extra pocket money to buy books/pay fees. If there’s a will, you will find a way.. It’s ONLY a deduction of 2%-15%of your salary, which you are paying for what you’ve benefited for, and your payment will only ease the government to fund education for the next generation. Be responsible, it will bring you far in life.. Follow @instaptptn @kempendidikan @kempendidikan for updates
Betul sangat apa yang dikatan oleh Dr Jezamine Lim Iskander ni. Kalau dah berhutang kenalah ada rasa tanggungjawab hendak bayar balik pinjaman tu.
Selepas melalui tahun penuh kemelut rumahtangga pada 2017, Datuk Adi Putra memulakan tahun baru ini dengan lembaran berbeza.
Pelakon ini semalam bernikah dengan bekas isteri pertamanya Aida Yusof nama sebenarnya Zuhaidah Yusof, 43, pada Khamis.
Berita gembira tersebut dikongsi oleh Adi Putra sendiri dalam laman instagramnya malam semalam.
“18.1.18 CONTINUITY OF 12 YEARS. Syukur Pada Allah dan trima kasih pada yg hadir dan juga mendoakan buat Saya dan @aidayusof15 Semoga Allah permudahkan urusan kita bersama sebagai Ummah. Ameen
Demikian tulis Adi Putra yang turut memuat naik dua gambar bersama Aida.
Dalam pada itu berita pernikahan Adi Putra itu turut dikongsi oleh rakan baik pasangan itu, Datuk Nurulhidayah yang juga anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Instagram miliknya.
Nurul yang kini berada di Madinah untuk mengerjakan Umrah turut memuat naik foto Adi sedang menyarungkan cincin ke jari isterinya dengan menulis kapsyen mengucapkan tahniah buat pasangan itu.
“Salam tahniah dari Madinah buat @adpadiputra dan @aidayusof15… Bangga dengan kamu. “Selamat pengantin baharu”… eh… lama… Baharu… Ehh,” tulis Nurul Zahid yang turut memuat naik foto Adi Putra menyarungkan cincin ke jari isterinya.
Posting pernikahan ini mendapat reaksi peminat pelakon itu yang kesemuanya mendoakan kebahagiaan rumah tangga dan mendoakan mereka kekal bersama hingga ke jannah.
Adi dan Zuhaidah berkahwin buat kali pertama pada 14 April 2006 dan namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata sebaliknya mempunyai seorang anak angkat Zara Adelia yang kini berusia enam tahun.
Pelakon itu kemudiannya berpoligami selepas menikahi Norshahida Dzolkifly, 34, pada 20 Jun 2016.
Bagaimanapun, Adi dalam kenyataannya menerusi Instagram pda 23 Mac tahun lalu memberitahu bahawa dia tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan kedua isterinya itu.
Selepas Nabila Huda berjaya menawan Gunung Annapurna yang berketinggian 4,130 meter dari aras laut tahun lalu, giliran bapanya pula Amy Search melaku perkara yang sama.
Tidak bersendirian, isteri Amy Nourish atau Norhasniza Hassan turut serta dalam ekspedisi itu. Pada usia 60 tahun ramai kagum dengan tenaga dan semangat penyanyi ini bila berjaya sampai menjejak kaki ke Kem Pangkalan Annapurna (ABC) di Nepal.
Tapi satu lagi yang menarik perhatian netizen ialah bila melihat foto isterinya yang sanggup berbaju kurung menahan kesejukan bagi meraikan kejayaan menawan Annapurna.
Malah momen paling indah saat-saat tiba di puncak juga turut dikongsi oleh Amy. Penyanyi ini dilihat mengalirkan air mata dalam satu video yang dirakam isterinya.
“This is it, this is your dream,”ujar Nourish sambil merakam video Amy Search mengalir air mata dan berpelukan bersama rakan-rakan lain yang menyertai ekspedisi tersebut.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...