
Isi Kandungan
Toggle
Satu yang kita perasan tentang wanita Thai adalah mereka punya kulit yang cantik. Sejak dari dulu lagi perkara ini diakui.
Tapi ada satu lagi perkara menarik tentang wanita dari negara jiran ini, kebanyakan mereka mempunyai tubuh yang kurus dan langsing.
Hairan juga sebab Thai adalah antara negara yang meriah dengan makanan enak.
Kalau nak tahu sebabnya ada kena mengena dengan cara pemakanan mereka. 6 perkara ini menjadi amalan mereka.
1. Suka berkongsi makanan
Mereka suka makan dan tak memusuhinya. Mereka suka makan beramai-ramai dan berkongsi makanan.
2. Minum dulu sebelum makan
Menjadi amalam mereka untuk minum air putih dahulu sebelum makan. Kalau pergi ke restoran di sana, sebaik duduk air masak akan terus disajikan. Malah pada waktu sarapan selain teh dan kopi mereka juga menikmati jus.
3. Banyak rempah ratus
Makanan dari Thai kaya dengan rempah ratus. Halia, serai, ketumbar, kulit kayu manis dan pelbagai lagi menjadi rencah masakan seharian mereka. Semua bahan ini memang diketahui melancarkan penghadaman dan meningkat metabolisme.
4. Amal makanan segar
Kebanyakan hidangan di sana dimasak ketika hendak dimakan dan bahan makanan yang digunakan adalah yang segar. Di kedai barangan runcit, barangan sejuk beku sangat sedikit kerana makanan segar seperti buah dan sayur lebih banyak dan mudah didapati.
5. Makan sepanjang hari
Orang Thai memang suka makan. Hidangan sebelum waktu makan pun banyak, tapi kebanyakannya adalah berasaskan buah. Ini yang membuatkan mereka tak makan banyak bila tiba waktu tengah hari atau malam.
6. Rangka tubuh kecil
Selain dari faktor di atas satu yang perlu diketahui wanita Thai secara genetik mempunyai rangka tubuh yang kecil. Saiz mereka cukup berbeza dengan wanita di negara barat. Sebab itulah juga mereka kelihatan kecil molek.
Sumber: Forbes
Makan Daging Berproses, Dr Zubaidi Pesan Wanita Lebih Terdedah Kepada Kanser Payudara

Isi Kandungan
Toggle
Hari ini, ramai yang gemar makan makanan berasaskan daging berproses. Misalnya burger ataupun hot dog. Ada kala makanan sebegini menjadi pilihan disebabkan gaya hidup yang serba ringkas.
Melalui status instagram, Doktor Perubatan, Blogger, Penceramah Kesihatan dan Penasihat Pemakanan, Dr Zubaidi Ahmad mendedahkan bahawa pemakanan sebegini boleh mengundang peningkatan risiko menghidap kanser payudara.
Bukan sebab pil hormon sahaja
Ramai yang tidak mengetahui bahawa bukan hanya pil hormone boleh menyebabkan kanser payudara, tetapi dengan memakan daging berproses seperti bacon dan sausej secara kerap dan dalam kuantiti yang tinggi, boleh meningkatkan risiko mendapat kanser payudara.
Seseorang wanita mempunyai risiko untuk mendapat kanser payudara bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya ialah umur, faktor keturunan, dan faktor terdedah pada perkara yang merangsangkan kanser.
9% risiko lebih tinggi
Dalam kajian yang dibuat di Britain.
-1 dalam 7 wanita UK didiagnosa mengalami kanser payudara sepanjang hidup mereka.
-kurang 1% dari kes kanser payudara disebabkan oleh pil perancang kehamilan
-2% kes kanser payudara disebabkan oleh pil hormon yang diamalkan selepas menopause
-8% kes kanser payudara disebabkan oleh obesiti dan berlebihan berat badan
-5% kes kanser payudara disebabkan tidak menyusukan anak (not breastfeeding).
Kajian terbaru menunjukkan wanita yang mengambil makanan yang bersumberkan daging berproses secara kerap dan dalam kuantiti yang tinggi mempunyai risiko 9% lebih tinggi dari wanita yang mengambil makanan seperti dalam kuantiti yang sedikit.
Bertepatan dengan kajian WHO
Kajian ini bertepatan dengan kajian yang diterbitkan oleh World Health Organization (WHO), yang mengatakan bahawa daging yang berproses menyebabkan kanser.
Walaupun ramai pakar menganggap ia adalah risiko yang kecil, tetapi siapa sangka bilangan yang kecil itu mungkin adalah kita. Kita termasuk bilangan yang kecil itu.
Ramai yang mengalami penyakit kanser payudara sendiri tidak menyangka mereka adalah golongan berisiko. Jadi lebih baik berhati-hati dan memberi perhatian kepada apa yang kita makan.
Kajian terhadap lebih sejuta wanita
Kajian yang diterbitkan itu melibatkan data lebih sejuta wanita. Kajian ini mengaitkan peningkatan risiko kanser payudara jika mengambil daging berproses dengan risiko kanser payudara. Namun kajian itu tidak menjelaskan adakah ia disebabkan oleh daging yang diproses atau proses pengilangan yang sedia kita tahu yang melibatkan penambahan pengawet, perasa dan pewarna agar daging yang berproses itu lebih tahan lama, lebih cantik dan lebih sedap.
Takut pulak VK nak makan daging yang frozen ni. Sesekali takpe kot kan. Sebab sedap betul burger yang jual kat tepi jalan tu. Tapi gaya hidup sekarang ni memang kerap makan makanan frozen. Jadi, kenalah ubah sikit gaya hidup tu kan? Nak makan burger, daging tu boleh buat sendiri. Ye tak?
Sumber: Dr Zubaidi Ahmad
7 Perkara Akan berlaku Pada Tubuh Jika Kita Makan 2 Biji Telur Sehari

Isi Kandungan
Toggle
Kebaikan memakan telur ayam sering kali dipersoalkan. Walhal ia telah terbukti melalui pelbagai khasiat yang terkandung di dalamnya.
Tak kira telur rebus, separuh masak, scramble egg dan sebagai, makanlah dalam jumlah dua biji sehari. Sebabnya ada banyak sekali manfaat yang terselindung di sebalik amalan ini.
1. Lindungi otak, baiki memori
Telur turut mengandungi vitamin yang dipanggil choline yang sukar ditemui dalam bahan makanan lain. Ia adalah unsur yang memperbaiki fungsi otak dan memori. Amalan makan 2 biji telur sehari akan memastikan tubuh mendapat cukup nutrien ini.
2. Kurangkan rasa lapar
Telur kaya dengan protein, kajian menunjukkan sarapan yang kaya dengan zat ini akan menyebabkan kita rasa kenyang dalam jangka masa yang panjang. Ia sekali gus mengelakkan pengambilan jajan sebelum waktu makan utama.
3. Kekalkan kesihatan mata dalam tempoh yang lama
Lutien dan zeaxanthin adalah dua jenis antioksidan yang ada dalam telur yang mana cukup baik untuk kesihatan mata. Pengambilan dua bahan ini dalam diet akan mengekalkan kesihatan mata pada jangka masa yang lama.
4. Vitamin D bantu serap kalsium
Kandungan vitamin D yang ada dalam telur cukup penting kerana ia membantu tubuh menyerap kalsium yang mana perlu bagi memastikan tulang dan gigi kita kuat.
5. Otot makin sasa
Jika anda dalam usaha membina otot untuk nampak lebih, protien adalah kuncinya, jadi amalkan pengambilan dua biji telur sehari.
Tak perlu elakkan kuning telur kerana kajian menunjukkan bahawa memakan sebiji telur selepas bersenam adalah lebih baik untuk pembentukan otot berbanding hanya mengambil putih telur saja.
6. Hasilkan darah baru
Telur mengandungi banyak unsur folat. Ia adalah jenis vitamin B yang diperlukan untuk pembentukan sel darah merah baru. Cukup penting terutama buat ibu-ibu hamil.
7. Kurangkan risiko kanser
Selain untuk otak, choline yang sangat diperlukan untuk otak, juga mengurangkan risiko kanser. Mengikut kajian, bagi wanita yang makan telur mengikut dosnya, risiko kanser payudara menurun sebanyak 18%.
Sumber: Dailymail
Dah Kurus Tapi Mahu Turunkan 10 KG Lagi, Zulin Aziz Kongsi Menu Diet Telur Yang Dipraktikkan Setiap Hari

Isi Kandungan
Toggle
Semua orang ingin nak langsingkan badan. Dengan kata lain, nak kurus! Apatah lagi jika bergelar selebriti, kan?
Pelakon, Zulin Aziz walau pun sudah makin kurus tapi dia sebenarnya masih dalam misi untuk mencapai berat badan idaman.
Bagi menjadikan ia realiti, Zulin mengamalkan diet telur yang kita tahu agak ketat. Tak lokek berkongsi tip, dalam instagramnya Zulin menyenaraikan menu yang akan diambil mengikut hari bagi sarapan, makan tengah hari dan makan malam.
Kalau tengok menu-menu tu memang betul-betul menyihatkan. Tak nak tengok hasil kenalah ikut aturannya, jangan ambil gula dan kena konsisten
Diet telur
Menu cadangan untuk 2 minggu: turun 10 kg
No sugar
Isnin
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengah hari: 2 potong sweet potato dan 2 biji epal
Malam: 1 pinggan salad dan ayam panggang
Selasa
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengah hari: sayuran hijau dan salad ayam
Malam: sepinggan salad, sebiji oren dan 2 biji telur rebus
Rabu
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengah hari: 2 keping keju rendah lemak, 1 tomato dan 1 sweet potato
Malam: Salad dan ayam panggang
Khamis
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengah hari: Semangkuk buah-buahan potong (pisang, tembikai, kiwi, oren)
Malam: Salad dan ayam stim
Jumaat
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengah hari: Sayur rebus dan 2 biji telur rebus
Malam: Salad dan ikan panggang
Sabtu
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengah hari: Buah-buahan
Malam: Sayur dan ayam stim
Ahad
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengah hari: Salad tomato, sayur stim dan ayam panggang
Malam: Sayur stim
A post shared by Zulin Aziz (@zulinaziz) on
Menu yang dimuat naik oleh Zulin ini mendapat pelbagai reaksi netizen.
Macam diet atkins je
Jangan makan kuning telur tu
Nasi mana nasi?
Hati kena kental tau
Sumber: https://www.instagram.com/zulinaziz/?hl=en