Buah tembikai susu ini memang kegemaran ramai. Tapi yang buat kita frust bila buah yang kita pilih waktu beli rasanya tawar.
Ads
Jadi untuk pastikan tembikai susu yang kita beli lepas ini manis bersari, boleh ikut tip yang dikongsi oleh Nor Shahidah Abd Kohar yang bekerja bahagian buah-bauahan sebuah pasar raya.
Pilih ikut 6 tip ini
Bagi memastikan tembikai susu yang dibeli manis, pilih ikut enam tip ini;
Ads
1. Jangan ambil buah tembikai susu yang kulitnya licin bersih (ramai yang suka pilih buah macam ni sebenarnya). Lagi banyak garisan coklat, lagi bagus. Kulit buruk tak flawless itu lah yang elok manis.
2. Pilih kulit tembikai yang warna kuning berbanding putih.
Ads
3. Perhatikan berat buah. Biar kecil tapi berat. Itu maknanya buah tersebut juicy, banyak air.
4. Cuba goncang buah, ada dengar tak bunyi macam biji jatuh atau berlaga. Itu maknanya buah dah cukup masak.
5. Jangan pilih tangkai yang masih hijau, pilih tangkai yang dah kering. Itu tanda buah dah masak ranum.
6. Paling senang, hidu. Kalau dah masak baunya memang manis berbanding buah yg muda or belum masak
Buat sendiri mushroom seasoning, pengganti serbuk perasa. Ramai yang menggunakan serbuk perasa dalam masakan, kalau tak letak sedap pula rasanya. Tapi dalam masa yang sama risau juga dengan penggunaan bahan kimia atau MSG.
Sekiranya mahu amalkan pemakanan lebih sihat tapi dalam masa yang sama mengekalkan rasa sedap makanan mungkin boleh tukar penggunaan dari serbuk perasa kepada mushroom seasoning atau serbuk perasa cendawan.
Paling menarik serbuk ini boleh kita buat sendiri. Lagi sihat kerana ia rendah kalori dan mengandungi antioksidan yang tinggi daripada cendawan.
Bagi yang nak cuba buat sendiri boleh ikut langkah yang dikongsi oleh Nawal Yasmin Mat Noh.
Cili kering memang sentiasa ada di rumah tapi tak terlintas pulak boleh guna jadi benih tanam pokok cili. Memang boleh rupanya.
Cara ini telah dicuba dan ternyata elok hidup subur. Bagi yang nak cuba tanam boleh ikut perkongsian Sue Haiza.
Tanam cili guna biji cili kering
Tanam cili daripada biji benih dari cili kering boleh ke? Jawapannya memang boleh dan insha-Allah hidup subur dan berbuah elok seperti pokok cili dri biji benih yang lain. Saya dah cuba dan 5-6 pokok yang berbuah lebat.
Bagi yang belum tahu dan ingin mencuba untuk bercucuk tanam, boleh cuba. Tak perlu beli biji benih dan lagi senang tanam sebab cili kering dah matang dan bijinya kering. Insya-Allah, kita akan dapat kutip hasilnya nanti.
Langkah untuk tanam benih dari cili kering
1. Gunting cili kering dan ambil bijinya.
2. Sediakan pasu dan tanah.
2. Siram sedikit air pada keseluruhan permukaan tanah.
3. Masukkan biji benih (tabur).
4. Kemudian ambil sedikit tanah, tabur pada permukaan biji benih tadi untuk menutup biji benih. Tutup dengan tanah sedikit saja, jangan banyak.
5. Kemudian siram, selepas itu lakukan rutin siraman setiap hari.
6. Ikut pengalaman selepas seminggu akan keluar tunas. Bila sudah ada 3 atau 4 daun bolehlah dialih ke dalam polibeg, pasu atau tanah.
7. Jangan lupa lakukan pembajaan.
INFO
Hasil cili dari benih cili kering ini kurang pedas dan saiznya agak kecil dari induk.
Kalau tengok hasil sawi yang ditanam oleh saudara Azuan Abdullah ini memang subur dan besar-besar saiznya. Daunnya juga elok, tak banyak berlubang dimakan serangga.
Ramai yang bertanya dan beliau sudi berkongsi cara yang dipraktikkan untuk dapat hasil sawi sebegini. Menariknya cara yang dipraktikkan bebas dari penggunaan racun kimia.
Rahsia tanam sawi jadi cantik tak dimakan serangga
Ada sahabat tanya, apa rahsia sawi jadi cantik dan tak dimakan serangga?
Sebenarnya tiada rahsia pun. Lebih kurang sama je macam sahabat lain yang buat.
Mungkin praktis tu ada berbeza sikit.
1. Dua tiga hari sebelum tanam, taburkan baja kompos di dalam petak tanaman. Nisbahnya 100-300 gram untuk keluasan satu kaki persegi (cara buat kompos sendiri boleh lihat disini https://osini.co/33resepibajaorganik). Gemburkan supaya baja kompos bergaul sebati dengan tanah.
2. Siram guna teknik banjir. Tarik hos paip dan buka air hingga petak tanaman dipenuhi air. Seolah-olah macam banjir.
3. Esoknya, spray dengan apa-apa mikrob yang ada. Jika tak ada, memadai siram dengan air peramam beras.
5. Tanam anak benih yang telah disemai. Usia 2 minggu selepas semai. Eloknya tanam waktu petang.
6. Tabur baja kompos diantara pokok. Lebih kurang 1 genggam orang dewasa untuk 1 point.
7. Esoknya baru siram teknik banjir. Siraman ini akan diulang bila tanah dah nampak kering. Pengalaman saya, paling kerap 2 kali seminggu dan paling lama 2 minggu sekali.
8. Tiga hari lepas tanam terus spray dengan foliar dan kawalan organik. Biasanya saya guna kombinasi 3 beradik ni.
-Mol Ikan : 5 ml / 1 liter air
-Mol batang pisang : 3 ml / liter air
-Pati bawang putih & cili api : 3-5 biji cili api + 1 ulas bawang putih / 1 liter air.
Ketiga-tiga bahan ini boleh dicampur sekali. Spray seminggu sekali. Eloknya spray waktu pagi.Selang masa antara 1 minggu untuk semburan seterusnya, boleh la spray pati bawang putih + cili api sahaja. Elok spray waktu petang. Jika tak sempat, malam pun boleh. Macam AA buat semalam.
Sahabat, berkebun ni tak ada la susah mana pun bila kena cara. Yang penting kita tahu apa nak buat dan mesti ada displin. InsyaAllah hasilnya akan cun melecun nanti.
Jangan selalu biar lampu 'fuel low' menyala, ada bahaya menanti! Tapi sebenarnya ramai yang antara kita buat perkara sebaliknya. Walau dah tanda fuel low dah...