Bagi yang bercucuk tanam di rumah, melihat kehadiran serangga memang boleh merisaukan. Ini kerana kebiasaannya serangga ini akan menjadi perosak tanaman. Bukan sekadar merosakkan malah ada yang menyebabkan pokok mati terus tanpa sempat merasa hasil.
Namun begitu tak semua kehadiran serangga ini merosakkan, ada beberapa jenis serangga yang kedatangannya memberi manfaat atau kebaikan kepada tanaman kita. Kalau jumpa 8 jenis serangga ini di kebun jangan musnahkan pulak ya. Serangga ini sebenarnya sahabat tanaman.
1. Mentadak mentadu
Serangga ini datang atas tujuan mencari makanan. Makanan kegemaran mentadak mentadu adalah seperti pepijat, aphid, belalang, cengkerik, lalat dan lain-lain. Mentadak juga dikategorikan sebagai serangga yang pelahap kerana tabiat makanan nya yang laju dan cepat. Jadi, ia boleh memusnahkan serangga perosak yang terdapat di laman dengan cepat.
2. Lebah
Lebah membantu pendebungaan. Jika ada tanam pokok seperti tomato, tembikai, timun, pokok kelapa atau tanaman yang memerlukan pendebungaan untuk menghasilkan buah, lebah adalah pembantu yang terbaik.
Lebah juga, dikategorikan sebagai pollinators terbaik di dalam kitaran hidup tanaman. Oleh itu, kalau ada lebah di rumah, selagi tak mengancam keselamatan biarkan saja.
Ads
3. Ladybugs (ladybird)
Foto: Biedrona via Wikipedia
Sama seperti mentadak, ladybugs suka makan serangga yang kerap mendatangkan masalah kepada tanaman anda seperti Aphids, Whiteflies, Scale insects dan pelbagai lagi. Jadi biarkan saja jika nampak ia hinggap pada pokok sayur.
4. Rama-rama
Selain menceriakan dengan warna yang unik dan menarik, rama-rama sebenarnya adalah antara agen yang diperlukan untuk melakukan pendebungaan.
Foto: Wikipedia
5. Lacewings
Lacewings adalah serangga yang membantu untuk menyingkirkan aphids atau bena dan whiteflies pada tumbuhan. Bagusnya, ia memvsnahkan serangga perosak ini dari peringkat lava lagi.
Ads
Lacewig akan bertelur di atas lava whiteflies dan aphids. Apabila ia menetas, lava lacewing akan menjadikan whiteflies dan aphids tadi sebagai sumber makanan. Kalau nak lacewings datang ke kebun pastikan tiada ancaman semut kerana semut akan memakan telur lacewings dan melindungi aphids.
6. Pepatung
Selain sebagai indicator kepada kualiti persekitaran, serangga purba ini menjadikan nyamuk, lalat, kupu-kupu, lalat buah dan pelbagai lagi sebagai makanan.
Ads
7. Cacing tanah
Fungsi cacing tanah ini memang tak dapat dipertikaikan terutama untuk tanah itu sendiri. Selain banyak membantu memulihkan struktur tanaman, tinja yang dihasilkan oleh cacing mempunyai nutrient yang tinggi untuk tanaman. Oleh itu, kehadiran cacing tanah di kebun perlu dipupuk dan dirangsang lebih banyak.
8. Lebah bumble
Lebah bumble adalah antara lebah yang digunakan untuk tujuan pendebungaan. Namun saiznya lebih besar berbanding yang lain. Walaupun ia bersaiz besar dan kehadiran nya lebih jelas membuatkan kita panik, sebenarnya serangga ini tidak akan menyerang jika tidak diancam.
9. Labah-labah
Yang ini ramai yang tak tahu. Memang ada sebahagian kecilnya akan memberi masalah, tapi secara asasnya tidak. Labah-labah membantu mengelakkan tanaman kita dari serangan nyamuk, lalat, belalang, semut, bena dan apa sahaja serangga jenis terbang.
Hujung minggu kita selalunya nak masak yang special sikit untuk famili tapi hidangan itu mesti mudah sebab ada banyak kerja rumah yang nak dibuat waktu cuti ini.
Jadi antara resipi paling sesuai adalah nasi ayam perkongsian Zue Zulin. Senang nak buat dan confirm sedap. Kalau anak-anak makan mesti bertambah.
Ayam pula tak susah nak anggar sebab resipinya guna seekor untuk lapan orang makan. Kalau ahli keluarga sikit boleh makan sampai malam.
Rebus ayam dlm air panas mendidih 7 hingga 8 minit.. Masukkan sup bunjut, bawang putih, halia dan kiub ayam. Air rebusan ayam jgn buang nnt kita nak gunakan untuk nasi dan sup.
Angkat ayam kemudian sapukan setengah cawan sos tiram, suku cawan kicap lemak manis, 1 sudu makan minyak bijan, 2 sudu makan madu.
Bila dah sapu semua, toskan ayam dlm tapis selama 1/2 jam bg ayam kering supaya masa menggoreng nanti minyak tak meletop dan kulit ayam cantik berkilat..
Nota: Air perapan tadi buang. Akan diguna untuk kicap ayam.
Bahan untuk nasi :
Beras 3 pot
1 biji bwg besar
3 ulas bwg putih
1inci halia
Semua bahan dimayang halus
1 ketul Kiub ayam
1 sudu kecil garam
Cara membuat
Cairkan 2 sudu butter (saya guna Buttercup). Tumis bahan hirisan dgn daun pandan.. Waktu ini aromanya naik sampai jiran sebelah sekali boleh bau.
Masukkan kiub ayam.Sedikit serbuk kunyit untuk warna kuning sikit (saya tak masukkan sebab suka warna asli).
Masukkan beras kacau sedikit dan biarkan sekejap, kemudian masukkan air rebusan ayam tadi.
Sukatan air macam masak nasi biasa cuma ebihkan sedikit air.
Bahan untuk cili :
10 tangkai cili merah (saya guna cili merah besar)
5 tangkai cili kering
Sebiji tomato
2 ulas bawang putih
Sedikit halia (sy tambah)
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1/2 cawan air
Cara membuat:
Kisar cili merah, cili kering dengan tomato, halia dan bawang putih.
Masak di dalam kuali. Masukkan gula dan garam.
Tambah sedikit air masak dengan api kecil sehingga likat.
Kicap ayam
Gunakan air perapan ayam tadi.
Nak pekat tambahkan sedikit tepung jagung..
Sup kosong
Gunakan air rebusan ayam tadi, tambahkan bawang goreng dan taburkan sedikit daun sup.. Siap!
Baju lama anak masih disimpan walhal anak dah besar. Nak buang sayang sebab masih elok, nak beri pada orang bimbang tak sudi terima pakaian recyle. Sudahnya disimpan saja. Inilah dilema mak-mak.
Kalau dah banyak sangat baju lama ini disimpan apa kata ikut idea perkongsian Ain Amira. Daripada baju anak-anak ini ditukar jadi selimut menggunakan kaedah tampalan atau patch work. Dapat juga guna diguna kembali.
Menurut Ain, idea ini datang apa bila menerima dua beg baju berisi pakaian terpakai kanak-kanak dari seorang kenalan. Dia meminta Ain mengolahnya menjadi sesuatu dari baju-baju tersebut. Setelah berfikir akhirnya datanglah idea untuk menjadikannya sebagai selimut.
“Dilema mak-mak bila baju anak dah tak muat mesti macam ni kan nak disimpan banyak sangat, nak dibuang tapi sayang, nak bagi orang macam tak padan.
“Fikir punya fikir maka jadilah selimut. Boleh juga diguna dan disimpan jadi kenangan sampai anak besar,”jelas Ain yang juga pembuat beg handmade ini.
Cara hasilkan selimut dari baju lama anak
Dalam pada itu beliau juga berkongsi secara ringkas cara membuat selimut daripada pakaian lama anak ini.
Bahagian depan
Caranya
1. Sebanyak 56 helai baju digunakan untuk membuat selimut ini.
2. Bahagian bahagian tangan baju dipotong, ambil bahagian tengah baju saja.
3. Saiz keratan, potong 8×8 inci setiap satu.
4. Kemudian bolehlah dijahit untuk dicantumkan. Bahagian belakang juga dibuat kaedah tampalan yang sama.
Bahagian belakang
Ujar Ain yang turut menerima tempahan ini dia mengambil masa satu hari saja untuk menyiapkan selimut saiz kanak-kanak ini.
Bagi mak-mak yang masih ada simpan baju lama anak boleh ikut idea ni ya.
Sisa dapur sama ada lebihan makanan dan sayur, kulit buah dan sebagainya selalu dijadikan baja kompos oleh mereka yang bercucuk tanam. Baja ini memang terbaik untuk pokok sayur mahupun pokok buah.
Cumanya untuk buat baja kompos ini akan ada masalah jika sekitar rumah ada haiwan perosak seperti kera, anjing, babi dan sebagainya yang akan menyelongkar tempat simpanan sisa dapur ini. Selain itu masalah bau busuk ketika proses menjadi baja ini juga buat ramai yang tak tahan.
Cara simpan sisa dapur dalam tanah
Tapi jika tak mahu berdepan masalah di atas boleh gunakan teknik yang dikongsi oleh Tarique Syahman. Caranya dengan membuat tempat simpan sisa dapur ini dalam lubang dalam tanah yang ditutupi dengan pokok. Beliau juga berkongsi kaedah yang dilakukan.
1. Sediakan tong sampah plastik berjaring, potong separuh dan gunakan bahagian atas saja. Sediakan juga pinggan stainless steel untuk dijadikan tempat tanam pokok di atas lubang simpan sisa dapur.
2. Korek lubang, ke dalaman yang sesuai. Saiz permukaan lubang mestikan sama dengan tong sampah. Sementara itu tanah yang dikorek pula disimpan untuk menanam pokok atau rumput dalam pinggan besi tadi.
3. Bila dah siap lubang, letakkan tong sampah yang dipotong separuh tadi dalam lubang. Lebihan tanah dimasukkan dalam pinggan dan tanam pokok atau rumput di dalamnya.
4. kemudian bolehlah mengisi sisa dapur dalam lubang dan selepas selesai gunakan pinggan besi yang berisi tanaman sebagai penutup.
5. Biarkan sisa dapur mereput, boleh tambah sisa dapur dari masa ke semasa. Cara ini sisa dapur yang dibuang berkurang dan tiada lagi sampah yang berbau.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...