Kerja menggosok baju ini memang renyah dan penat. Waktu ini mula lah teringat kalau ada steam iron kan senang. Gosok sebelah depan, bahagian belakang pun licin sekali. Jimat masa dan tenaga.
Cumanya nak beli seterika jenis ini harganya boleh tahan mahal. Paling murah dalam RM500 sebuah.
Tapi sebenarnya kalau tiada bajet lagi untuk beli, kita tetap boleh dapat hasil gosokan yang sama walau guna seterika biasa.
Caranya dikongsi oleh Jules Pitch, modalnya cuma guna aluminium foil saja. Gosok depan belakang pun licin sekali. Best kan.
Tip gosok baju hasil sama macam steam iron, gosok sebelah saja
“Buat para wanita yang teringin nak pakai steam iron, gosok sebelah saja tapi masih tiada bajet boleh guna tip ini. Caranya;
– Cuma guna aluminium foil saja. Tanggalkan alas iron board kemudian balut dengan aluminium foil.
Ads
– Selepas itu pasang semula alas tadi, dah siap boleh guna untuk menggosok dengan seterika biasa.
– Hasilnya bila seterika baju, bahagian belakang akan licin sekali, jadi kuranglah kerja kita.
Ada keluarga yang suka dengan lauk kari atau gulai ikan. Dalam seminggu mungkin dua atau tiga kali dihidangkan lauk ini di atas meja.
Sebagai cadangan bagi memudahkan kerja memasak hidangan ini, boleh buat sendiri pes gulai yang dikongsi oleh Zaini Tali ini. Bila nak masak cuma masukkan pes, tuang santan dan masuk asam jawa. Kemudian masak seperti biasa. Tak perlu kisar dan tumbuk apa-apa bahan dah. Senangkan.
Cara buat pes gulai ikan homemade
Bahan-bahan
6 biji bawang merah kecil
6 ulas bawang putih 6 ulas
2 inci halia
2 inci kunyit atau serbuk kunyit
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil lada hitam
4 sudu besar cili kering kisar
Cara membuat
1. Kisar halus semua bahan di atas sedikit air (boleh juga kisar tanpa air atau menggunakan sedikit minyak).
2. Tambah sudu besar cili kering supaya lebih pedas. Gaul sebati.
3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar tadi sehingga pecah minyak dan garing. Gunakan api kecil.
4. Bila pecah minyak, tutup api dan siaplah pes gulai ikan homemade.
5. Untuk masak gulai, cuma masukkan pes ini bersama santan dan air asam jawa. Kemudian masak macam biasa. Jika mahu tumis pes terlebih dahulu pun boleh. Caranya panaskan sedikit minyak, letak pes dan tumis dengan halba dan daun kari kemudian tuang santan dan masak seperti biasa.
INFO: Pes ini boleh digunakan untuk 2-3 masak. Jika mahu kuantiti pes yang banyak cuma gandakan bahan-bahan. Lebihan pes boleh simpan dalam peti sejuk.
Ramai yang tanam pokok cili di rumah dan bila nak petik, ambil gunting dan potong separuh tangkai.
Memang senang tapi sebenarnya ini cara salah tuai cili. Untuk petik cili dari pokok ada tekniknya. Ia penting dipraktikkan supaya pokok cili mudah berbunga dan berbuah kembali dan juga untuk pastikan buah cili tahan lama.
Caranya dikongsi oleh Salleh Mohammad yang juga pengusaha kebun pelbagai jenis sayuran.
Cara betul petik buah cili dari pokok
1. Jangan potong separuh tangkai guna gunting untuk ambil cili. Cara petik cili yang betul adalah dengan memetik sekali tangkainya supaya tapak tangkai tadi akan berbunga semula.
2. Jika potong di tengah tangkai, tapak tadi akan ambil masa untuk berbunga kerana perlu menunggu tangkai cili yang tertinggal luruh.
Petik sekali tangkainya seperti gambar di bawah.
3. Teknik mudah untuk petik cili guna jari, pegang pangkal tangkai cili kemudian lipat ke bawah. Memang mudah tanggal.
4. Selain itu jangan petik cili ketika waktu hujan atau di awal pagi. Ini kerana cili yang basah akan mudah busuk dan tak tahan lama. Petik ketika buah cili dan tangkainya dalam keadaan kering.
Tanam sayur sekitar rumah, baru nak naik dah nampak kehadiran siput. Yang datang pula dua jenis siput kecil dan siput besar atau siput babi.
Tapi yang pasti keduanya memang boleh merosakkan tanaman, daun pokok sayur boleh berlubang dan akhirnya pokok mati akibat haiwan ini.
Jika berdepan masalah siput yang merosakkan tanaman tip yang dikongsi oleh netizen di Facebook Berkebun D Rumah boleh dipraktikkan.
1. Tepung jagung untuk hapuskan siput babi
Bagi membunuh siput babi boleh gunakan bancuhan tepung jagung. Caranya campur 2 sudu tepung jagung dengan setengah segelas air.
Tuangkan ke atas plastik atau bekas yang mudah dimasuki siput babi. Letak sedikit kubis atau salad sebagai umpan tambahan. Tepung jagung akan membunuh siput babi disebabkan sifat tepung ini yang akan mengembang bila masuk ke dalam badan siput.
2. Guna garam
Boleh juga tabur garam kasar sekeliling pokok untuk elak siput mendekati tanaman dan mati bila terkena garam.
3. Racun siput
Jika mahu lebih berkesan boleh gunakan racun siput, boleh dibeli di nurseri atau secara online. Klik SINI untuk beli di Shopee
4. Kutip siput pada waktu malam
Cara ini mungkin menggunakan tenaga tapi puas hati. Boleh juga kutip terus siput ini pada waktu aktifnya iaitu pada waktu malam dan buang di tempat lain atau hapuskan.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...