Seronok sungguh rasanya bila rumah yang kita beli akhirnya siap sepenuhnya dan kunci sudah pun berada di tangan. Selalunya memang tak sabar nak masuk rumah baru, kalau boleh nak hias secantik yang boleh.

Tapi sebelum melakukan itu semua, kena ingat ada perkara lain yang perlu dibuat sebaik saja kita menerima kunci rumah baru dan perkara ini sangat penting untuk dipraktikkan.

Berikut adalah perkongsian Dr Azizul Azli yang juga seorang pensyarah dan pakar dalam bidang hartanah tentang apa yang perlu kita lakukan.

Bila dapat kunci rumah baru, buat semakkan segera

1. Bismilllah & azan

Mulakan masuk rumah dengan bacaan bismillah dan lebih baik jika kita boleh berdiri di ruang tamu dan azan menghadap kiblat kali pertama masuk rumah kita.

2. Bawa Masking Tape Besar

Tandakan mana mana kerosakkan dalam rumah dengan ini. Tulis huruf atau nombor atas masking tape sebagai rujukan dalam borang aduan.

9 Perkara Kena Buat Bila Dapat Kunci Rumah Baru, Perkongsian Dari Pakar Hartanah

IKLAN

3. Pen Marker Merah

Tulis no guna pen marker ini atas masking tape tadi supaya jelas kontraktor nak datang baiki nanti. Jangan tulis terus atas dinding. Jika nak tulis terus gunakan kapur berwarna, buat bulatan di situ.

4. Bawa Kayu atau Tongkat

Kepingan ceramik yang kosong jika diketuk akan bunyi kosong. Periksa tiles dalam rumah agar dipasang betul agar tidak pecah dimasa depan.  Jika bunyi kosong minta dipasang semula, jika kita tak buat aduan sekarang. Tiles yang sama warna tidak akan ada dimasa depan jika pecah.

9 Perkara Kena Buat Bila Dapat Kunci Rumah Baru, Perkongsian Dari Pakar Hartanah

5. Bawa Kamera Ambil Gambar

Bagi semua tempat yang tanda tadi ambil gambar, cetak dan kepilkan dalam borang aduan. Ia juga sebagai rujukan kita sama ada pemaju baiki atau belum.

Selain itu:  Cara Buat Sambal Tumis Yang Sedap! Sambal Bilis, Sotong, Udang Ada Petua Berbeza!

6. Tangga Besi

Jika kecatatan itu tinggi guna tangga untuk panjat dan tandakan.

IKLAN

9 Perkara Kena Buat Bila Dapat Kunci Rumah Baru, Perkongsian Dari Pakar Hartanah

7. Pita Ukur

Ukur kembali secara rawak ketinggian dan keluasan bukaan. Pernah pemaju bayar ganti rugi rumah dalam perjanjian 20’x70′ , tetapi lepas ukur kediaman hanya 18’7″ bukaan sahaja.

8. Bawa Lampu Suluh

Ada ruang gelap untuk kita masuk dan periksa kerana kita belum pasang lampu lagi.

9. Baldi Air

Buat ujian pergerakkan air dalam kamar mandi, pastikan air bergerak ke lubang air dan tidak membentuk takungan ditempat lain. Isi air penuh baldi dan simbah sahaja.

IKLAN

 

Kredit : Azizul Azli Ahmad & Sumber Foto: The Vocket

 

 

 

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI