Minggu lalu anak Datuk Ziela Jalil, Dr. Puteri Julia Nabilah selamat melangsungkan perkahwinannya dengan jejaka pilihan hatinya Dziya Faqhran Mahmod Fauzi.
Meski tidak banyak berkongsi foto-foto perkahwinan anaknya, namun produser ini semalam memuat naik video ketika majlis akad nikah anak Puteri Julia.
Dinikah oleh adiknya sendiri, mendengar lafaz yang ucapkan Megat Jufri Nasrullah sebagai wali dalam keadaan tenang membuatkan ramai rasa sebak dan sayu.
Ibarat terlaksana sudah tanggungjawab ditinggalkan oleh arwah bapanya Tan Seri Megat Junid yang meninggal dunia 10 tahun yang lalu.
Ads
“Abang, anak lelaki kita sudah pun dewasa. Dia berjaya melaksanakan tanggungawab yang abang tinggalkan dengan baik. Saya pasti abang bangga dengannya. Semoga syurga firdaus tempatmu Allahyarham suamiku Megat Junid Megat Ayob.
Demikian tulis Datuk Ziela dalam kapsyen di instagram.
Video yang dimuat naik Datuk Ziela itu mendapat lebih 800k tontonan sejak semalam. Selain ramai yang terharu dan sebak melihat momen akad nikah itu, peminat juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kerana sudah menerima menantu.
Kita sangka wanita bekerja punya rutin yang cukup memenatkan, maklumlah selesai bekerja sambung pula tugas di rumah.
Tapi hakikat sebenarnya wanita yang tidak bekerja atau menjadi suri rumah sepenuh masa adalah lebih memenatkan.
Menurut kajian terbaru tugas seorang suri rumah adalah 2.5 kali lebih berbanding pekerjaan sepenuh masa yang lain.
Tinjauan melibatkan jadual mingguan 2,000 ibu di Amerika Syarikat yang mempunyai anak berumur antara 5 hingga 12 tahun.
Secara purata, kerja seorang suri rumah bermula seawal jam 6.23 pagi, lebih awal daripada kebanyakan pekerja lain memulakan hari mereka.
Sementara tugas harian mereka, sama ada berkaitan pekerjaan atau penjagaan anak hanya selesai jam 8.31 malam.
Ini bermakna seorang suri rumah bekerja 14 jam sehari atau secara purata 98 jam seminggu.
Kajian yang dijalankan Welch’s sebuah syarikat jus di United Kingdom pula mendedahkan, suri rumah hanya mempunyai 1 jam 7 minit untuk bersendirian atau melakukan sesuatu untuk diri sendiri.
Waktu tersebut dikategorikan lebih sedikit berbanding waktu rehat tengah hari dalam sektor pekerjaan yang lain.
Laporan The Independent pula mendapati 40 peratus golongan ibu merasakan mereka didominasi oleh senarai tugas yang tidak pernah berakhir.
Semalam, dunia hiburan tanah air diselubungi kesedihan selepas anak kepada pelawak Kumpulan Xoxo, Chot meninggal dunia. Anak syurga yang diberi nama Harraz itu menghembuskan nafas terakhirnya kerana menghidap masalah jantung sejak dilahirkan.
Beberapa kali menjalani pembedahan, namun akhirnya tubuh kecil itu pergi menemui Yang Maha Pencipta.
Rata-rata netizen meluahkan simpati dan salam takziah di Instagram Chot. Malah rakan artis yang lain turut meluahkan rasa sayu di laman sosial masing-masing. Termasuklah rakan artis seperti Jozlyn, isteri kepada Johan.
Ya Allah, hebat betul ujian yg kau berikan pada pasangan nih.. sejujurnya hati nih memberontak nak sgt bertemu baby harraz.. sehari demi sehari, alhamdulillah.. Allah permudahkan semalam..
tp bila kaki melangkah masok ke nicu hosp besar melaka.. ibu Harraz sedang meriba baby harraz tp air mata laju jatuh.. perkataan pertama yg dgr.. “doctor suruh standby.. anytime je” Allahu, luruh jantung aku sbg seorg ibu.. hati rasa berat seolah x boleh bernafas seketika..
baby harraz lahir pada 13 june dan baby moleiq pada 17 june.. mereka sebaya..
ibu harraz ckp.. “kak lepas lahirkan dia sya x dpt pegang dia langsung.. semlm baru dpt.. sya x boleh stay dgn baby.. “ aku terus terfikir.. ya Allah, sepanjang berpantang ibu sorg2 baby xde di sisi.. sakit… ye sakit… kita nih kdg baby bgn tersedar pon kita mcm berat sgt nk bgn.. bila dgr cite chot dgn isteri semlm.. mcm2 aku fikir..
smp la dpt msg pg td.. salam, abg dan akak.. baby harraz dh meninggal.. x sangka akak dgn abg org last dia jumpa????.. betul semlm baby harraz mmg nmpk lemah dh.. tp dia bukak mata bila aku ckp, harraz mama dtg nih.. 2 kali dia bukak mata besar tgk papa jo n mama lynn dia.. papa jo ckp harraz kalau nak “tido” tdo la syang.. Dan hari nih….? takziah @chotxoxo dan isteri.. dia menanti kamu di syurga.. ❤️
Sejak semalam bila VK baca pasal baby Harraz ni, hati memang sayu sangat. Bila baca coretan Jozlyn ni, makin sayu pula rasanya. Ya, baby Harraz menanti ibu dan bapanya di syurga. Semoga pasangan ini tabah dengan ujian dan dikurniakan rezeki yang melimpah.
Baru beberapa bulan meninggalkan alam yang fana ini, ternyata anak kepada arwah Azmil Mustapha, Alya Iman tidak mampu menahan rasa rindunya. Lantas media sosial menjadi perantara untuk dia bercerita mengenai insan yang dekat dengan jiwanya itu.
Bergilir 3 siri penceritaan, setiap satunya menjelaskan betapa gigihnya pelakon filem Ali Setan itu membesarkan anak-anaknya termasuk ketika mereka sekeluarga berhijrah ke Syria satu ketika dulu.
4 bulan selepas saya dilahirkan, ayah dan ibu bercerai. Ayah memutuskan untuk jaga kami 4 beradik termasuk saya yang berumur 4 bulan ketika itu. Ayah bekerja keras di rumah untuk memberi semua keperluan kami.
5 tahun kemudian ayah berdoa kepada Allah dan bertanya kepadanya soal masa depan. Allah menjawab melalui mimpi-mimpinya. Ayah bermimpi pergi ke Syria dan pada masa itu tiada yang tahu di mana Syria. Semua orang menganggap ayah gila untuk pindah di sana tetapi ayah tetap lakukan. Ayah buat apa sahaja untuk mencari wang. Ayah bawa 3 anaknya dan berpindah ke Damsyik Syria.
Ayah pergi ke sana untuk belajar agama dan budaya Arab. Ayah tiada pekerjaan untuk mendapatkan wang tetapi ayah percaya bahawa Allah ada untuk membantunya. Ayah terus berdoa dan tidak pernah berputus asa. Memang ada masa yang sukar yang harus kita lalui. Anggap itu satu pengajaran untuk kita. Kami suka suasana di Damsyik yang cantik, budaya, makanan, indah sekali. Begitu banyak kenangan manis. Kami tak mahu kembali ke Malaysia tetapi selepas 6 tahun di sana kami tak ada pilihan. Kami kembali ke Malaysia kerana perang telah bermula dan tidak selamat untuk kita tinggal di sana.
Apabila kami kembali ke sini, semua saudara kandung saya sudah dewasa. Mereka mula menjalani hidup sendiri dan saya masih di sekolah rendah. Jadi saya tinggal berdua bersama ayah. Ayah mula berceramah agama di seluruh negari untuk mendapatkan wang dan saya ikut ke mana sahaja ayah pergi.
Saya mengalami kesukaran sekembalinya saya ke sini kerana tidak pernah faham budaya sekolah di sini dan segala-galanya. Saya juga dibuli di sekolah tetapi saya berjaya bertahan. Beberapa tahun kemudian, sesuatu yang teruk berlaku kepada saya. Saya tidak mahu sebut tetapi sangat buruk sehingga saya mengalami kemurungan dan perlu ambil ubat selama tempoh tertentu.
Kemudian ayah saya sakit. Ayah keluar masuk hospital untuk beberapa waktu dan saya terpaksa menjaga ayah. Saya tidak fokus pada pelajaran saya. Ketika ayah tidak sihat, kami alami masalah kewangan. Saya sangat takut dan saya terus bertanya kepada ayah apa yang harus saya buat? Ayah suruh saya berdoa kepada Allah untuk mendapatkan bantuan. Sekali lagi Allah tunjukkan jalan. Saya mula buat modelling. Sejak kecil, saya selalu berangan untuk berada dalam bidang
modelling. Tak pernah sangka akan berlaku. Sejak buat modelling, saya dapat jaga ayah yang sakit ketika itu.
Saya dapat surat dari sekolah. Ada bil tertunggak dan keputusan saya corot kerana tidak menumpukan perhatian. Saya tiada pilihan selain berhenti sekolah. Saya bekerja dan belajar di rumah. Saya sedih kerana saya nak jadi pelajar biasa. Tapi saya bersyukur kerana dapat bekerja
dan menjaga ayah saya.
Saya sangat bahagia kerana dapat luang banyak masa bersama ayah, ada banyak kenangan manis, saya dapat berikan semua keperluannya. Saya sangat gembira kerana berada di sana untuknya selama beberapa hari terakhir. Sekarang saya bersendirian di sini. Tapi saya gembira kerana saya tahu dia berada di tempat yang lebih baik sekarang. Saya tidak perlu risau.
Sebab utama kenapa saya menulis pasal ayah ialah kerana saya sangat rindu pada ayah. Saya
suka menulis dan menyatakan perasaan saya. Saya bukan meraih simpati orang. Saya cuma nak
berkongsi dengan anda dan mungkin anda boleh belajar sesuatu daripada cerita saya.
Kedua, ini hanyalah ringkasan kisah hidup saya yang masih muda. Namun pada usia semuda ini,
saya dah nampak betapa ayah telah melalui banyak kekejaman di dunia ini. Ayah harus
menghadapi banyak orang dengan teruk tapi sikit pun ayah tak pernah merungut pada saya. Ayah
tidak pernah menyalahkan saya walaupun saya adalah sebab utama dia kena lalui semua ups and
downs. Jadi, setiap kali anda susah, ingatlah itu semua ujian daripada Allah.
Ketiga, ayah adalah orang yang sangat positif. Dia percaya apa pun yang berlaku Allah sentiasa
ada. Jangan berhenti berdoa kepada Allah. Ini juga peringatan untuk diri saya sendiri kerana saya
tidak sebaik ayah.
Keempat, saya berumur 17 tahun. Saya dah lalui banyak ranjau dalam hidup. Kepada semua, sila
hargai apa yang ada dalam hidup. Walaupun perkara yang anda anggap kecil. Misalnya apa yang
anda makan untuk makan malam sekarang. Ketika anda masih berpeluang untuk menghargai ibu
bapa anda ketika mereka masih hidup, pergi peluk mereka. Ramai yang tak ada apa untuk
makan malam atau tidak ada ibu bapa.
Tun Dr Mahathir Mohamad menziarahi pusara Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah di Putrajaya, empat hari selepas pemergian isteri yang menemaninya selama tujuh dekad.