BBNU sekarang mungkin tak mengenali wanita ini tapi mereka yang berada di usia remaja hujung tahun 80-an pasti tahu siapa Mimi Wahedah.
Inilah antara top model satu ketika dulu yang dilahirkan dari pertandingan Dewi Remaja. Dengan pakej wajah yang cantik, tinggi lampai serta kulit hitam manis Mimi pantas mendapat perhatian selepas menyertai pertandingan tersebut pada tahun 1987/88.
Dan selepas hampir 30 tahun berlalu, ternyata pakej itu masih belum pudar. Mimi atau Datin Mimi Waheedah atau isteri kepada Datuk Fauzi Tunku Abdul Malik ini kekal cantik seperti dulu.
Menariknya selepas hampir tiga dekad penyertaannya dalam Dewi Remaja, kini anak tunggalnya Affie Rania mengulang kembali sejarah Mimi.
Affie, 19 tahun diumumkan sebagai Top 12 Pencarian Dewi Remaja 2018/19 dalam majlis Sidang Media Pengumuman Top 12 Dewi Remaja 2018/29.
Ads
“Saya gembira bila dia terpilih namun tidaklah mengharapkan sangat kemenangan. Sebenarnya Affie tak mahu masuk sebab nak teruskan pengajian tapi saya galakkan dia.
“Pada saya ini adalah satu cara untuk dia dapat banyak pendedahan baru selain cara untuk dia bina keyakinan diri macam apa yang saya peroleh dahulu,”ujar Mimi yang kini menerajui perniagaan berkaitan fesyen.
Ads
Namun begitu Mimi juga sedar penglibatan anaknya dalam Dewi Remaja turut bermakna dia akan mendedahkan Affie pada dunia glamor yang mungkin melekakan.
“Saya tahu risikonya sebab itulah saya akan ada untuk bersamanya. Saya bukan kolot tapi kita kena hati-hati bila masuk dalam bidang ini.
“Macam saya sendiri, walaupun terlibat lama dalam bidang peragaan tapi saya tak terikut-ikut dengan tabiat merokok. Saya juga selalu ingatkan dia supaya sentiasa merendah diri dan jadi diri sendiri bila masuk dalam bidang ini,”ujar Mimi yang ditemui dalam majlis yang berlangsung di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.
Ads
Dewi Remaja 2018/2019 juga bersiaran di Astro Ria (104) & Ria HD (123) setiap Ahad jam 10.30 malam dengan Scha Al-Yahya sebagai pengacara.
Ceria dan meriah. Itu yang boleh dikatakan mengenai majlis sambutan hari jadi yang ke-2 YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah, puteri kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Tema filem Moana yang bercirikan Hawaii sungguh menarik perhatian. Kemeriahan ini dikongsikan di laman facebook rasmi Johor Southern Tiger https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/Jom saksikan gambar menarik yang dirakam lensa.
Wartawan selalunya dikaitkan dengan kerjaya serius. Apatah lagi apabila berkenaan dengan laporan berita. Namun apabila ada wartawan yang cuba membuat sesuatu yang berbeza dalam kerjayanya pasti timbul kelainan di situ.
Sejak kerajaan Pakatan Harapan memenangi pilihanraya baru-baru ini, Buletin Utama TV3 dikatakan lebih terbuka dalam setiap laporannya. Selepas viral dengan laporan Safwan Sawi yang begitu menyerlah dengan laporan mengenai pembinaan MRT, stesen tv ini sekali lagi mencuit hati dengan gelagat wartawannya yang menyanyi.
Wartawan yang tidak diketahui orangnya itu telah menyanyi bait-bait lagu Comel Pipi Merah nyanyian Dato Siti Nurhaliza di akhir laporan mengenai cadangan pembinaan pusat asuhan kanak-kanak di premis swasta dan kerajaan.
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam mengeluarkan kenyataan akhbar menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan beberapa produk-produk kosmetik.
Produk kosmetik tersebut dikesan mengandungi racun berjadual iaitu hidrokuinon, tretinoin dan merkuri.
Salah satu daripadanya dikira agak popular kerana iklannya sering ditayangkan dalam salah satu drama yang sedang hit ketika ini.
Berikut adalah kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tentang perkara tersebut.
****
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:
Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalam produk berkenaan.
Produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.
Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata.
Penggunaan hydroquinone tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.
Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.
Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan.
Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.
Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit dan rawatan anti penuaan seperti masalah jeragat, kulit tidak sekata dan kedutan dan boleh memudaratkan kesihatan.
Merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.
Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu.
Bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut dan kemudiannya memasukkan jari-jari mereka ke dalam mulut. Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.
PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI
Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjual adalah diingatkan bahawa penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.
PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM
Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan sampingan.
Sebarang pertanyaan berkaitan produk kosmetik boleh diemel kepada kosmetik@npra.gov.my. Pengguna dan orang ramai adalah dinasihatkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA http://npra.moh.gov.my/
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...